CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4772|Reply: 23

[Jenayah] Disamun 5 lelaki ala ninja

[Copy link]
Post time 26-10-2013 08:53 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Nor dan Asma melakonkan semula keadaan semasa rumah mereka dimasuki lima lelaki berpakaian ala ninja.


Mohd Nor menunjukkan besi tingkap nako di dapur dipotong suspek untuk memasuki rumahnya.


Pergelangan tangan Asma cedera dan lebam apabila dua gelang emas dipakai direntap secara kasar.

JENGKA - Sembilan beranak terpaksa menempuh 30 minit dalam ketakutan apabila disamun lima lelaki berpakaian ala ninja dan bersenjatakan parang panjang di rumah mereka di Felda Jengka 10 dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, sembilan beranak tersebut dikejutkan dengan kehadiran lima lelaki memakai baju berlengan pendek, seluar pendek paras paha dan bertopeng muka ketika masing-masing sedang lena tidur.

Kesemua mangsa dikumpulkan dalam satu bilik termasuk tiga cucu dengan dua kembar berusia tiga tahun selain tiga daripada mereka adalah lelaki diikat.

Mangsa, Mohd Nor Ibrahim, 63, berkata, dia terjaga dari tidur apabila merasa sakit di perut akibat ditindih seorang lelaki bertopeng menggunakan bahagian lutut.

Menurutnya, dia diminta tidak bersuara oleh lelaki berkenaan yang turut menghunus sebilah parang ke leher sebelum seorang lelaki lain bertindak mengejutkan isterinya yang tidur bersebelahan.

“Sebaik buka mata, saya terkejut tengok ada orang di depan mata dan dia tekan lututnya ke perut saya, dan pada masa sama suruh saya diam.

“Parang panjang diletakkan di leher dan isteri saya yang tersedar juga tergamam apabila seorang lagi suspek letak parang di lehernya," katanya.

Menurutnya, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana berada dalam ketakutan selain bimbangkan keselamatan anak dan cucu di ruang tamu.

Isteri mangsa, Asma Ariffin, 61, berkata, ketika leher dihunus parang, lelaki terbabit bertindak ganas merentap dua utas gelang emas di tangan kirinya termasuk rantai emas dan sebentuk cincin.

Menurutnya, dia yang dalam ketakutan merayu kepada lelaki berkenaan agar tidak bertindak sedemikian kerana mahu memberi kerjasama menyerahkan barangan emas itu bagi mengelak dicederakan.

“Makcik merayu supaya tidak merentap dan makcik akan bagi dengan baik, tetapi lelaki itu tidak peduli sehingga tangan makcik sakit serta lebam.

“Tidak lama kemudian, tiga anak dan tiga cucu dibawa masuk ke dalam bilik kami oleh tiga lagi lelaki lain yang pakaian lebih kurang sama dan masing-masing meletakkan parang ke leher kami semua.

“Pada masa itu, tiada apa yang makcik ingat selain mati kerana jika ada yang bertindak luar jangkaan, parang di leher kami bila-bila masa sahaja boleh makan diri,” katanya.

Asma berkata, kebimbangan utama terhadap keselamatan cucu-cucunya menyebabkan mereka semua mengikut kata lima lelaki berkenaan agar berdiam diri walaupun menyedari terdapat beberapa motosikal melalui jalan hadapan rumah mereka pada waktu itu.

Menurutnya, dalam tempoh setengah jam di dalam bilik tersebut, tiga daripada lelaki terbabit menyelongkar kesemua bilik dalam rumah itu.

Mangsa kehilangan seutas rantai emas, dua gelang, sebentuk cincin, sepasang subang, enam telefon bimbit, sebuah komputer riba, empat jam tangan dan wang tunai RM500 dengan anggaran kerugian RM25,000.

Salah seorang daripada anak mangsa, Husaini, 43, cedera d bahagian kepala dan pinggang apabila dipukul oleh salah seorang lelaki berkenaan.

Mohd Nor berkata, anak kedua daripada lapan beradik itu yang secara kebetulan mahu ke tandas terserempak dengan lelaki terbabit di hadapan pintu bilik air di ruang dapur.

Menurutnya, Husaini yang terkejut dengan kehadiran lelaki berkenaan cuba memperbetulkan lipatan kain pelekat yang dipakai, namun tindakannya itu disalah erti apabila disangka seperti mahu menyerang balas.

“Lelaki itu ingat anak saya hendak melakukan sesuatu lalu memukul kepala Husaini dengan sebatang kayu selain di bahagian pinggang,” katanya.

