View: 11464|Reply: 81
|
[Tempatan]
Edisi Seram : Penunggu tagih darah di Jalan Raya
[Copy link]
|
|
Penunggu KM 20.6 tagih darah?
Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2013
KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku 'selain daripada' itu?
Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.
Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.
Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.
Anggap kawasan puaka
KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.
“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.
"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.
"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.
Makhluk halus merangkak
Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.
“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.
"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.
Masih jadi tanda tanya
Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.
Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.
Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.
Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.
Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.
Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.
Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.
KM 20.6 sering mengundang maut.
Kedua-dua mangsa maut di KM 20.6.
Kedua-dua mangsa terbunuh di tempat kejadian.
Motosikal salah seorang mangsa hancur setelah dirempuh suspek.
Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Kulim.
Last edited by tebuanharimau on 22-5-2013 12:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ada manager inggeris la pulak.... takleh nak hentam melayu pprt percaya antu la camnih |
|
|
|
|
|
|
|
jln tu lurus je, tp boleh eksiden.. skerinya ku baca psl makhluk separuh badan merangkak.. |
|
|
|
|
|
|
|
betui ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah ajal mereka disitu |
|
|
|
|
|
|
|
setan juga dipersalahkan |
|
|
|
|
|
|
|
skali skala Sinar Harian buat artikel citer antu seram gak |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua salah hantu kata mak cik felda kampung bangau bunting |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_rambutan posted on 22-5-2013 11:54 AM
ada manager inggeris la pulak.... takleh nak hentam melayu pprt percaya antu la camnih
Mat Saleh pun leka tgk antu sampai lupa fokus bwk kereta
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 22-5-2013 11:57 AM
betui ke....
kaka slalu lalu sini ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
blum pernah dengar cerita drp mangsa yg survive.. cuma pernah dengar tentang byk kemalangan yg berlaku di situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa gambar 1st ada divider dan gambar last tiada divider & kiri kanan kelapa sawit?
gambar 1st & 2nd okay. tapi gambar ketiga tepi highway ada pintu pagar rumah?
gambar kelima kiri kanan kelapa sawit? |
|
|
|
|
|
|
|
ren0_0 posted on 22-5-2013 12:45 PM
kenapa gambar 1st ada divider dan gambar last tiada divider & kiri kanan kelapa sawit?
gambar 1st ...
Wartawan ni letak pic kemalangan di sekitar Kulim rasanya bukan spesifik kat Highway tu je kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
tebuanharimau posted on 22-5-2013 12:03 PM
Mat Saleh pun leka tgk antu sampai lupa fokus bwk kereta
hebat mak saleh tu, rasanya kalau kita konpem dah pecut tapi beliau boleh tengok sampai leka
|
|
|
|
|
|
|
|
abdulariff posted on 22-5-2013 12:51 PM
hebat mak saleh tu, rasanya kalau kita konpem dah pecut tapi beliau boleh tengok sampai leka
ye kot... dh mcm dalam citer antu plak.. nampak bayangan mcm ada antu lagi nak pergi cari mana antu tu bukan rasa takut ke hapa
|
|
|
|
|
|
|
|
"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu. wah..mat rempit sudah ada kuasa ajaib boleh meramal kejadian ka...
|
|
|
|
|
|
|
|
tebuanharimau posted on 22-5-2013 12:03 PM
kaka slalu lalu sini ka?
x pernah sampai kedah nun pun
|
|
|
|
|
|
|
|
azharuchan posted on 22-5-2013 12:55 PM
wah..mat rempit sudah ada kuasa ajaib boleh meramal kejadian ka...
adakah antu/penunggu ni pernah jadi mat rempit juga
|
|
|
|
|
|
|
|
JKR kene buat papan tanda baru
"AWAS KAWASAN BERHANTU"
|
|
|
|
|
|
|
| |
|