CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13519|Reply: 42

Anak Ahmad Dhani kemalangan, patah kaki

[Copy link]
Post time 9-9-2013 01:14 AM | Show all posts |Read mode
ANAK ketiga komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani mengalami patah kaki kanan akibat akibat kemalangan jalan raya di Tol Jagorawi, Jakarta.

Kemalangan itu turut meragut lima nyawa manakala 10 orang lain cedera.

"Ahmad Abdul Qodir Jaelani, patah kaki sebelah kanan," kata Ketua Unit AKP Jakarta Timur, Kanit Laka dalam pesan ringkas SMSnya, lapor Detik.com, hari ini.

Dul, nama panggilan anak Ahmad Dhani, kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melia, Cibubur.

Ketika ini, anak ketiga penyanyi kumpulan Dewa 19 itu telah dipindahkan ke Hospital Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Sementara itu, lapor Detik.com lagi, punca kemalangan mungkin disebabkanoleh sebuah kenderaan  Mitsubishi Lancer yang dinaiki anak Ahmad Dhani.

Kenderaan itu dilaporkan secara tiba-tiba masuk ke arah berlawanan dan merempuh dua kenderaan lain.

Ahmad Dhani
Last edited by rosemary70 on 9-9-2013 01:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 01:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 01:23 AM | Show all posts
Ahmad Dhani ni artis tempatan ke?...

@maxim
@skymania  
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 01:32 AM | Show all posts
ahmad dhani nyanyi kt malaysia sama cm bibit aku nyanyi kt dapur.. serius xsedap....jd kesimpulannye suara ella je ok..

so respect to ella.. suara dia rockers..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 03:16 AM | Show all posts
anak die mabuk ke...? aku byk je tgk gambo anak 1st die tongang beer macam minum air masak hehehe.. so anak no 2 ni xtawla..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:49 AM | Show all posts
Anak Ahmad Dhani, Dul Kemalangan, Dibedah 2 Kali      
                           
      
   





        JAKARTA, 9 SEPT 2013: Anak bongsu Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani telah menjadi korban kecelakaan di KM 8 Tol Jagorawi setelah kereta sedan Mitsubishi Lancer dengan nombor plat B 80 SAL yang dipandunya dari arah Ciawi ke arah Jakarta tersasar di atas jalan raya tersebut sehingga menyeberang ke jalan tol arah Cibubur pada pagi Sabtu lalu.
       
        Malah, kereta sedan Mitsubishi Lancer itu juga turut menghentam minibus Daihatsu Gran Max berwarna silver bernombot plat B 1349 TFM yang serta Toyotan Avanza yang melalui jalan raya dari Jakarta menuju ke Bogor. Akibat kejadian ini, 11 orang mengalami luka dan 15 orang terkorban.
       
        Pihak polis telah mengesahkan kejadian itu.
       
        "Betul, itu anak Ahmad Dhani. Yang luka ada 11 orang, 3 dibawa ke Hospital Mitra Keluarga, yang 8 dibawa ke Hopsital Melia Cibubur, di antaranya anak Ahmad Dhani. Tapi, kami tidak tahu hospital mana dia dipindahkan selepas itu," kata salah seorang petugas pihak polis.
       
        Namun, setelah mengalami kecelakaan maut di Tol Jagorawi, Jakarta Timur, anak bungsu Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau lebih mesra disapa sebagai Dul terpaksa melakukan pembedahan sebanyak 2 kali kerana dia telah mengalami patah tulang kaki.
       
        Ketika ini, Dul sedang melakukan operasi pembedahan keduanya. Sampai saat ini belum ada tanda-tanda operasi kedua tersebut sudah selesai dilakukan.
       
        Sejak pagi lagi, seluruh keluarga dan sahabat setia menunggu Dul di depan ruang operasi. Tak hanya mereka, kekasih Dul, Arin juga nampak setia menemani sang pujaan hati.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2013 12:32 PM | Show all posts
Dul Accident, Bukti Ahmad Dhani Tak Pandai Didik Anak?



