CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24901|Reply: 94

Sakit mental/jiwa vs gangguan makhluk halus.

[Copy link]
Post time 18-3-2013 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Salam a'laik. Terasa nak berkongsi dan berbincang kat sini. Harap semua boleh bukak minda dan berlapang dada. Dalam dunia rawatan makhluk halus ni aku x banyak pengalaman, dari dari segi perubatan, sakit jiwa etc aku ada buat pembacaan dan sikit kajian.

Sebenarnya serba sikit simptom sakit jiwa vs gangguan makhluk halus/jin/syaitan/sihir etc (aku gelarkan gangguan) ni macam lebih kurang. Just a very thin line seperate those 2. sebab tu ada keluarga bawak anak-anak yang katanya sakit jiwa jumpa bomoh dsb..


Tanda-tanda sakit jiwa ni

1. halusinasi.

maksudnya dia boleh nampak/dengar/rasa sesuatu yang orang lain tak nampak. depa x cerita la depa nampak hantu muka buruk saja, kadang2 depa kata ada kawan dari dunia lain, binatang istimewa, orang ramai-ramai nak bunuh dia dsb. dia tak boleh nak bezakan antara realiti dengan halusinasi dan sebab tu kadang-kadang depa mengamuk. (note- peratusan orang dengan schizophrenia nak mengamuk rendah ja, dan selalunya pesakit ada amik dadah/alkohol sekali)
dia boleh nampak menda merayap atas badan dia, dan boleh 'rasa' jugak.

2. delusi

delusi ni apa yang dia percaya, tapi tak boleh gugat dah. Contoh: Ali rasa Abu ni bencikan dia, nak bunuh dia. puas kita cakap yang Abu ni tak macam tu, dia takkan percaya. Ni namanya paranoid delusion. Ada banyak jenis jugak delusi ni, tapi paranoid ni agak common.Antara lain yang menarik, is grandiousity. Dia akan rasa dia tu special/hebat. "saya pUtera kerajaan bunian." "saya nabi terakhir lepas rasulullah." "saya boleh naik ke langit dan turun balik." dia rasa dia ada superpower dan sebagainya. banyak tau spesis 'religious delusion'.

ada yang lainnya, dia rasa semua orang tahu apa yang dia fikir. bila ada cerita/berita kat tv, dia rasa tengah cakap pasal dia, dia rasa apa yang dia buat kena kontrol,

3. lain-lain

-perubahan sikap. Asalnya dia periang, jadi murung, cepat marah, suka menyendiri. tak terurus, meracau2.
-  Antara simptom gelaja depresi - susah tidur, rasa apa yang dibuat tak berjaya, rasa hopeless, nak mati, nak bunuh diri, hilang selera makan, hilang minat kat apa2 yang dulu dia suka..
- rasa macam ada orang yang kontrol diri dia.
- percaya pelik2 cth kalau harini nampak orang pakai baju merah, nanti benda buruk berlaku.

ada lagi, tapi cukup la dulu kot.

Apa yang nak ditekankan, bukan semua fall under 'gangguan', kena terima kenyataan memang ada yang ada masalah medikal, mental/jiwa ni. Keluarga kena terima kenyataan, dan bagi support. Penyakit jiwa boleh dikawal menggunakan ubat-ubatan, tapi selalu ada side effect dia. dalam masa yang sama, nak buat rawatan dengan ustaz nak mantapkan rohani, silakan. ubat doktor jangan tinggal..

bila keluarga tak mahu terima kenyataan ahli keluarga sakit jiwa, nanti tak gi follow up, tak makan ubat dan sebagainya. kita takut nanti jadi macam dalam tv tu, "lelaki bunuh keluarga sebab rasa keluarga jelmaan syaitan."

doktor islam pun percaya gangguan makhluk lain boleh jadi penyebab orang tu jadi tak serupa orang, tapi dalam masa yang sama mereka amalkan apa yang mereka belajar dari kajian saintifik. Sains pun part of ilmu Allah kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2013 10:53 PM | Show all posts
Teringat cerita "Beatiful Mind"...

Dalam cerita (kisah benar)  tu Dr John Nash mengalami schizophrenia dan dia nampak karektor2 yg berbicara dgn nya sampai dia percaya dia buat kerja utk 'gomen' padahal dia merapu sendiri...

Rasanya dalam masyarakat Melayu akan terus cakap ianya mainan Jin... adakah penyakit "schizophrenia" ini mainan jin? Sebab di barat mereka menggunakan kaedah perubatan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 11:00 PM | Show all posts
gud info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 12:48 AM | Show all posts
k_a_a posted on 18-3-2013 10:53 PM
Teringat cerita "Beatiful Mind"...

