CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5653|Reply: 51

Baru naik skool tadika sudah jatuh cinta

[Copy link]
Post time 30-8-2012 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Aderkkk...

Alkisah seorang anak lelaki yang baru habis sekolah Tadika.

Menurut kata ibu, semenjak dua menjak ini anaknya kerap mengigau di malam hari. Dia menyebut-nyebut nama seorang gadis yang satu kelas tadika dengannya.

Apabila ditanya, si bujang itu kemalu-maluan. Dalam diam-diam dia mengakui nama gadis igauannya itu ialah Afikah. Malah mengakui menyayangi dan menyintai Afikah. (aderkkk)

Pernah, si bujang ini pergi ke rumah Afikah yang tinggal tidak jauh dari rumah mereka. Di belakang si bujangan sorokkan sejambak bunga. Apabila ditanya, dia mengatakan hendak menghadiahkan bunga plastik itu kepada Afikah. Terhendap-hendap mencari Afikah di balik pagar rumah. (macam orang angau satu macam...)

Maza terpaksa mengakui Afikah memang comel; cute dan putih.

Sebagai parents, apa yang perlu kita buat?!!!
Last edited by maza on 30-8-2012 05:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 04:21 PM | Show all posts
budak zaman skrg...
advance btul...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 04:33 PM | Show all posts
aku sergah je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 04:39 PM | Show all posts
mcm cerita masa raya hari tu yang rozita che wan berlakon - lepas raya harap balas kot dramanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 04:47 PM | Show all posts
dah mak ayahnye romantik.. anak pun ikut je le... kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 05:14 PM | Show all posts
masukla meminang.. kira pertunangan yg diatur sejak jaman kecil..
ala2 filem Cinta Kolesterol lakonan Yusry dan Erra sewaktu waktu dahulo..

kalo citer kat dia, perjalanan hidup dia masih panjang dan jauh.. dan jangkaan dan harapan keluarga utk dia menggenggam segulung ijazah.. agak2 dia paham tak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2012 05:48 PM | Show all posts
ParinAmat posted on 30-8-2012 05:14 PM
masukla meminang.. kira pertunangan yg diatur sejak jaman kecil..
ala2 filem Cinta Kolesterol lako ...

wakaka...

takut lak nanti ada org tuduh kawen anak masa tecik2...
macam perkahwinan kanak2 gak ler..
karang ramai lak melenting2.. katanya tak ikut undang2 syarie bagai.. ahaks..

pulak tu tak pasal dia org ingat hantu kemaruk mcm peadophile gak ler.. hehehe




Rujukan: http://www.malaysiakini.com/news/127021
Syariah ada peruntukan larang kanak-kanak kahwin
  • Salhan K Ahmad
  • 7:47PM Mac 19 2010

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini membalas kenyataan mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang mendakwa kes melibatkan perkahwinan kanak-kanak tidak boleh disekat oleh pihak berkuasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jakim Asiah Alkharib Shah dalam berkata peruntukan bagi menyekat kes seperti itu telahpun wujud sejak lebih 20 tahun lalu.

"Jakim menegaskan telah wujud peruntukan yang menyekat perkahwinan kanak-kanak bawah umur dalam peruntukan undang-undang syariah yang sedia ada di Malaysia dan peruntukan tersebut telah wujud selama lebih 20 tahun di semua negeri.

"Ini sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 yang secara jelas meletakkan had umur minimum sesuatu perkahwinan," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Tanpa menyebut nama pihak berkenaan, Asiah berkata, golongan berwibawa dalam soal hukum dan undang-undang syariah sepatutnya mahir dalam semua undang-undang syarie yang diamalkan di seluruh negara.

Jelasnya, ini penting bagi mengelakkan individu terlibat daripada mengeluarkan "kenyataan yang tidak berasas" dan juga mengelakkan berlakunya kekeliruan di kalangan masyarakat.

"Sebaliknya, sesuatu dakwaan dan kenyataan yang ingin dikeluarkan hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada peruntukan undang-undang syariah yang ada di negara ini," katanya lagi.

Asiah menjelaskan, undang-undang hanya membenarkan perkahwinan kepada lelaki berusia lebih 18 tahun dan perempuan lebih 16 tahun, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada hakim syarie berdasarkan keadaan tertentu.

"Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga adalah dinafikan kuasanya untuk mengahwinkan anak dibawah umur.

"Malah, sekiranya pihak penjaga atau ibubapa mengahwinkan anak perempuan mereka tanpa kebenaran mahkamah, satu tindakan boleh diambil ke atas ibubapa," katanya lagi.

Sementara itu, mengulas dakwaan Dr Juanda yang memetik laporan di blog bahawa terdapat ribuan kes perkahwinan kanak-kanak di negara ini, Asiah berkata ia hanyalah “tuduhan liar yang tidak berasas”.

“Jakim beranggapan ia sebagai tuduhan liar yang tidak berasas serta memalukan negara. Sehubungan itu, Jakim menggesa pihak-pihak yang mendakwa agar tampil mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 07:14 PM | Show all posts
Byk sgt tengok drama kot..
Tu yang diorang terikut....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 07:16 PM | Show all posts
mende ni bukan baru.. dolu time aku tadika pon aku ade crush kt ketua kelas aku... tp gitu2 jelah... aku xde ke mane pon..

ermm.. tp kalau kes sampai ngigau2.. parah gak la kot.. hehehhe

Last edited by True-X on 30-8-2012 07:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 08:11 PM | Show all posts
macam anak kawan me,
umur 5 tahun dah ada gf, menurut dialah gf dia,
tapi kiut aje dengar bebudak ni cita
ni dah 6 tahun, masih gf yang sama

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 08:37 PM | Show all posts
alahai, teringat kata2 En Somi, kekansih pertama cikgu tadika
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 09:16 PM | Show all posts
Bersyukurla dia minat pompuan...kalau dia minat laki, lagi parah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 09:35 PM | Show all posts
naik darjah 1 lupa lah dia..jumpa yang baru lak

parents ajar benda berilmiah..contohnya dari segi keagamaan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 02:22 AM | Show all posts
sama kes cam aku dulu2...

x normal ek?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 03:12 AM | Show all posts
lavapanes posted on 31-8-2012 02:22 AM
sama kes cam aku dulu2...

x normal ek?

haha aku darjah 2 dulu siap ikut pompuan tu sampai ke rumah..dekat dengan sekolah..sekarang dapat kontek dia balik..tengah cucuk jarum dlam2 tunggu mase yang seswai.. lagu kru tajuk '2' tema lagu aku mase dajah dua tu.. ko mase tadika ke.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 03:38 AM | Show all posts
pazi posted on 31-8-2012 03:12 AM
haha aku darjah 2 dulu siap ikut pompuan tu sampai ke rumah..dekat dengan sekolah..sekarang dapat  ...

dulu mana ada tadika...kindergarten je....

bukan awek kut..tapi kena duk sebelah2 gitu...lelaki ngan pompuan...

apa system ntah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2012 03:41 AM | Show all posts
aik tadika dengan kindergarten x same eh...ala kat sekolah rendah pon ade je duduk sebelah pompuan...mujur time tu kurang matang lg..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 03:41 AM | Show all posts
lavapanes posted on 31-8-2012 03:38 AM
dulu mana ada tadika...kindergarten je....

bukan awek kut..tapi kena duk sebelah2 gitu...lelaki ...

bace ayat di atas..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 03:43 AM | Show all posts
pazi posted on 31-8-2012 03:41 AM
aik tadika dengan kindergarten x same eh...ala kat sekolah rendah pon ade je duduk sebelah pompuan.. ...

glamour sikit sebutan tu...

abih bila lu matang??..form 3??
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:28 AM | Show all posts
i rasa normal je...masa tadika dlu...i jatuh hati dengan sorang budak laki ni..putih..hensem...sampai kejar dia time balik sekolah cumanya sbb dulu2 i dibesarkan kat kampung yang mana org tua nye ortodoks gitu...percintaan sebelum abis spm adalah dilarang...(anak2 dara kat kg semua curi2 bercinta..dating ramai2 dan berjemaah)..so perasaan malu utk mengorat tu masih menebal...

budak2 they learn from what they see...uols kene slow talk dengan anak...cerita dengan dia apa maksud cinta....kenapa cinta tu mahal...kenapa takleh suka2 ati nk bercinta....tp rasanya jgn ler halang utk dia ekspresikan perasaan dia...kene pepandai lah kontrol kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057724 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list