JAKARTA, 9 SEPT 2013: Peguam Farhat Abbas berpendapat kecelakaan yang menimpa anak bongsu kepada pasangan Ahmad Dhani dan Maia Estianty adalah salah bapanya secara mutlak dan bukan orang lain.

"Pada saya kesalahan ini bukan pada Dul tapi Ahmad Dhani. Ternyata Ahmad Dhani tidak mampu mendidik anak bongsunya itu. Padahal sebelum ini pihak mahkamah telah memutuskan bahawa Maia sepatutnya mendapat hak penjagaan ke atas ketiga-tiga anak mereka.

"Tapi, Ahmad Dhani yang berusaha untuk merampas hak penjagaan anak-anak tersebut daripada Maia. Nah, sekarang ternyata Dhani memang tidak berhasil mendidik anaknya," kata Farhat Abbas.

Farhat Abbas juga percaya, insiden kecelakaan yang menimpa Dul ini juga akan membuahkan hasil yang positif buat Maia.

"Saya percaya, selepas ini Maia akan berpeluang mendapatkan kembali hak penjagaan ke atas ketiga-tiga anaknya itu dan mengurusnya secara baik dan benar.

"Saya fikir Tuhan masih sayang Maia. Artinya masih diberi kesempatan Maia untuk mengurus ketiga anaknya, yang selama Maia tidak berpeluang mendapatkannya," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:08 AM | Show all posts
dgr cite ahmad dhani bagi kete sebijik kat anak die yg umo 13 thn tu.. err 13 thn da bole drive kete ke kat indon?.. aku mg benci dgn ahmad dhani n mulan jameela... menganiaya maia je keje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 08:48 AM | Show all posts
dgr dlm hotfm pagi ni kata Ahmad Dhani nak tukar dgn anaknya biar dia yg kena hukum sbbkan kemalangan ni...
kalau sabit, boleh kena hukum penjara 6 thn..
13 thn bwak keta pagi2 bute..adeiii..ramai plak tu mati
tgk gbr bergelimpangan semua..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:39 PM | Show all posts
dapt hadiah beday ...


br tgk rancangat channel rcti... ahmd dhani nak tanggung semua anak2 mangsa kemalangan sampai universiti..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 04:43 PM | Show all posts
bagus la ganti tempat anak, lepas nih dia merempit langgo orang lagi, ko ganti la sampai m****s
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 05:41 PM | Show all posts
mewahkan la lagi anak tu.
kat sana ade tak sekolah bebudak jahat. masukkan je, biar insaf sket.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 10:43 PM | Show all posts
Apsal tak ko jer yg mampus dik...ko dah kaya...mak bapak kaya....tu ha yg meninggal tu ada anak bini kat rumah nak di kasi makan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:26 AM | Show all posts
umur 13..dpt hadiah lancer
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:50 PM | Show all posts
peachRose posted on 10-9-2013 08:48 AM
dgr dlm hotfm pagi ni kata Ahmad Dhani nak tukar dgn anaknya biar dia yg kena hukum sbbkan kemalanga ...

Agaknya kat indon sana ondang2 dia boleh tukar tengkuk kot. Kalau kat Malaysia.. dua2 kena sabit kesalahan.
Bapaknya boleh dituduh sebab benarkan bawah umur naik kereta.
Anaknya boleh dituduh sebab bawah umur, takde lesen dan sebabkan 6 kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 05:21 PM | Show all posts
hmm..kalau bagi hak penjagaan kat si mak...lagi la hura hara..
diri sendiri pun dia tak terjaga..mabuk sana sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 06:46 PM | Show all posts
hanak dia yg plg tua tu tasty juga...Ahmad Al Ghazali. ramai yg ckp muka mcm Christiano Ronaldo...


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 12:11 AM | Show all posts
kat sini rupanya berita si dul ni ...penat mencari
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 12:31 AM | Show all posts






Last edited by rosasa on 14-9-2013 12:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 12:35 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.096713 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list