Dalam cerita (kisah benar)  tu Dr John Nash mengalami schizoph ...

sorang hamba Allah yang aku kenal, dia pandai baik perubatan baik ilmu agama. bagi dia, maybe jin bolehjadi culprit dalam sakit medikal manusia.

tapi advantage tahu apa teori di sebalik sakit manusia secara saintifik ni, ialah mudah nak merawatnya.

cth kalau darah tinggi, ubat tu target kat organ/enzim nak rendahkah semua tekanan. kalau kencing manis, bagi insulin dari luar untuk compensate balik insulin dalam badan yang tak cukup. tu indahnya dunia perubatan sains,

lagi indah kalau islam berasimilasi dalam bidang perubatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 01:34 AM | Show all posts
thread yg bagus utk diperbincangkan.saya tukang baca saja. huhu. tggu otai2 lain masuk bg hujah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 03:09 AM | Show all posts

emasa

Terjumpa kat link bawah dalam bod isu semasa

Ipoh: Pelbagai cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal, gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati.

Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional.

“Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam.


Persidangan dua hari bermula semalam itu dirasmikan Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Nordiyanah Hassan.

Tak nafi dunia jin

Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan.

Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal.

Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007.
Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes.

Serangan jantung

“Penyakit kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar, gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik lain berkaitan sistem penghadaman,” katanya.

Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental.

Last edited by bulanbulat on 19-3-2013 03:10 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2013 10:19 AM | Show all posts
ada kemungkinan jugak sakit jiwa ni berpunca dari gangguan...tp kedua-dua kaedah rawatan iaitu sains dan alternatif perlu bergerak seiring...cuma ubat-ubatan sains ni akan ada kesan sampingan kepada pesakit...teman pun tak tau kenapa jadi mcm tu...mungkin ubat tu panas kot...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 12:18 PM | Show all posts
kadang2 susah nak bezakan yang mana buatan jin dan yang mana maslah mental...boleh jadi juga pada asalnya ade gangguan jin dan bila kelamaan bagi kesan pada kimia otak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2013 12:19 PM | Show all posts
sepupu kawan ofice saya pernah kena gangguan akibat sihir, kesannya sampai skarang jadi macam kurang betul sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 04:14 PM | Show all posts
Adiya posted on 19-3-2013 10:19 AM
ada kemungkinan jugak sakit jiwa ni berpunca dari gangguan...tp kedua-dua kaedah rawatan iaitu sains ...

kalau panas minum la air cap badak....kehkehkehhhh...


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 04:30 PM | Show all posts
bulanbulat posted on 19-3-2013 12:48 AM
sorang hamba Allah yang aku kenal, dia pandai baik perubatan baik ilmu agama. bagi dia, maybe jin  ...

aku setuju pendapat kau
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 06:49 PM | Show all posts
cousin aku ada sorg camni..dari dia kecil, mcm dah xsiuman..famili dia hantar berubat kat 1 pusat perubatan tradisional.. kena tinggal dia kat situ hampir berbulan2..kuar je sembuh pastu buat balik..

sekarang ni umur dia dah 30++, ada keje bagus, umah dah ada tp still bujang..sakit tu pun tetap xhilang..bila dtg jer, hbs meja pintu opis dipecahkan.. bila kami nasihatkan mak bapak dia mintak hantar chck doktor jiwa, depa ckp anak dia kena santau la, sihir la.. kami bukan xnk percaya..tp kami tau depa malu nak htr anak masuk hosp mental..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 08:30 PM | Show all posts
Kalau gangguan perasaan/ sakit mental akibat gangguan jin, selagi urat saraf kat otak si pesakit tu tak rosak/putus...InsyaAllah masih ada harapan untuk sembuh. tapi kalau dah terbakar fius nya...memang dah tak boleh buat apa. kena ganti dengan otak baru la kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 12:27 AM | Show all posts
Adiya posted on 19-3-2013 10:19 AM
ada kemungkinan jugak sakit jiwa ni berpunca dari gangguan...tp kedua-dua kaedah rawatan iaitu sains ...

