CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3553|Reply: 10

[Tempatan] Babi (Khinzir) dan Kegunaan : Fakta Mengapa Babi (Khinzir) Haram Dimakan

 Close [Copy link]
Post time 28-5-2014 02:44 PM | Show all posts |Read mode


Lihatlah…babi sudah menjadi binatang serbaguna oleh puak2 kafir ni… ada sebab mengapa Islam mengharamkan babi dan melabelkan babi sebagai binatang yang haram disentuh dan dimakan.. ada larangan dalam Quran berkenaan babi.
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah 173).
Diharamkan bagimu makan bangkai, darah, daging babi, daging yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, dipukul, jatuh, ditanduk, dan diterkam haiwan buas, kecuali sempat disembelihnya, dan diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Maidah 5;3).
Katakanlah: “Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampau, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-An’aam 6:145).
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu makan bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampau, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An-Nahl 16;115).
Ayat-ayat tersebut memadai untuk meyakinkan umat islam tentang pengharaman babi. Inilah sebab kenapa umat Islam tidak boleh makan babi, adapun hikmah di sebalik larangan makan babi adalah :
1. Sebetulnya babi juga diharamkan dalam Bible, orang kristian sepatutnya yakin dengan kitab agama mereka. Bible melarang memakan babi dalam buku leviticus.
Janganlah makan babi, haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak, jangan makan haiwan seperti itu dan jangan sentuh bangkainya (Leviticus 11;7-9).
Larangan tersebut juga diulangi dalam ayat yang lain :
Jangan makan babi. Haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak. Jangan makan haiwan seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya (Deutronomi 14;8).
Di ayat yang lain babi diharamkan dalam buku Proverb.
Janganlah makan babi. Babi haram, walaupun berkuku belah tetapi tidak mamah biak. Janganlah makan hewan itu, dan jangan sentuh bangkainya, hewan itu haram (Proverb 11;7-8).
Larangan yang sama juga disebut dalam buku Isaiah 65; 2-7
2. Memakan babi menyebabkan pelbagai penyakit, mengikut kajian saintifik memakan babi boleh menyebabkan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit. Seseorang boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lainnya.
Antara yang berbahaya adalah Taenia solium, ataupun cacing pita yang tersimpan dalam usus dan sangat panjang. Ovum atau telurnya memasuki aliran darah dan menyebar ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung menyebabkan serangan jantung (jantung koroner), jika memasuki mata mengakibatkan buta, jika memasuki hati mengakibatkan kerosakan hati. Ia dapat merosakkan hampir semua organ tubuh manusia.
Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis, ovumnya atau telur tidak mati sungguhpun telah dimasak sampai betul-betul masak. Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang menghidapTrichura Tichurasis, dua puluh dua orang telah memasak daging babi tersebut dengan betul.
3. Babi mempunyai bahan pembina lemak yang tinggi, babi sangat sedikit bahan pembina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saliran darah manusia dan mengakibatkan hipertensi dan serangan jantung. Tidak mengherankan lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.
4. Babi adalah haiwan yang paling kotor di bumi ini, secara semula jadi babi hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan haiwan pemakan bangkai terbaik ciptaan Allah. Di Perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di merata tempat terbuka, maka najis tersebut dimakan oleh babi. Mungkin di negara-negara Maju seperti Australia dan Jerman, babi diternak di tempat yang bersih tetapi babi ditempatkan bersama dalam kandang. Secara tabii babi merupakan haiwan yang kotor dan tetap makan najis sendiri.
5. Babi adalah haiwan paling menjijikkan, babi adalah satu-satunya haiwan yang merelakan pasangannya mengadakan seks bersama jantan lain. Di Amerika, kebanyakan orang memakan babi dan sudah menjadi budaya selepas parti mereka akan bertukar-tukar isteri, dan berkata “Anda tidur dengan istri saya dan saya tidur bersama isteri anda. Mungkinkan budaya memakan babi menggalakkan budaya babi.
Mengikut kajian genetik DNA babi adalah hampir sama dengan DNA Manusia, dan DNA babi dapat mempengaruhi DNA manusia kalau dipindahkan ke dalam tubuh manusia. Hari ini kita menganggap Amerika adalah sebuah negara yang paling maju dan canggih, apa sahaja yang mereka lakukan akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut laporan, amalan ini telah menyebar ke Eropah dan Barat serta Asia, akankah budaya ini menyebarkan ke Malaysia?








Jawapan Menteri

Dapatkan Senarai Produk Halal Keluaran Bumiputera Islam

Sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread khinzir untuk kesekian kalinya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 02:54 PM | Show all posts
JGN TANYA MENGAPA BABI HARAM
bertanyalah mengapa BABI ada dlm coklat....................
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah melayu2 berperangai teruk dr babi sbb termakan cadbury selama ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 02:58 PM | Show all posts
ni detail sikit... kasih info
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 02:59 PM | Show all posts
Bila masuk C.I. terasa macam masuk kandang babi.. citer babi tak habis habis...... Biasak lah, topik tengah hangat..................
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2014 03:00 PM | Show all posts
RockRockRock posted on 28-5-2014 02:54 PM
JGN TANYA MENGAPA BABI HARAM
bertanyalah mengapa BABI ada dlm coklat....................

bukan dalam coklat jer bro...byk lagi barang keperluan lain yang ada kandungan khinzir ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 03:01 PM | Show all posts
highcastle posted on 28-5-2014 02:59 PM
Bila masuk C.I. terasa macam masuk kandang babi.. citer babi tak habis habis...... Biasak lah, topik ...

haha...gasak..biar kita prihatin lepas ni...cari brg keluaran islam lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 03:02 PM | Show all posts
kenapa takda orang buat dari lembu? kerbau? unta?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 03:02 PM | Show all posts
rasanya syarikat antarabangsa takkan buang sebarang enzim babi ni dari produk mereka sebab memang ia adalah salah satu bahan untuk membuat produk tersebut..
kita sebagai muslim kena tahu produk tersebut dan elakkan beli..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 03:02 PM | Show all posts
Fakta tentang babi ke hulu ke hilir. Orang kafir makan babi hidup sihat walafiat saja. Pi dah.

Muslims should open their minds and reinterprete the Quran.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.233393 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list