|
Serius, ini bukan kisah propah tau. Bukan juga kisah yang dipaparkan di dalam drama mahu pun di layar lebar. Sebaliknya, ia adalah kisah nyata yang berlaku di alam realiti selebriti tempatan kita, namun akhirnya dapat juga dihidu oleh Murai Batu. Terima kasih buat seorang teman yang berada di Kuching Sarawak kerana dapat berkongsi cerita ini dengan Murai Batu.
Cerita ini dikongsi pun setelah dia melihat sendiri kemesraan aktor dan aktres ini dengan sepasang matanya sendiri. Kemesraan yang dimaksudkan oleh teman Murai Batu ini bukan hanya sekadar bercakap-cakap biasa dalam keadaan yang mesra ya. Sebaliknya, kemesraan yang mereka tonjolkan adalah lebih daripada itu iaitu berpelukan sambil berpegangan tangan.
Insiden itu berlaku di sebuah kafe yang terletak berhampiran dengan sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kuching. Sehari sebelum itu, seorang rakan telah memebritahu teman Murai Batu bahawa dia telah terlihat kelibat aktor dan aktres ini berada dalam keadaan yang cukup intim dan mesra di sebuah kafe yang berlainan.
Tapi, teman Murai Batu tidak percaya. Tapi keesokan harinya, bila teman Murai Batu melepak di kafe yang satu lagi, secara kebetulan aktor dan aktres itu ada. Jadi, dia telah melihat sendiri keintiman dan kemesraan mereka dan barulah dia percaya dengan cerita rakannya itu.
Waktu, teman Murai Batu ceritakan pasal percintaan aktor dan aktres ini yang masih tidak dapat dihidu sesiapa ini, Murai Batu tersenyum sendiri. Nak tahu sebab apa. Yelah, yang si aktor itu memang ketahuan single sejak dari dulu lagi. Yang si aktres ini pulak dilaporkan pernah bercinta tapi status percintaannya agak samar-samar. Ada yang kata dia dah clashed dengan pakwenya. Ada yang kata masih on.
Tapi, kalau sekarang ini si aktres ini tengah sibuk bercinta dengan aktor ini, maknanya dia dah takde apa-apa lagilah dengan boyfriendnya itu. Apapun, Murai Batu suka jugak tengok mereka berdua. Kalau betul mereka bercinta lagi bagus. Nampak sepadan sangat. Lagipun, dua-dua hebat berlakon dan dua-dua hebat menyanyi.
Sapa weh??????????
|
|