View: 7259|Reply: 44
|
Taylor Lautner semakin bersinar
[Copy link]
|
|
Memegang watak sebagai Jacob Black dalam filem bersiri popular, Twilight ternyata memberi sejuta makna kepada pelakon tampan, Taylor Lautner.
Malah tahun 2013 membawa tuah kepadanya apabila berjaya meraih pelbagai anugerah termasuk MTV Movie Award dalam kategori Best Shirtless Performance, baru-baru ini.
Anak kelahiran Michigan, Amerika Syarikat itu merupakan pelakon dan model yang kian menyinar di Hollywood.
Selepas membintangi Twilight, Lautner telah mengambil latihan intensif bagi mengubah bentuk badannya demi wataknya dalam filem tersebut.
Malah perubahan itu menyebabkan media barat sering menyiarkan perkembangan bintang yang semakin mendapat perhatian dunia.
Kerana ketampanannya juga, Lautner disenaraikan di tempat kedua selebriti paling seksi dalam The 50 Sexiest Men in 2010 dan tempat keempat bagi Most Amazing Bodies List.
Dalam masa sama, Lautner merupakan aktor remaja yang mendapat bayaran paling tinggi di Hollywood.
Kerja keras demi watak
Lautner pernah berhadapan dengan dugaan apabila dia hampir ‘dibuang’ daripada membintangi filem bersiri itu kerana watak Jacob Black iaitu dalam filem ketiga Twilight.
Ini kerana dalam filem itu, fizikal bagi watak Black memerlukan pelakon yang mempunyai badan lebih besar dan lasak.
Memandangkan ketika itu, dia mempunyai fizikal yang tidak sesuai untuk watak tersebut, pihak produksi melakukan pencarian bakat bagi menggantikan Lautner.
Namun di atas intensif pihak pengurusan Lautner, dia menjalani beberapa latihan untuk membentuk badannya malah turut mengupah jurulatih persendirian bagi memastikan watak tersebut tidak jatuh ke tangan orang lain.
Perubahan mendadak tersebut turut mengejutkan rakan artis iaitu Kristen Stewart dan Robert Pattinson.
Malah Pattinson secara terbuka mengakui bahawa perubahan tersebut mungkin menggugat kedudukannya.
“Apabila saya memandangnya, saya sangat terkejut dan tidak percaya bahawa itu adalah individu yang sama pernah berlakon bersama kami,” kata Pattinson.
Manakala Stewart gembira dengan perubahan tersebut dan menyatakan ia sebagai perkara positif kerana mereka akan terus bekerjasama bagi filem tersebut.
“Saat saya melihatnya pertama kali, seolah-olah memandang individu yang berbeza.
“Dia sangat berbeza dan bukan lagi Lautner yang sama,” kata Stewart.
Anak emak?
Kebiasaannya, selebriti remaja lebih suka tinggal sendirian atau bersama rakan lain, namun berbeza dengan Lautner kerana dia lebih selesa tinggal bersama keluarganya.
Bagi Lautner, keluarganya adalah segala-galanya kerana dia mahu menjalani kehidupannya seperti dahulu.
Lagipun kehidupannya sejak kecil berbeza dengan remaja lain kerana dia telah berkecimpung dalam dunia seni sejak kecil lagi.
“Kerana populariti saya pernah dibuli, sejak itu saya hanya mengikuti pembelajaran di rumah.
“Namun sekiranya saya boleh putarkan kembali masa, saya ingin kehidupan yang normal dan kembali ke sekolah,” kata Lautner.
Selain berbakat dalam lakonan dan peragaan, Lautner merupakan atlet sukan bagi seni mempertahankan diri dan pernah mewakili daerahnya ke peringkat kebangsaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
uhuhuh...
Taylor rupenye pernah bercinta dgn Taylor..
manja x tau pun...eheheh...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
and also..Taylor with Selena...
hah!!???....ehehehe.....just kidding..
fanz Taylor Swift & Selena jgn marah k??..
Last edited by manjalara_01 on 9-5-2013 09:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ensem la abam taylor ni.. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
renungannya tajam dan dalam menusuk hati.
Tp suka lagi pattison.
|
|
|
|
|
|
|
|
Keram posted on 9-5-2013 11:05 PM
renungannya tajam dan dalam menusuk hati.
Tp suka lagi pattison.
suke lagi taylor..
sbb orgnye ganteng..eheheheh...
|
|
|
|
|
|
|
|
manjalara_01 posted on 9-5-2013 11:14 PM
suke lagi taylor..
sbb orgnye ganteng..eheheheh...
suka lagi pattison
cold, pale and red lips hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Keram posted on 9-5-2013 11:35 PM
suka lagi pattison
cold, pale and red lips hahahaha
lagi suke Taylor..
sbb die hunky-dory..wokey??..
beat that..ehehhe..
|
|
|
|
|
|
|
|
manjalara_01 posted on 8-5-2013 11:49 PM
uhuhuh...
Taylor rupenye pernah bercinta dgn Taylor..
sesuai,khen...
|
|
|
|
|
|
|
|
Keram posted on 9-5-2013 11:35 PM
suka lagi pattison
cold, pale and red lips hahahaha
look more lembik je..
|
|
|
|
|
|
|
|
manjalara_01 posted on 12-5-2013 11:26 PM
lagi suke Taylor..
sbb die hunky-dory..wokey??..
beat that..ehehhe..
agreed!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
memang sangat padan taylor dan taylor....TNT...
pandangan mata lebih kurang sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
biarlah sekadar kawan baik sahaja, jgn lah berjodohan pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi thread twilite lak
mujur iols buka twilite fan |
|
|
|
|
|
|
| |
|