View: 11935|Reply: 84
|
Afdlin Shauki: Kita ada kuasa boikot produk Israel
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu memboikot semua produk yang menyumbang kepada zionis Israel.
Menurutnya, semua orang berkuasa memboikot dengan wang ringgit yang dimiliki.
"Kanak-kanak di Gaza terus dibunuh. Apa yang kita boleh buat? Boikot. Kita ada kuasa. Dengan wang itu membawa kita ke syurga atau neraka.
"Boikot segala produk yang berkaitan dengan zionis Israel," katanya ketika berucap pada himpunan aman 'Selamatkan Kanak-kanak Gaza' di Dataran Merdeka, hari ini.
Beliau turut mengingatkan ribuan peserta himpunan aman berkenaan bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan.
"Kita nak bagi duit kita itu untuk beli senjata ke?
"Kita ada pilihan. Mungkin kita sudah terbiasa tapi kita boleh buat. Boikot semua barang yang membunuh kanak-kanak di Gaza," katanya.
Beliau meminta agar semua peserta himpunan menyemak kembali barangan-barangan yang dimiliki di rumah masing-masing.
"Balik nanti tengok barangan di rumah kita. Memang susah tapi kita boleh. Tukar barang lain. Cari orang Malaysia yang boleh buat mee dan coklat
|
|
|
|
|
|
|
|
Yes. #SavePalestine #SaveGaza ##StopTheOccupation
You dont have to be a Muslim to do this. You just have yo be a human full with empathy n humanity inside your heart. |
|
|
|
|
|
|
|
Boikot produk pro-Israel, bukan produk Yahudi – Mohamad Ammar Atan
Published: 16 July 2014
Baru-baru ini kita digemparkan dengan serangan besar-besaran Zionis Israel dan kecomelan panda yang menyebabkan kerajaan Malaysia sanggup berhabis puluhan jutaan ringgit demi panda yang ‘tercinta’.
Ramai di kalangan kita sibuk melaungkan boikot produk Yahudi tanpa melihat pro dan kontra, tanpa kajian yang terperinci mengenai Yahudi dan Israel, dan mana syarikat yang menyokong zionis Israel dan tidak.
Semua pengetahuan ini sangat penting bagi mengelakkan kita memboikot membabi buta semua produk Yahudi, kerana kebergantungan Malaysia terhadap produk Yahudi sangat besar peratusannya.
Manakan tidak, ratusan syarikat Yahudi mempunyai pasaran yang kukuh di Malaysia dan struktur ekonomi Malaysia yang banyak bergantung kepada negara luar seperti Amerika Syarikat.
Pasaran eksport negara kita bergantung kepada negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sekian lama ini. Lebih-lebih lagi, banyak produk komersial yang dieksport Malaysia adalah pembuat peralatan asal (Original Equipment Manufacturer, OEM), bahan perantaraan yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir.
Oleh itu, ketika kemelesetan ekonomi Amerika-Eropah pada 2008/2009, jumlah eksport Malaysia jatuh 16.6% dan pada masa sama, import negara kita pada tahun sama juga menurun 16.6%.
Satu kajian Asia Development Bank (ADB) yang dikemukakan pada awal 2010, berjudul The Ties that bind Asia, Europe and United States melaporkan walaupun perdagangan antara negara rantau Asia (melainkan Jepun) berkembang pesat, namun kebanyakannya ditunjangi intermediate good, yang mana tujuan utamanya adalah untuk kegunaan dieksport semula dan ini merupakan situasi ekonomi Malaysia pada saat ini.
Bayangkan sekiranya kita menutup pintu perdagangan dengan semua syarikat Yahudi yang wujud di Malaysia, pastinya ramai rakyat Malaysia yang menganggur, kemiskinan meningkat, inflasi tinggi, nilai eksport kita rendah, krisis ekonomi, pelaburan dari luar merudum, dan yang paling teruk ramai orang Melayu Islam yang akan paling merasa tempiasnya.
Google, Facebook, Yahoo, Intel, IBM, dan sebagainya adalah merupakan syarikat yang dimiliki AS dan dimiliki oleh individu yang berbangsa Yahudi. Oleh itu perlu kita jelas, yang mana produk Yahudi dan mana produk Israel, dan juga dalam banyak-banyak produk Yahudi yang mana menyokong kekejaman Israel di Gaza.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ada juga syarikat Yahudi yang menentang peperangan ke atas Gaza selain menyifatkan langkah boikot ke atas semua produk Israel disifatkan sangat mustahil direalisasikan.
"Kita tahu tidak boleh boikot semua produk Yahudi. Ada juga barangan mereka yang tidak menyumbang terhadap dana perang Israel,"
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyenaraikan hanya empat produk yang diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's. Ia dikenal pasti hasil jualan produk ini menyumbang kepada tabung Israel Yahudi. Dan usaha ini tidak akan memberi impak yang besar kepada ekonomi Malaysia dan rakyat juga tidak ‘mati’ jika tidak menggunakan empat produk ini. Banyak lagi pengganti jenama produk ini jika ia diboikot.
