CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7571|Reply: 21

VW Scirocco R = kuasa enjin kereta lumba

[Copy link]
Post time 6-1-2013 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Oleh ERYWAN NORSHAL
Huruf ‘R’ yang tertera pada model Volkswagen Scirocco ini ternyata memberi maksud mendalam bagi peminat fanatik kereta berprestasi.
Ia bukan sekadar lambang, tetapi kehadiran huruf itu membuatkan pengguna jalan raya lain gerun mendekatinya.

Hakikatnya, Volks­wagen Scirocco R ini ialah sebuah jentera ditala khas bagi pemanduan dinamik, selain menawarkan kuasa enjin seiras kenderaan perlumbaan.

Memandu Scirocco R melengkapkan koleksi penulis dalam memandu uji keluarga ‘Series-R’ selepas mengendalikan Golf R dan Passat CC-R.

         
Bentuk aerodinamik.

                     
         
               
     Kerusi bucket.





Penampilan luaran model ini menggambarkan aura yang bertenaga de­ngan reka bentuk bulat, lebar serta rendah, sekali gus memberi kelainan dalam jenama Volkswagen.


Sebenarnya, imejnya tidak banyak berbeza de­ngan Scirocco varian biasa, cuma bampar depan dan belakang kelihatan lebar sedikit selain dipadankan dengan rim 19 inci.

Ruang kabinnya menerima beberapa sentuhan baru membabitkan kerusi ‘bucket’ dan stereng berbentuk ‘D’ yang tertera lambang ‘R’ untuk membezakan dengan varian biasa.

Kerusi ‘bucket’ dengan pengubah posisinya secara manual itu kelihatan seperti tempat duduk jentera perlumbaan, selain memberi kedudukan lebih tegap.

Biarpun ruang kepala­nya sedikit terhad, ia tidak menjadi masalah kerana kerusi ‘bucket’ ini membuat kedudukan pemandunya lebih ke dalam tanpa menjejaskan penglihatan.

Tempat duduk belakang yang dikhaskan untuk dua penumpang juga tidak menghampakan kerana ia memberi keselesaan secara optimum.

Kombinasi papan pemuka menggunakan material lembut dengan sistem audio LCD menggambarkan kemewahan selain dilengkapi pembesar suara jenama premium ia­itu Dynaudio.

Sebaik menghidupkan enjin dengan menekan butang, kede­ngaran bunyi ekzos yang garang dalam ­ruang kabinnya pasti membuatkan bakal pemiliknya terse­nyum.

Jentera ini menawarkan keseronokan sebaik saja me­nyusuri lebuh raya apabila enjinnya menyalurkan kuasa tujahan yang bertenaga selepas pedal minyak ditekan secara agresif.

Dalam tempoh singkat, jentera ini mampu memecut dari 100 hingga melebihi 160 kilometer sejam (km/j) sehing­ga badan penulis terasa seperti melekat pada kerusi.

Pengendaliannya lebih menyeronokkan jika memulakan pecutan dengan menggunakan transmisi secara manual enam kelajuan yang boleh ditukar menggunakan tombol gear atau pedal di belakang ­stereng.

Sebaik menukar kepada gear lebih tinggi, bunyi seperti letupan keluar dari ‘mulut’ ekzosnya sebelum jentera ini terus memecut.

Selain itu, kestabilan sistem suspensinya boleh ­ditingkatkan daripada mod Selesa kepada Sport dengan hanya menekan butang berhampiran tombol gear­nya. Mod Sport ini sangat berguna di selekoh kerana ia memberi ceng­kaman pada permukaan jalan ketika memandu pada kelajuan sedikit tinggi.

Bagaimanapun, ia membuatkan suspensi­nya lebih keras dan kurang selesa untuk pemanduan santai atau di laluan tidak rata.

Brek cakera dipadan keempat-­empat tayarnya juga mampu mengurangkan kelajuan dalam masa sing­kat sebelum meratah laluan berselekoh.

Walaupun terpaksa berbelanja lebih untuk memilikinya, kenderaan ini pasti berbaloi kerana menawarkan kelebihan berbanding jentera lain.


