can sumbody further eksplain.... ni pendapat kawan aku tepek kt fb dia... soo aku x paham...
Ada perbezaan bagi orang yang baca Al-Quran dengan faham Al-Quran.
Kenapa kita mengatakan kita perlu mendengar dari mulut orang alim untuk memberikan kefahaman Al-Quran kepada kita? Apakah kita tidak yakin dengan ayat-ayat Allah, atau adakah kita merasakan kita takut terseleweng dari ayat-ayatNya. Adakah kamu lebih mempercayai kefahaman yang diberikan oleh orang Alim lebih dari kefahaman yang Allah sampaikan dengan perantaraan Rohul Qudus. Sedangkan Allah telah berfirman, janganlah kamu menjadi orang yang ragu dan tiada keraguan dari Kitab ini.
Belajar dengan guru sekadar belajar, kefahaman hanya Allah yang berikan. Apakah kamu mengatakan guru itu dapat memberikan kefahaman yang lebih tepat. Jadi dimanakah letaknya kepercayaan kamu kepada kefahaman yang Allah berikan? Adakah manusia itu lebih sempurna??
thank u in advance Last edited by True-X on 6-8-2012 03:09 PM \n\n Last edited by True-X on 6-8-2012 04:57 PM \n\n Last edited by True-X on 25-12-2012 12:14 PM
Nak tafsir sendiri ni cukup ilmu ker... alih bahasa sahaja tidak cukup untuk memahami Al Qur'an.
Bagi orang Arab (bahasa Al Qur'an) pun diutuskan Nabi s.a.w untuk menerangkan Al Qur'an.
kebanyakan video mualaf yg aku tengok dapat hidayah masuk Islam adalah disebabkan hati diorg tersentuh masa kali pertama berkenalan dengan Al-Quran. Walaupun masih asing lagi pengetahuan tentang Islam tp hati jadi jinak bila membaca Al-Quran. Diorg jahil asalnya tentang Islam, baca Quran, faham dan tersentuh, then masuk Islam...dan bukan melalui kefahaman yang diberikan melalui perantaraan guru... So hows that?
dan video kat bawah ni adalah antara contoh mualaf tu...
True-X posted on 6-8-2012 03:08 PM
yg kate x perlu rujuk guru tuh tafsiran aku sendiri terhadap penyataan di atas...
tp kalau ikut ...
Owh... ko quote statement ko sendiri .... ok !
Pada aku.... membaca (dari Al Qur'an juga) adalah untuk mendapatkan/mengumpul maklumat, maklumat2 ini perlu diproses untuk mendapatkan 'isinya' ... proses ini dapat dipermudahkan dengan bantuan orang yg telah faham akan perkara itu. proses ini juga boleh diusahakan sendiri jika kita mampu sepertimana dalam perkara mengikuti sesuatu mazhab;
1. Mereka yang dapat mengkaji dan memahami secara terus nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah dan mampu mengeluarkan hukum daripadanya.
Di tahap ini, dibolehkan merujuk secara terus kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Malah merupakan satu kesalahan bagi dia untuk menurut sahaja (taqlid buta) sesuatu mazhab kerana berbuat sedemikian bererti dia menderhakai kelebihan yang diberikan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya.
2. Mereka yang tidak dapat mengkaji dan tidak mampu mengeluarkan hukum daripadanya.
3. Mereka yang berada di pertengahan antara tahap pertama dan kedua di atas.
tahap diatas diharuskan mengikut sesuatu mazhab fiqh Islam.
Sememangnya inilah tujuan sebenar mazhab-mazhab Islam sejak dari dahulu, iaitu memudahkan umat Islam mencapai ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana setiap ajaran mazhab adalah berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Yang terpenting adalah bertepatan dengan maksud dan pedoman Nabi s.a.w tentang pemahaman Al Qur'an.
obelisk posted on 6-8-2012 03:44 PM
kebanyakan video mualaf yg aku tengok dapat hidayah masuk Islam adalah disebabkan hati diorg tersent ...
Tentu ada beza antara Hidayah, Pengetahuan dan Kefahaman kepada Islam.... kesemuanya menjadi faktor yg menyokong antara satu sama lain untuk kesempurnaan Iman.
Nazrulism posted on 6-8-2012 04:20 PM
Owh... ko quote statement ko sendiri .... ok !
