|
|
KUALA PILAH – Seorang lelaki kurang siuman ditahan anggota polis di sini kerana berkelakuan tidak senonoh di hadapan orang awam, semalam.
Dia yang dipercayai berasal dari Indonesia dilihat berbaring dalam keadaan separuh bogel di hadapan sebuah kedai Pusat Komputer KP Net kira-kira jam 9 pagi menghala ke jalan utama.
Peniaga kedai berhampiran dikenali sebagai Lim, 50, berkata, lelaki itu dilihat berada di hadapan kedai terbabit sejak jam 9 pagi.
“Dia tidak mengganggu orang yang lalu di kaki lima ini, tetapi dia menarik perhatian orang kerana dalam keadaan separuh bogel. Dia pakai baju tetapi seluar tiada.
“Sebelum ini, saya tidak pernah jumpa dia duduk di kaki lima di sini. Baru hari ini, orang awam beritahu, ada orang tak siuman bogel di sebelah kedai saya. Saya bergegas keluar dari kedai dan lihat dia sedang baring,” katanya
Menurutnya, dia menghubungi pihak polis bagi membawa lelaki itu ke tempat yang lebih selamat.
“Saya hubungi pihak polis jam 10 pagi dan tidak berapa lama, polis datang dengan membawanya ke Balai Polis Kuala Pilah untuk siasatan lanjut, kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah,” katanya.
• Petikan Berita Online •
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|