View: 7797|Reply: 77
|
[Dunia]
120 penyokong Mursi terkorban
[Copy link]
|
|
120 penyokong Mursi terkorban
Seorang lelaki Mesir memeriksa kad pengenalan anggota Ikhwanul Muslimin yang mati ditembak oleh tentera di sebuah hospital di Kaherah, semalam. - AFP
KAHERAH 27 Julai - Pasukan keselamatan Mesir menembak mati kira-kira 120 penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi yang berhimpun di sini, awal hari ini, sekali gus memburukkan lagi krisis politik di negara ini.
Stesen televisyen al-Jazeera melaporkan lebih 4,500 lagi cedera dalam kejadian tembakan terhadap penunjuk perasaan pro-Mursi di Masjid Rabaa al-Adawia di pinggir Kaherah.
Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tembakan berlaku sejurus sebelum solat Subuh ketika penunjuk perasaan pro-Mursi berhimpun di Masjid Rabaa al-Adawia sejak semalam.
"Mereka menembak bukan untuk mencederakan, tetapi untuk membunuh kerana kesan tembakan pada mangsa yang maut ialah di bahagian kepala dan dada," katanya, sambil menambah kata, angka korban mungkin lebih besar.
Menurut Haddad, polis mula melepaskan gas pemedih mata berulang kali pada pukul 3 pagi (9 pagi waktu Malaysia) ke arah penunjuk perasaan di Rabaa dan jalan besar ke Jambatan 6 Oktober.
"Ketika asap gas pemedih mata menyelubungi kawasan kejadian, tembakan mula dilepaskan oleh pasukan polis khas yang memakai seragam hitam, selain penembak tepat yang ditempatkan di atas bangunan sebuah universiti di kawasan Rabaa dan di jambatan," katanya.
Wartawan di tempat kejadian melaporkan bunyi tembakan masih kedengaran beberapa jam selepas kekecohan tercetus.
"Saya cuba membawa keluar golongan pemuda dari tempat kejadian selama lima jam, tetapi saya tidak berdaya kerana mereka enggan berundur dan sanggup berkorban.
"Ini adalah cubaan pertama untuk membersihkan Rabaa al-Adawia," kata seorang ahli politik Kanan Ikhwanul Muslimin, Saad el-Hosseini.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir berhubung insiden tembakan itu.
Beribu-ribu penyokong dan penentang Mursi telah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh Mesir sejak semalam. - REUTERS
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130728/lu_03/120-penyokong-Mursi-terkorban#ixzz2aJXJpZ8g
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/s:- Tak palah...nak dapatkan demokrasi tulen spt didakwa..perlukan pengorbanan...ni baru 120 je....belum 120 ribu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mereka semua dikurniakan syahid, dan dimasukan kedalam syurga kekal dan abadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pak AN sokong mana? Morsi or sebaliknya?
|
|
|
|
|
|
|
|
kambeng_masam posted on 28-7-2013 02:53 PM
Pak AN sokong mana? Morsi or sebaliknya?
isu ni saya tak sokong mana2..bagi saya...nilah harga demokrasi yg dilaung2kan oleh rakyat mesir sendiri..sekarang dapat lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini kan bulan ramadan.... tidak kah mereka berfikir akannya...
mereka sama kaum, entah sesama saudara mara and brothers, sama mazhab semua.... sunni lagi tu haa... dekat dgn al azhar..... pusat ilmiah ummah islam..
ini tak logik...tak logik - tak logik..... |
|
|
|
|
|
|
|
ohnoLia posted on 28-7-2013 03:04 PM
ini kan bulan ramadan.... tidak kah mereka berfikir akannya...
mereka sama kaum, entah sesama sau ...
Cuba pk sendiri lah...yg mati tu pemimpin ke..yg totok, macai atau pacacai ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 03:00 PM
isu ni saya tak sokong mana2..bagi saya...nilah harga demokrasi yg dilaung2kan oleh rakyat mesir s ...
apakah nilai nya berharga kalau ia sampai meragut nyawa insan2 innosent?
anak2 kehilangan ibu dan ayah, nanti bila raya nanti nak beraya dgn sapa?
nak bertakbir raya dgn siapa... nak menziarah siapa?.
mungkinkah dunia islam sudah kena start sistem khalifah mcm zamman othmaniyah!? sistem demokrasi nampaknya tidak menjadi di mesir
|
|
|
|
|
|
|
|
ohnoLia posted on 28-7-2013 03:06 PM
apakah nilai nya berharga kalau ia sampai meragut nyawa insan2 innosent?
anak2 kehilangan i ...
