CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Gerakan murtad Melayu dikesan

[Copy link]
Post time 3-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA SELANGOR: Bekas EXCO kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali malam kelmarin, mendedahkan ada gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menubuhkan unit khas untuk menggerakkan agenda Kristianisasi mereka terhadap orang Melayu.\rKatanya, mereka bergerak dengan perancangan dan strategi rapi, mubaligh Kristian berusaha mengkristiankan orang Melayu, menggugurkan kalimah Allah, mendekati orang Melayu dan membawa Kristian ke dalam kehidupan orang Melayu.\r\n\n\n\n\r“Mereka datang dari United Kingdom, Jerman, Belanda, Australia, Amerika dan Kanada. Setiap mereka yang datang diwajibkan tinggal di negara ini sekurang-kurangnya setahun.\r\r\n\n\n\n\n“Mereka mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam antropologi, sosial psikologi, agama dan boleh berbahasa Melayu selepas belajar dalam dua bulan. Mereka juga faham budaya, jiwa orang Melayu, sosial interaksi, unit masyarakat orang Melayu, keluarga Melayu dan masalah orang Melayu,” katanya pada majlis Bicara Akidah dan Kuasa Ketiga - Selamatkan Ummah di Saujana Utama, di sini.\rHasan yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) berkata, unit khas berkenaan mempunyai kelebihan yang hebat kerana mereka memiliki dana tanpa had daripada badan kristian antarabangsa.\r“Beberapa orang yang sudah dibaptis datang jumpa saya menceritakan apa yang dia dapat apabila masuk Kristian. Sewa rumah RM1,700 sebulan dibayar, kereta dibelikan dan anak empat lima orang disara.\r“Segala keperluan anak, sebut apa saja, komputer riba, kamera, i-Pad, jelajah dunia, semua dapat. Mereka (mubaligh Kristian) berkeliaran di hospital terutama di wad pesakit yang dikategori sebagai tidak ada harapan sembuh.\r\n\n\n\r“Duduk di hospital tujuh, lapan bulan atau setahun. Anak, suami, isteri dan saudara tidak pergi ziarah. Siapa yang gantikan mereka? Pengembang Kristian dari dalam dan luar negara,” katanya.\rSementara itu, Hasan menyarankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya membincangkan semula isu Israel di peringkat Majlis Syura Ulama parti itu supaya ia dapat diperhalusi.\rKatanya, kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzook yang menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Hamas mengiktiraf kewujudan Israel adalah bukti jelas bahawa ia diputar-belitkan pemimpin pembangkang itu.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.272276 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list