Langkah untuk memboikot barangan keluaran pro-Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia. Usaha memboikot bukan usaha yang sia-sia, sejak usaha boikot pada 2002 lagi, ekonomi Israel menuju keruntuhan tanpa tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari AS.
Pada Oktober 2002, Sharon memohon AS$10 bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut.
Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak. Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip.
Pelaburan dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari 1999 hingga 2001, pelabur kerugian US$5 bilion daripada pelaburan mereka berjumlah US$6.5 bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur? Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih - pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka.
Politik retorik yang hanya sekadar di mulut tidak akan bermakna, kerana sibuk kita mengecam dan memboikot, kerajaan masih lagi membuka pintu dan laluan kepada syarikat atau produk yang secara jelas dimiliki Israel dan secara jelas menyokong kekejaman Israel terhadap bumi Palestin.
Namun, setakat boikot tidak memadai, kita perlukan usaha yang lebih memberikan impak yang lebih efektif dan kena pada sasarannya. Tidak cukup setakat parti politik bagi kenyataan yang retorik seperti “Saya (Najib) mengecam kekejaman Zionis Israel terhadap rakyat Palestin”.
Usaha yang lebih praktikal perlu dijalankan dengan merujuk kepada Bab VII Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan dengan jelas kuasa Bangsa-Bangsa Bersatu PBB untuk mengekalkan kuasa.
Ia membenarkan Majlis untuk "menilai kewujudan apa-apa ancaman terhadap keamanan, pecah keamanan atau tindakan pencerobohan" dan untuk mengambil tindakan ketenteraan dan bukan ketenteraan untuk "mengembalikan keamanan dan keselamatan antarabangsa"
Walaupun pelbagai usaha damai cuba dilakukan dengan menggubal perjanjian khas seperti Deklarasi Balfour, Perjanjian Nasional Palestina, Perjanjian Perdamaian Oslo, dan sebagainya sejak dari 1920.
Namun Israel tidak mengendahkan perjanjian yang dimeterai dan melanggar satu persatu demi meneruskan agenda merampas Palestin, ini berpunca oleh kuasa veto kelima-lima negara yang banyak mendominasi keputusan PBB khususnya dalam mengambil tindakan terhadap kekejaman yang berlaku, dan isu ini seharusnya perlu dibawa oleh kerajaan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Razak ke perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghapuskan kuasa Veto kelima-lima negara daripada menguasai keputusan, sebab saya percaya tidakan secara bersama dalam menentang rejim Israel mampu menghentikan krisis kemanusiaan di Palestin.
Tuntasnya, Islam bukan agama yang rasis yang menilai sesuatu perkara semata-mata kerana bangsa, dan agama, tetapi menilai atas apa yang dilakukan seperti kekejaman Israel terhadap wanita, kanak-kanak dan kebanyakan rakyat Palestin. Tidak adil dan sumbang sekiranya kita menilai sesuatu kejahatan semata-mata kerana bangsa semata-mata dan sepatutnya tidak berkait langsung atas nama ras. – 16 Julai, 2014
Credit : http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/boikot-produk-pro-israel-bukan-produk-yahudi-mohamad-ammar-atan
|
|
|
|
|
|
|
|
wow
changa=famri7 |
|
|
|
|
|
|
|
SKMM, KPDNKK and BSA (Business Software Alliance) proxy yahudi zionis Microsoft sbb paksa org guna genuine windows 8 original.
Afdlin, jika nko ada terbaca post aku, dan ada beran, sila trending post aku. Aku cabaq atas maruah 2eggs nko. |
|
|
|
|
|
|
|
cik_luna posted on 2-8-2014 08:32 PM
wow
changa=famri7
Nak wow jugak! Kikikikiki |
|
|
|
|
|
|
|
Zionist is a new religion/ believe actually... |
|
|
|
|
|
|
|
Ai akan cuba sedaya upaya menggunakan kuasa RM yang ada pd diri ai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Remy ishak
Last edited by miss_kikilala on 2-8-2014 10:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Heliza Helmi..yg tgh macam Yatt |
|
|
|
|
|
|
|
Mizz Nina
|
|
|
|
|
|
|
|
Tizz Zakiah
|
|
|
|
|
|
|
|
Amin Idris
|
|
|
|
|
|
|
|
Fafau & Aishah Sinclair
Last edited by miss_kikilala on 2-8-2014 10:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Jom boikot produk israhell... Selain itu juga, jom boikot sekutu zionis iaitu negara seberang tambak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Natasha Hudson
|
|
|
|
|
|
|
|
Hattan
|
|
|
|
|
|
|
|
MatLutfi
|
|
|
|
|
|
|
|
Leonarzi posted on 2-8-2014 10:37 PM
Jom boikot produk israhell... Selain itu juga, jom boikot sekutu zionis iaitu negara seberang tambak ...
Gaya mana nak boikot Isarel Asia TEnggara tu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|