Pada aku.... membaca (dari Al Qur'an juga) adala ...
soo stetment kawan aku ni.. kire btol ke?... ke aku yg x paham... yg aku paham.. dai cakap,, nape nak rujuk pada org yg terdahulu sbb ayat alquran tuh benar..
then aku x paham
pastu aku reply...
imho.. aku rase sbb ayat alquran tuh bukan diturunkan in everyday conversation phrase arab language.. even org arab pon perlukan org yg mahir utk tafsirkan.. biar berguru dengan banyak guru,, jgn la 1 guru shaja
True-X posted on 6-8-2012 05:20 PM
soo stetment kawan aku ni.. kire btol ke?... ke aku yg x paham... yg aku paham.. dai cakap,, nape ...
sebenarnya, bila baca apa pun kita sentiasa kena semak adakah kita faham tu, fahaman yg sepatutnya atau sesat.
bgaimana kita nak semak?
dengan siapa kita nak semak?.....
mungkin awal2 kita akan tanya kawan....kemudian makin lama makin baik lah semakan kita tu.
sudah terbukti dlm sejarah, dengan manipulasi falsafah, org cuba memahami kitab yg sama , tp boleh berlainan maksud.
di kalangan org2 yg membaca Quran secara sendirian lalu membuat kefahaman sendiri, sudah berapa banyak kesesatan yg mereka bawa.
munculnya aliran jabariyah, qadariyah, murjiah, khawarij, muktazilah, antihadis, bagaimana mereka muncul??
sebab mereka faham quran dgn cara sendiri.
kerana itu, walaupun kita ragu2, kita kena ada usaha utk mengetahui apa yg org yg terdahulu faham tentang Quran.
kerana itu, nabi diutuskan bukan utk membaca sahaja, malahan mengajar Quran. sbab itu kita dipanggil ahlussunnah...
sebab sunnah itu ialah apa yg nabi faham tentang quran lalu diajar pd kita.
True-X posted on 6-8-2012 05:20 PM
soo stetment kawan aku ni.. kire btol ke?... ke aku yg x paham... yg aku paham.. dai cakap,, nape ...
Penafsiran Al Qur'an
1. Adalah dengan sunnah. Sunnah ini berupa : ucapan-ucapan, perbuatan-perbuatan, dan diamnya Rasulullah.
2. Adalah dengan penafsiran para sahabat. Dalam hal ini pelopor mereka adalah Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas .
3. Apabila suatu ayat tidak kita temukan tafsirnya dari Rasulullah s.a.w dan para sahabat, maka di cari tafsiran dari para tabi'in yang merupakan murid-murid para sahabat, terutama murid-murid Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas, seperti : Sa'ad bin Juba'ir, Thawus. Mujahid, dan lain-lain.
Banyak ayat-ayat Al-Qur'an yang tidak ditafsirkan dengan ketiga cara di atas, tetapi hanya ditafsirkan dengan pendapat/akal atau ditafsirkan berdasarkan nafsu yang tidak ada keterangannya dari Rasulullah s.a.w secara langsung. Di khuatiri apabila ayat-ayat Al-Qur'an ditafsirkan hanya mengikut nafsu semata2 yang disangka akal.
Dalam Penafsiran dan Pemahaman Al Qur'an mesti berpandukan;
1. MENDAHULUKAN SYARA ATAS AKAL
2. TIDAK MEMPERTENTANGKAN NASH-NASH WAHYU DENGAN AKAL
3. MENCARI PEMBUKTIAN BERDASARKAN AYAT-AYAT AL-QUR'AN DAN HADITS-HADITS NABI
4. BERPIJAK BERDASARKAN AL-KITAB DAN AS-SUNNAH DENGAN MENGUTAMAKAN PEMAHAMAN ULAMA SALAF DAN MENJADIKAN AKAL TUNDUK KEPADA NASH-NASH KEDUANYA.
5. TA'WIL DIBENARKAN BILA MAKSUDNYA TAFSIR.
Kesimpulannya... Penafsiran dan pemahaman Al Qur'an mestilah berdasarkan pemahaman Nabi s.a.w berdasarkan amali Baginda yang diikuti oleh para sahabat r.a yang mana Al Qur'an itu diturunkan ditengah2 mereka dan ada peristiwa yang berkaitan dengan penurunan sesuatu wahyu. Para shahabat ra adalah generasi yang tumbuh dengan Al-Quran, hidup di bawah naungannya, menikmati ayat-ayatnya, berinteraksi dengan nash-nashnya, memahami petunjuk-petunjuknya. Mereka disinari oleh cahaya Al-Quran, sehingga mereka menjadi generasi Quran yang unik.
Jadi... Bagaimana kita mahu mentafsir dan memahami Al Qur'an dengan mengikuti kaedah dan menepati ciri2 seperti fahaman Nabi dan sahabat tanpa ilmu2 yang berkaitan secara mendalam melainkan mendapatkan ilmu itu dari guru ?. harus mempelajari dari guru bagaimana para sahabat merealisasikan Al Qur'an dalam kehidupannya membantu kita untuk dapat meneladani mereka dan menempuh jalan yang pernah mereka tempuh dengan pemahaman terhadap Al Qur'an.
SIAPA2 YANG ADA ILMU KHUSUS, TAK PAYAH NAK SEBAR...KATA NAK SIMPAN UTK DIRI, MAKA SIMPAN UTK DIRI.
KALAU DAH RASA BENAR BAHAWA ILMU ITU KHUSUS, MAKA KENAPA SIBUK NAK CERITA SINI...
SINI TEMPAT QURAN BERFAHAMAN SUNNAH....BUKAN TEMPAT PENDAPAT PERIBADI ATAU ILMU KHUSUS....