CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6546|Reply: 26

The Face: Pilih model terbaik

[Copy link]
Post time 24-8-2013 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Jika Tyra  Banks cukup terkenal menerusi siri realiti popular, America’s Next Top Model yang sudah bermusim-musim diterbitkan, kini tiba pula giliran seorang lagi model jelita antarabangsa, Naomi Campbell menonjolkan bakatnya sebagai mentor dalam program baru The Face.

Tidak berseorangan, Naomi  turut berganding bahu dengan dua lagi model terkenal iaitu Karolina Kurkova dan Coco Rocha untuk menggilap bakat seramai 12 peserta yang bercita-cita membina kerjaya di pentas peragaan.



Buat penonton negara ini, The Face akan ditayangkan menerusi saluran Diva Universal (Astro 702) mulai Isnin ini, jam 8 malam. Pastinya pelbagai drama air mata dan kegembiraan akan dipertontonkan.

Berpaksikan kemegahan kota New York, Naomi, Karolina dan Coco yang sudah memilih 12 orang calon model berbakat untuk dilatih mereka menjadi pelapis model berjaya, nyata bukan perkara mudah.


GILIRAN Naomi Campbell (berbaju hitam) untuk mengemudi program pencarian bakat model.


Apatah lagi, selepas memberi pelbagai pendedahan dan latihan, mereka selaku mentor turut bertanggungjawab menguji tahap kecekapan calon-calon model itu dalam melaksanakan tugasan mereka.

Setiap minggu, semua ­gadis-gadis muda yang terpilih untuk bersaing di dalam program The Face itu akan menghadapi beberapa cabaran sudah ditetapkan seperti ujian menembak, cabaran individu dan berpasukan.

Dihoskan Nigel Barker yang sebelum ini pernah bersama Tyra di dalam program America’s Next Top Model, barisan peserta terpilih untuk bersaing di dalam The Face ini antaranya sudah bergelar ibu, penuntut universiti, model dan bekas pemenang pertandingan ratu cantik dari Amerika Syarikat, Kanada, China dan Australia.

Apapun, bersandarkan bakat dan pengalaman Naomi yang sudah membuktikan bakatnya di pentas peragaan, dia diyakini pasti akan melatih kesemua peserta dengan teliti dan penuh etika demi mencapai objektif mencari seorang calon model berbakat untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Sebagai mentor juga, ­Naomi, Karolina dan Coco turut berkongsi pelbagai teknik penting dimiliki mereka dan perlu ada pada diri seorang model untuk berjaya di pentas peragaan.

Selain itu, peserta juga perlu tahu dan bijak mengenal pasti sudut terbaik mereka ketika berhadapan dengan kamera, gaya berjalan di pentas dan rakaman foto yang sempurna.

Penonton yang berminat untuk ­terbabit sama di dalam ­persaingan The Face, mereka boleh menghantar Tweet mengenai program itu. Bahkan, bagi yang bernasib baik menjadi dua orang pemenang bertuah akan meraih hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM3,300. Selain itu, pemenang turut berpeluang memenangi 16 hadiah lain setiap minggu.

Bagi menyertai peraduan disediakan, penonton perlu menonton The Face setiap minggu dan dapatkan kata kunci yang dipaparkan pada setiap episod. Satu soalan wajib perlu dijawab untuk layak menyertai pertandi­ngan.

Peserta perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan episod disiarkan. Namun, untuk menggandakan peluang mereka menjadi pemenang, penonton juga melayari laman Twitter DIVA Universal dan tweet mengenai peraduan itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2013 02:21 PM | Show all posts
minat ANTM ni dulu
minat betul Heather
tapi sayang x menang
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 08:25 PM | Show all posts
tutup kedai la tyra..abeslaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 11:25 PM | Show all posts
cantiknya body naomi .....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 11:58 PM | Show all posts
pemenangnya ialah Devyn Abdullah, anak didik Karolina , runner up iaitu anak didik Naomi Zilin telah merampas boyfriend Naomi, seorang billionaire Russia, itulah padah untuk kamu Naomi..Nak mengajar orang sangat, laki kau diambiknye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:31 PM | Show all posts
timahterung posted on 24-8-2013 11:58 PM
pemenangnya ialah Devyn Abdullah, anak didik Karolina , runner up iaitu anak didik Naomi Zilin telah ...



ni ek? muka biasa2 sajork..
Last edited by novelloverzz on 27-8-2013 12:32 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2013 08:40 PM | Show all posts
kenal Naomi je Karolina ngan Coco ni langsung x pernah iols dengar pon
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:45 PM | Show all posts

Mentors: Naomi Campbell poses with Luo Zilin, whom she picked for her reality show The Face. Luo has now been seen kissing Naomi's ex, Vladimir Doronin.



Yang ni dia nampak lawa, tapiiiiii yg kat bawah ni x lawa pon body dia



cam ah so atau bapok mana ntah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 08:59 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 27-8-2013 08:45 PM
Mentors: Naomi Campbell poses with Luo Zilin, whom she picked for her reality show The Face. Luo h ...

zilin - top 5 miss u 2011
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:00 PM | Show all posts
AereszEzra posted on 27-8-2013 08:59 PM
zilin - top 5 miss u 2011




tp so x sama mcm yg pic ke dua kan last pic berbikini bagai tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:12 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 27-8-2013 09:00 PM
tp so x sama mcm yg pic ke dua kan last pic berbikini bagai tu

sebab pic tu x edit kot hehe

coba tgk pic ni pulak
hazab jak penampiln zilin lps MU


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:15 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 27-8-2013 09:00 PM
tp so x sama mcm yg pic ke dua kan last pic berbikini bagai tu

  

masa MU cun jgkkn..kena mekap yg btl plus rmbut curl kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:15 PM | Show all posts
AereszEzra posted on 27-8-2013 09:12 PM
sebab pic tu x edit kot hehe

coba tgk pic ni pulak



x la natural gitu cuma sbb dia tinggi 6 feet kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:21 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 27-8-2013 09:15 PM
x la natural gitu cuma sbb dia tinggi 6 feet kan?

ya..sngt tinggi dgn kaki yg pjg..sesuai sgtlah utk jd model
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:30 PM | Show all posts
AereszEzra posted on 27-8-2013 09:21 PM
ya..sngt tinggi dgn kaki yg pjg..sesuai sgtlah utk jd model



for chinese dia memang unik laaaa tp face xde market value dia sebagai ex Miss Universe
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:37 PM | Show all posts
iya setuju..untungla dia jd top 5 MU kn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 11:11 PM | Show all posts
mulut Naomi.......



puaka gila
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 11:36 PM | Show all posts
benci gile dgn si sandra tuh !
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:06 PM | Show all posts
zilin ni make up tebal baru cantek kot..

kalau make up ala kadar..sebijik mcm jinjang......
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 09:28 PM | Show all posts
timahterung posted on 24-8-2013 11:58 PM
pemenangnya ialah Devyn Abdullah, anak didik Karolina , runner up iaitu anak didik Naomi Zilin telah ...

kerlassttt cam ct lijah ngan t.zawiyah.. akak angkat konon..sudahnyer..laki kau die angkat..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059401 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list