Sistem demokrasi mesti melalui pilihanraya..ada juga cacat celanya..spt membuat fitnah..tidak puas hati dgn keputusan PRU...kalau melalui sistem jalanraya.......nilah akibatnya yg akan mereka dapat.
Sistem revolusi..saya rasa ada cacat celanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ohnoLia posted on 28-7-2013 03:07 PM
rakyat yg menjadi mangsa.....
sebab tu rakyat kena matang...krn akhirnya diri sendiri yg akan menjadi mangsanya..
Sekarang tengok...dah beratus rakyat Mesir meninggal...semata2 krn kuasa dan politik...zaman Mubarak dulu berapa juta rakyat Mesir yg mati?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 03:12 PM
Sistem demokrasi mesti melalui pilihanraya..ada juga cacat celanya..spt membuat fitnah..tidak puas ...
betul tu dik, sistem demokrasi itu tersusun dan bersistematik.. membenarkan setiap pihak yg join berkempen , dan akhirnya semua rkyat dibenarkan mengundi....setelah pemenangnya terpilih semua pihak harus menghormatinya selama tempoh satu penggal itu... itu lah suara rakyat... semua tahu itu...
bagi ohnolia, rakyat mesir sudah sebati dgn budaya pendidikan tinggi dan ilmiah... ihya islamiyah mereka seharusnyalah adalah ummah yg paling tinggi penghayatannya, kerana mereka membesar dan bersama ulama, membesar dan berkembang seiring dgn institusi al azhar.. suatu institusi islam yg paling wahid dan termegah , terulung , avant garde di donia alam maya ini!....
seharusnya insan2 ummah yg yg sgt2 ilmiah, tidak mungkin menjadikan kacau bilau ini sbgai sandaran utk mendapatkan kembali hak2 dan keadilan... sepatutnya insan2 ummah yg sgt2 ilmiah ini tidak menjadikan pennggulinan dan tidak menghormati pilihanrakyat suara rakyat sehingga penggal akan datang..
yg paling penting adalah mereka adalah ahlus sunnah wal jamaah... yakni pihak yg mencintai kedamaian, perpaduan, keindahan akhlak dan ilmu yg sgt2 pristine, teliti dan pada tahap yg tertinggi utk ummah manusia.... inilah mesir! mesir!mesir!... sebuah negeri barakoh yg ada universiti al azhar di situ.
jadi bila berlaku semacam ini, ohnolia sgt2 tak faham... logik aqal ohnolia tidak dpt mencerna.... ia hanya berlaku jika ada agenda2 pihak2 halus , the unseen yg memporak perandakan ummah..... bagi ohnolia, inilah petanda akhir zaman... bumi menuju kehancuran..... usia bumi sudah penghujungnya..... mungkin tidak lama lagi planet nibiru akan datang menghentam bumi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Menteri Dalam Negeri Mesir kata ini bukan kerja polis
Polis hanya menembak gas pemedih mata
kalau bukan polis yg menembak, kenapa polis tak cuba halang/tangkap those yg menembak tu?
Lepas ni General Sisi, ketua askar merangkap Menteri Pertahanan akan hantar askar2 dia pulak utk mengusir/menghalau golongan pro-Morsi |
|
|
|
|
|
|
|
ohnoLia posted on 28-7-2013 03:21 PM
betul tu dik, sistem demokrasi itu tersusun dan bersistematik.. membenarkan setiap pihak yg join b ...
bila ada perasan tamak haloba...dikaburi pula dgn kuasa dan politik..hati sudah hitam, mata pula semakin buta....tu lah jadinya...Al Azhar bukan semua rakyat Mesir menuntut disana.
Pernah kah rakyat Mesir sebelum ini terfikir mereka boleh sama2 seislam berbunuhan sesama mereka?.
