Azab sumpah bukti suci
Sibu, 4 September : Tidak tahan dengan tuduhan ibu mentua mengatakan dia curang terhadap suami, seorang wanita hamil tiga bulan nekad mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagaimana dicabar mentuanya itu bagi membuktikan dia tidak bersalah.
Akibatnya, wanita berusia 21 tahun itu melecur teruk di tangan kanan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. Kejadian berlaku di rumahnya di Lanang, di sini, jam 7 malam Jumaat lalu.
Wanita itu yang enggan namanya didedahkan berkata, dia bertindak sedemikian kerana terlalu kecewa dan geram dengan tuduhan ibu mentuanya biarpun dia sudah berulang kali menafikan tuduhan itu.
“Saya terpaksa melakukannya bagi mengelak ibu mentua menganggap saya menduakan suami. Saya dituduh menjalin hubungan sulit dan dia langsung tidak mempercayai saya.
MANGSA menunjukkan kecederaan dialami di tangan kanannya
“Sebaliknya, ibu mentua menyuruh saya mencelupkan tangan dalam air mendidih untuk membuktikan saya tidak bersalah,” katanya sambil mendakwa ibunya menuduh dia curang selepas terpengaruh fitnah disebarkan pihak lain.
p/s dua-dua bodoh...mertua & menantu. Ummah mane nih?
Last edited by tongkatwaran75 on 4-9-2013 06:45 AM
|