Ubatan modern dia buat atas prinsip target dekat kawasan bermasalah. target cell/receptor/neurotransmitter etc.

masalahnya satu kawasan tu jugak buat kerja-kerja yang lain jugak, so ubatdia x pandai nak pilih exactly kawasan yang bermasalah. end up, apa yang kita nak rawat tu, kita dapat rawat, tapi ada side effect yang lain jugak sebab berkongsi satu receptor yg sama (contohnya)

sama jugak macam sesetengahubat selesema, dia nak target alergik tapi dalam masa yang sama mengantuk x leh nak elak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 08:13 AM | Show all posts
bulanbulat posted on 20-3-2013 12:27 AM
Ubatan modern dia buat atas prinsip target dekat kawasan bermasalah. target cell/receptor/neurotra ...

aduh pening lak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:27 AM | Show all posts
bulanbulat posted on 20-3-2013 12:27 AM
Ubatan modern dia buat atas prinsip target dekat kawasan bermasalah. target cell/receptor/neurotra ...

tak  jugak bro.. ada ubat selsema yg tak mengantuk.. its depends pada ubat apa yg kau makan.
ubat selsema yg ngantuk selalunya kaler kuning mmg memgantuk..

we call it piriton. tugas ubat tu akan limit pengeluaran cecair dalam badan. so selsema akan stop and tugas dia jugak menghilangkan gatal2 dalam di kulit. so kalau gatal2 teruk kat badan leh makan ubat ini. 2 dalam 1.. heheh

berbalik pada sakit2 mental.. dari segi perubatan diorang akan mengkaji dari segi fizikal la kan. otak ada problem atau tak. aku pun tak tau la cammana manusia ni leh sakit mental.. tak tau apa yg jadi dalam otak manusia tu. tp kalau perubatan islam bole solve sangat la bagus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 09:38 AM | Show all posts
Adiya posted on 19-3-2013 10:19 AM
ada kemungkinan jugak sakit jiwa ni berpunca dari gangguan...tp kedua-dua kaedah rawatan iaitu sains ...

aku agak backup ubat2 sains ni sebab aku ada talk dengan adik ipar aku which she is pharmacist kat HKL. ubat2 sains ni mmg ada kesan sampingan TETAPI risiko2 ini terkawal and we can measure risiko yg harm kita..

contohnya ubat piritin(selsema) takde effect langsung pada buah pinggang.. means kalau kau amek selalu pun buah pinggang takkan rosak. sebab kajian dan dilakukan ubat ini tak ada effect pada buah pinggang. ni cth la.

all ubat dah dilakukan kajian di dalam makmal and manusia berfore ubat itu diluluskan.

cth yg membuka minda aku skit ialah pegangan org ramai kalau tak makan antibiotik body kita akan jadi lebih kuat bile sakit dth lg. pendapat ini salah sebab sistem imum kita takde memory cell untuk penyakit2 yg berkaitan. cth sakit demam .. kita refuse tak nak amek antibiotik. so body fight and u baik.. bila sakit balik, system imum kita tak ingat pun yg die pernah fight penyakit demam ini.

berbeza dengan penyakit2 seperti serangan virus chicken pox. system imunisasi kita ada cell memory untuk virus ini. sebab tu kita kena attack chicken pox average sekali aje dalam idup. sebab die dah kenal penyakit ini bila menyerang kembali..

sorry membebel.. hehe.. apepun ada gak ubat sains untuk penyakit mental ini.. cuma jumpa la pada yg pakar seperti doctor. sure ada jalan penyelesaian.. sambil2 buat rawatan islam and doa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 12:37 PM | Show all posts
jiran aku kat kampung ada sorg ni sakit mental...dah 2 3 kali masuk tanjung rambutan...apa yang aku tengok, bila dia makan ubat dia tu, dia jadi mcm panas...tak boleh duduk diam...keje bejalan jer....walaupun dalam keadaan berdiri, dia masih lagi berjalan setempat...

pernah skali tu dia tak tido 2 3 hari jugak....sampai dia tak tahan, dia mai umah mintak tolong..katanya dia tak boleh tido..panas la, dengar suara la...aku naik takut..buat die mengamok kek umah aku, mau berterabor aku cabut...

last2 aku tolong jugak le ubatkan...terus dia balik umah dia cover tido , 2 hari tak bangun2.... dasyat gile le....tp sakitnya masih lagi ada..cuma tak terok mcm dulu la...

aku kalau nak tau sakit dia mai, nampak dia dok bejalan kulu kilio (ke hulu ke hilir) tu kira dia lepas makan ubat le tu...panazzzzz...panazzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 03:10 PM | Show all posts
Wat a gud info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 08:18 PM | Show all posts
testas posted on 20-3-2013 09:27 AM
tak  jugak bro.. ada ubat selsema yg tak mengantuk.. its depends pada ubat apa yg kau makan.
ubat ...

tu aku tulis sesetengah.

teori kata ada defect kat neurotransmitter/receptor kat otak, thus ubat2 tu target pada defect.

its not like tak boleh handle stress, lembik, tak kuat iman ke apa. macam kencing manis la, nak kena, kurus kering pun kena jugak..
tu stigma masyarakat kena tukar jugak..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.112395 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list