Sebab tu kita kena belajar dari pengalaman rakyat Mesir ini..mereka ada Al Azhar pun boleh kacau bilau...kita yg tak ada dan mempunyai rakyat yg berbilang kaum, agama, budaya...mustahil ka tidak akan berlaku spt diMesir ini sekiranya kita tidak dan sengaja tidak mahu belajar?. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 03:29 PM
bila ada perasan tamak haloba...dikaburi pula dgn kuasa dan politik..hati sudah hitam, mata pula s ...
sgt2 setuju... inilah suatu pengajaran yg sgt2 besar utk rakyat negara kita....
|
|
|
|
|
|
|
|
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir terhadap penyokong presiden Dr Muhammad Mursi yang dilakukan di tengah bulan suci Ramadhan. Perkara ini disampaikannya dalam majlis berbuka puasa bersama syarikat pengusaha Turki.
“Kita melihat bahawa hati mereka sedikitpun tidak menjadi lebih baik, walaupun berada dalam bulan Ramadhan. Ketika kaum Muslimin sedang bersiap untuk sahur, sekali lagi serangan berlaku di Mesir. 200 orang telah gugur syahid. Setelah melanggar kehendak rakyat, mereka yang menggulingkan pemerintah kini membantai rakyat.
Rakyat Mesir sedang menunjukkan kehormatan mereka di hadapan kudeta tentera selama berminggu-minggu. Mereka tidak memiliki sebarang bom molotov ataupun senjata, mereka hanya memiliki kesabaran. Mereka melarang vandalisma. Apa yang tidak berlaku di negara kita sedang terjadi di Kaherah dan Iskandariah?
Rakyat menyeru para penguasa untuk mengakhiri rampasan kuasa dan mengembalikan kekuasaan kepada presiden pilihan mereka. Bukannya mahu mendengar aspirasi rakyat, para pelaku kudeta Mesir bertindak balas dengan mengirim para penjahat dengan senjata dan peluru. Anda tahu apa yang membuatkan saya sedih? Ketika 200 saudara-saudara saya dibunuh dan 5000 ribu lainnya tercedera, ada orang-orang (bebal) yang bersuka ria dengan bunga api di Medan Tahrir. Siapa orang-orang ini? Kita harus berwaspada dengan kejahatan seperti ini.
D imana Eropah? Di mana Amerika? Di mana nilai-nilai Eropah itu? Mereka yang mengajar (kami) erti demokrasi, dimana demokrasi itu? Di mana PBB? Mereka yang berteriak marah ketika polis Turki menyembur air dan gas pemedih mata dengan cara yang dibenarkan undang-undang, dimana mereka setelah rampasan kuasa dan pembantaian berlaku di Mesir? Mereka yang memasang iklan di akhbar-akhbar (tentang buruknya HAM di Turki), ratusan orang telah dibantai semalam, Mengapa engkau buta? BCC dan CNN yang melaporkan berjam-jam demonstrasi rusuh di Istanbul, mengapa engkau tidak membuat liputan mengenai tragedi ini?
Dunia Muslim, saudara-saudara anda dibantai. Bila anda peduli? Kami lebih dari tahu siapa yang berada di sebalik rampasan kuasa ini. Kami ingin mereka semua segera berundur. Salam dari kami buat saudara-saudara kami yang berdiri tegak melawan kudeta dari Istanbul. Semoga Allah bersama rakyat Mesir…”
Sumber: Islamedia, AlJazeera |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia bercakap banyak pun, ade ke senjata nuklear macam India, Pakistan, China, Iran atau USA? Negara pun besar celah taik gigi je kau nak tunjuk hero boleh la jugak hantar ATM untuk kena drone attack. Kalau dah berani sangat macam Taleban kan, tak salah kau nak lobi kerajaan suruh hantar askar Malaysia jadi polis dunia selain daripada Malaysia membebel je macam pondan tasik tapi takde sape nak dengar pun Last edited by Bedah.Cun on 27-7-2013 08:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun posted on 28-7-2013 04:25 PM
Malaysia bercakap banyak pun, ade ke senjata nuklear macam India, Pakistan, China, Iran atau USA? Ne ...
sekurang2 nya tunjukkan sokongan moral....kalau nak kenakan tekanan politik pun takut kena marah dengan amerika......
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_acura posted on 27-7-2013 08:30 PM
sekurang2 nya tunjukkan sokongan moral....kalau nak kenakan tekanan politik pun takut kena marah d ...
Sokongan moral tu je boleh bagi selesai semua masalah dunia ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|