Mohd Nor berkata, kelima lelaki yang dipercayai warganegara Indonesia berdasarkan cara percakapan dan berbau busuk itu memasuki rumahnya dengan memotong besi tingkap nako di bahagian dapur.

Mereka turut menghidupkan suis lampu di dalam rumah bagi mengelak keadaan mencurigakan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Jengka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 08:55 AM | Show all posts
felda...



Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 08:57 AM | Show all posts
betul ka mat indon... tah tah org sendiri ..org felda maklum laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 09:01 AM | Show all posts
gila...ninja la sangat..cuba polis dtg bagi sedas dua..lari macam takde bijik
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 09:01 AM | Show all posts
org indon aslike indon dna johor?? kat felda pahang ni ramai set2 jawa johor merempat jadi peneroka kat phg.. ntah2 set2 klu dok cakap kontol gedik .. makcik melayu tulen ni mana tau mesti ingat tu org indon
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:40 AM | Show all posts
Menurutnya, Husaini yang terkejut dengan kehadiran lelaki berkenaan cuba memperbetulkan lipatan kain pelekat yang dipakai, namun tindakannya itu disalah erti apabila disangka seperti mahu menyerang balas.


aduiyaa...
kesiannye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2013 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
keje malas... merompak je keje nye... hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
peYno posted on 26-10-2013 09:01 AM
org indon aslike indon dna johor?? kat felda pahang ni ramai set2 jawa johor merempat jadi peneroka  ...

owh... yg jawa kt felda tu perantau la ye... patut laa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 10:52 AM | Show all posts
clarizsa posted on 26-10-2013 10:51 AM
owh... yg jawa kt felda tu perantau la ye... patut laa...

peneroka kat felda2 dipahamg yg berbangsa jawa biasanya asal dari johor
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
peYno posted on 26-10-2013 10:52 AM
peneroka kat felda2 dipahamg yg berbangsa jawa biasanya asal dari johor

yup... i knal sorg.. bangga keturunan jawa.. tp lahir kt felda pahang.. now dh terjawab persoalan i ttg perangai dia... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:58 AM | Show all posts
clarizsa posted on 26-10-2013 10:56 AM
yup... i knal sorg.. bangga keturunan jawa.. tp lahir kt felda pahang.. now dh terjawab persoalan  ...

tu generasi kedua ketiga.. generasi pertama atuk nenek dia mesti org johor hijrah ke pahang jadi peneroka kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
peYno posted on 26-10-2013 10:58 AM
tu generasi kedua ketiga.. generasi pertama atuk nenek dia mesti org johor hijrah ke pahang jadi p ...

ye... thanx for da info.. (*^﹏^*)
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:01 AM | Show all posts
clarizsa posted on 26-10-2013 10:59 AM
ye... thanx for da info.. (*^﹏^*)

bukti peyno legend.. cskap main fakta.. bukan semberono je
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
peYno posted on 26-10-2013 11:01 AM
bukti peyno legend.. cskap main fakta.. bukan semberono je

legend tu mnde?? taraf pokcik ke peyno?? O_o
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:11 AM | Show all posts
Bahalol punya perampok...
Kalau dah sampai 5 orang tu, baiklah merampok bank ka, orang2 kaya mana2 ka.....
Ni orang kampung jugak jadi mangsa...

Mohd Nor berkata, kelima lelaki yang dipercayai warganegara Indonesia berdasarkan cara percakapan dan berbau busuk itu memasuki rumahnya dengan memotong besi tingkap nako di bahagian dapur.


Dahla Indon bahalol.. bau busuk plak tu.....
Pasni senang je K9 jejak bau-bauan tu... Siapla ko...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:16 AM | Show all posts
Anakdesa posted on 26-10-2013 11:11 AM
Bahalol punya perampok...
Kalau dah sampai 5 orang tu, baiklah merampok bank ka, orang2 kaya mana2 ...

kalau muka cam ni masuk dan cakap jawa komtol gedik ko rasa dia org indon ke?? walhal jawa johor je


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
indon dan berbau busuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:17 AM | Show all posts
Nampaknya polisi Pandang Ke Timur oleh bekas PM kita Mahathir berjaya diserapkan oleh 5 lelaki tersebut. Tak sia-sia usaha Mahathir selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:25 AM | Show all posts
peYno posted on 26-10-2013 11:16 AM
kalau muka cam ni masuk dan cakap jawa komtol gedik ko rasa dia org indon ke?? walhal jawa johor j ...

Abe Peyno dan Jawa Caprut berpisah tiada.... kihkihkih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:41 AM | Show all posts
ultra78 posted on 26-10-2013 11:16 AM
indon dan berbau busuk

rupa2 misnan, misron, sugiman, salikon dan masron dari sembrong batu pahat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.060276 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list