Spesifikasi Volkswagen:

Enjin: 1,984cc, 2.0 L TSI turbocaj suntikan terus dan empat silinder
Kuasa Maksimum: 253 hp pada 6,000rpm
Kuasa Tork: 330 Nm antara 2,400 hingga 5,200rpm
Transmisi: DSG enam kelajuan
Kelajuan Maksimum: 250 km/j
Pecutan: 0 hingga 100 km/j 6 saat
Ciri Keselamatan: Beg udara, ABD dan BA serta TCS
Harga: Bermula RM279,888

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 01:10 PM | Show all posts
waaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 09:22 AM | Show all posts
mmg tipis la harapan nak memiliki beliau
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:42 AM | Show all posts
fuhhhh kete & harga mmg terbaik!!x mampu den nk pakai
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:39 PM | Show all posts
@Sagoo mike cakap kete sciroco r mike top speed 230km/j..sini tulis 250 betul ke dah tekan habis
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:41 PM | Show all posts
maleo posted on 10-1-2013 02:39 PM
@Sagoo mike cakap kete sciroco r mike top speed 230km/j..sini tulis 250 betul ke dah tekan habis

ehh same pule warnenyee
itu dia uji pandu kt litar yop..xde halangan
teman sprint test kt federel hewey time2 org balik koje tu mane nk dpt 250...

bentes betis kang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2013 02:45 PM | Show all posts
Sagoo posted on 10-1-2013 02:41 PM
ehh same pule warnenyee
itu dia uji pandu kt litar yop..xde halangan
teman sprint test kt fe ...

ooo yeke...tp jgn la bawak laju2 bahaya..memang keras ke sbsober dia kalo tukar kpd mode sport
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:49 PM | Show all posts
maleo posted on 10-1-2013 02:45 PM
ooo yeke...tp jgn la bawak laju2 bahaya..memang keras ke sbsober dia kalo tukar kpd mode sport

x keras le....tu ckp2 omong2 kosong je so far so good la...tp bile tukar mode sport rase mcm gear change dia x brape nk sedap le....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 02:52 PM | Show all posts
Sagoo posted on 10-1-2013 02:49 PM
x keras le....tu ckp2 omong2 kosong je  so far so good la...tp bile tukar mode sport rase mcm ge ...

kalo x sedap tukar le yop ambik kete lain
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:55 PM | Show all posts
maleo posted on 10-1-2013 02:52 PM
kalo x sedap tukar le yop ambik kete lain

mike nk bayorkan ke utang 7 taun tu? mike sambung le..teman nk amik liteAce le rase
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:57 PM | Show all posts
Sagoo posted on 10-1-2013 02:55 PM
mike nk bayorkan ke utang 7 taun tu?  mike sambung le..teman nk amik liteAce le rase

xpe la yop SLK teman ni sape plak nak bayor kalo ambik sciroco mike
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 03:01 PM | Show all posts
maleo posted on 10-1-2013 02:57 PM
xpe la yop SLK teman ni sape plak nak bayor kalo ambik sciroco mike

padi versys ade..suruh le dia sambong bayor yop..mike bwk SLK xnampak mude le yop..tukor le duit byk2 simpan buat ape..


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:05 PM | Show all posts
Fuhh,,sehembang orang2 kaya..janga lupe "bli harte" ntuk akhirat plak,,kang jenuh x berbayor..sesame la beringat
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Krete ni pun ade ltak speaker dpn firewall kah utk driver dgr bunyi enjin, mcm vw buat pada mk6 tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 09:51 AM | Show all posts
handsome sangat sampai tak mampu nak pandang... jeling pun tak berani!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 09:51 AM | Show all posts
handsome sangat sampai tak mampu nak pandang... jeling pun tak berani!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 06:33 PM | Show all posts
nazurah posted on 14-1-2013 09:51 AM
handsome sangat sampai tak mampu nak pandang... jeling pun tak berani!

siapa??? aku ke???? tq....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 05:20 AM | Show all posts
lkick2113 posted on 14-1-2013 06:33 PM
siapa??? aku ke???? tq....

shiloko tu la...bukan hang :p
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 03:17 PM | Show all posts

from tis............to tis >walaoweii
ak ada satu kesimpulan. DAS AUTOrang jarman memey pandai buat keeta


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 09:47 PM | Show all posts
perghhh idaman, tp harge nyer...  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.057416 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list