View: 6507|Reply: 66
|
[Tempatan]
{9} Kekasih sengkek belasah janda beranak dua !
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur, 30 Julai : Seorang janda beranak dua berusia 42 tahun cedera di badan dan kepala selepas dibelasah teman lelakinya dalam kejadian di kawasan perumahan di Pantai Dalam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, janda terbabit bukan saja diterajang malah kepalanya dihentak dengan topi keledar oleh teman lelakinya yang berusia awal 30-an. Tambah malang, dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok. Menurut sumber, teman lelaki bertindak kerana berang mangsa enggan memberikannya wang.
Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dan teman lelakinya itu bersembang di taman berhampiran rumahnya.
“Teman lelakinya meminta wang daripada mangsa bagi membeli baju raya. Namun mangsa mendakwa tidak mempunyai wang.
“Mangsa menegur teman lelakinya itu supaya tidak terlalu bergantung kepadanya setiap kali mahukan wang kerana dia perlu membesarkan dua anak lelakinya yang masih bersekolah,” katanya.
Sumber itu berkata, teguran mangsa menyebabkan mereka bertengkar lebih 10 minit.
“Teman lelaki mangsa yang hilang pertimbangan mencapai topi keledar sebelum menghentak kepala mangsa beberapa kali. Mangsa yang terjatuh kemudian dipijak di perut.
“Kedua-dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok,” katanya.
Teman lelaki mangsa hanya berhenti memukul mangsa apabila melihat beberapa penduduk sekitar menghampiri mereka selepas mendengar jeritan janda berkenaan.
Katanya, lelaki itu meninggalkan kawasan berkenaan manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini.
Mangsa yang cedera di tangan, kepala dan badan dirawat di hospital berhampiran.
Difahamkan, mangsa mendakwa sering dipukul lelaki terbabit sekiranya tidak memberikannya wang namun sebelum ini tidak tampil membuat laporan polis kerana mencintai lelaki itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
p/s janda nie tak pham2 ker , yg jantan, 30 thn, nak masuk `money & kuar `mani' jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
love is blinddddddd |
|
|
|
|
|
|
|
nota kaki tu . hang xpuasa ke tong. pepagi berlucahan
|
|
|
|
|
|
|
|
sengkeknya jantan nak beli baju raya minta ngan pempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Hinanya pasangan nie
|
|
|
|
|
|
|
|
pokcik da bertahun xbeli baju raya.. buleh ja raya dengan happy nyer |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg tak paham kebodohan pompuan dok kejar "bad boy" types. |
|
|
|
|
|
|
|
boddoow punya pompuan...jantan macam tu pun sayang nak buat laki.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana cinta, badan binasa... |
|
|
|
|
|
|
|
beli baju raya pun x mampu ka?..mari kita gelakkan jantan sengkek ni
|
|
|
|
|
|
|
|
gede-bab posted on 30-7-2013 08:52 AM
boddoow punya pompuan...jantan macam tu pun sayang nak buat laki....
Cuber komer tanyai dier...............naper dier bercerai dahulu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Betina tua tu yang BAHLOL, tak faham2 jantan tu nak pookey ngan duit dia jer. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...terer tol jantan ni...janda ni tk pandai...ko guna2kan la jantan ni..dia ni msti kuat bertenaga..leh jadi kuli bodoh ko..ni ko plak mmbela jantan ni..pe lah |
|
|
|
|
|
|
|
adoyai
jantan brengsek! |
|
|
|
|
|
|
|
jantan itu mmg malaun...malaun tetap lah jua malaun
yg kau duk terhegeh hambakan diri kat jantan tak guna ni pasaipa?
iisskkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin die terikat dengan paip laici abang tue, inilah nasib wanita2 kesunyian |
|
|
|
|
|
|
| |
|