CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4836|Reply: 25

[Tempatan] RM1 juta bagi kos buka restoran mamak

[Copy link]
Post time 25-12-2013 08:43 AM | Show all posts |Read mode
BUTTERWORTH 24 Dis. - Pelita Samudera Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang memiliki rangkaian Restoran Nasi Kandar Pelita membuat pelaburan sebanyak RM3 juta untuk membuka tiga cawangan baharu tahun depan.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk K. Sihabutheen berkata, pelaburan itu masing-masing berjumlah RM1 juta untuk setiap premis baharu yang dirancang.
"Syarikat berazam untuk menjadikan Nasi Kandar Pelita sebagai syarikat nasi kandar pertama di negara ini yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
"Sehubungan itu, bagi mengukuhkan lagi penguasaan pasaran dan memenuhi permintaan pelanggan, kami akan membuka tiga cawangan baharu iaitu di Putrajaya, Cheras dan Padang Jawa, Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan berjumlah lebih RM100,000 kepada 30 pelajar Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang yang akan melanjutkan pelajaran ke beberapa universiti di luar negara di sini hari ini.
Mengulas mengenai perancangan terbaharu itu, Sihabutheen berkata, pembukaan tiga cawangan baharu di Lembah Klang berkenaan akan menjadikan jumlah keseluruhan rangkaian restoran yang dimiliki mereka meningkat kepada 32 berbanding 29 ketika ini.
Katanya, sejak mula beroperasi pada 1994, syarikat berkenaan berkembang dengan baik malah mendapat sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kini mempunyai lebih 1,600 orang pekerja yang terdiri daripada rakyat tempatan dan asing.
Ditanya mengenai prestasi jualan, Sihabutheen menjelaskan walaupun kebelakangan ini terdapat peningkatan kos operasi apabila barang-barang mentah mengalami kenaikan harga, namun syarikatnya masih konsisten dalam jualan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2013 09:00 AM | Show all posts
tolong jaga kebersihan k..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 09:02 AM | Show all posts
dato mandrem
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 09:04 AM | Show all posts
dah memang bersih dah, tapi kalau ada spesies betina puaka mulut persis longkang felda pprt tuduh letak taik dalam peti sejuk sebagai pelaris, harapkan bertudung bawal sunni syumul jah, mulut busuk hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2013 09:22 AM | Show all posts
w/pun kos besar
pelaburan berbaloi
servis kedai mamak memang cepat
waiter Bangla, India semua jenis tahan maki pun
ke sebab tak fhm BM?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 09:32 AM | Show all posts

ade sorang tokey nasik kandar yg aku taw.die punye pendapatan rm60,000 sebulan,,,ksk kat bini tua rm20,000..senang ja hakim lulus pemohonan poligami die,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2013 09:47 AM | Show all posts
1Mydin! Development Berhad
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 09:49 AM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 25-12-2013 09:04 AM
dah memang bersih dah, tapi kalau ada spesies betina puaka mulut persis longkang felda pprt tuduh le ...

betina tu melayu kan??? melayu dan fitnah berpisah tada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2013 10:23 AM | Show all posts
Pernah bertanya dgn tokey mamak yg restoran baru dibukak, masa mula2 bukak, berapa u habis , dekat Rm 1juta perabih,tapi mmg kelasss lah, beza dgn restoran mamak yg lain.deco dr luar nampak moden.semua menu ada..
La ni dkt 3,4tahun beroperasi, dah cover modal belanja agaknya, tiap malam full manjang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
peYno posted on 25-12-2013 09:49 AM
betina tu melayu kan??? melayu dan fitnah berpisah tada

Of kos.. bak isi ngan kuku.. sendiri post ada taik lam fridge pastu salahkn org lain plak yg sebar posting..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 10:26 AM | Show all posts
rahsia kedai mamak laris ni sebab air tangan dia,hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 10:30 AM | Show all posts
mamak jarang yg serbis tak tiptop..sal tu ramai jer org suka lepak....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 10:39 AM | Show all posts
taun depan world cup, mmg kedai mamak la tmpt lepak kaki2 bola..
minumnya secawan dua jah, melepaknya 3,4jam,..kalo kedai org melayu berbulu je agak nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 11:00 AM | Show all posts
sihabutheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 04:53 PM | Show all posts
cmf_bonas posted on 25-12-2013 10:39 AM
taun depan world cup, mmg kedai mamak la tmpt lepak kaki2 bola..
minumnya secawan dua jah, melepakn ...

Sesuai la tu. Tempat itu dorang mana bukak segala rancangan hiburan terutama nyanyi-nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 05:06 PM | Show all posts
servis kena la jaga, ni org penuh muka server sume cam hape jer, kita plak naik stress
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2013 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah pprt yg asyik meratip harga barang naek dilarang melepak makan kat mamak ni.. harga sah2 la berlipat kali gandakan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 05:39 PM | Show all posts
Tak ada ka perempuan Melayu sabsidi dari kampong pakar aurat tudung laboh sampai ketumit, syumul kehulu syumul kehilir nak bagitahu Nasi Kandar Pelita pon letak taik dalam fridge dia.

Sementara menunggu maghrib masok sempat lagi nih!
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 05:51 PM | Show all posts
Maideen. posted on 25-12-2013 05:39 PM
Tak ada ka perempuan Melayu sabsidi dari kampong pakar aurat tudung laboh sampai ketumit, syumul keh ...

salam,  kes dah katup xyah dikenang lagi

nak ckp kat tokey pelita suruh wat cheese naan sedap2 cam rsmy la, camane ek, pastu nak suruh jgn harga mahal2 sgt, boleh x
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:02 PM | Show all posts
dahliateck posted on 25-12-2013 05:51 PM
salam,  kes dah katup xyah dikenang lagi

nak ckp kat tokey pelita suruh wat cheese naan seda ...

Pak Cik Maideen, Tn. Haji Kuthubudeen (bukan nama sebener) sering berpesan, jika kita lupa kita akan alpa. In fact spesis lobai dan lobainita tudung laboh sampai ketumit ini juga pernah memfitnah retaurant pelita begini:

.. pemilik PELITA NASI KANDAR, DATUK D.RAMESH melakukan pecah tanah untuk pembinaan sebuah kuil...
Dengan kata lain, pemilik PELITA NASI KANDAR adalah seorang HINDU....

Hasil jualan daripada PELITA NASI KANDAR telah digunakan untuk pembinaan KUIL HINDU.

BERSUBAHAT maknanya bagi orang Islam yang selama ini makan dan minum di PELITA NASI KANDAR....

Memandangkan pemilik dan tujuannya telah diketahui, mulai saat ini, tidak perlulah lagi kita pekena atau menjamu selera di mana-mana premis PELITA NASI KANDAR LAGI...

Yang mana sudah terlanjur dan menjadikan makanan serta minuman di PELITA NASI KANDAR sebagai darah daging, mohonlah taubat kepada Allah Taala kerana kejahilan dan kelekaan kita berusul periksa...

Masih banyak restoran milik umat Islam yang kita boleh pergi berbanding ke restoran-restoran sebegini.

Moga-moga kita diampunkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun....






Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050734 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list