CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10171|Reply: 67

MEMBUNUH USAHAWAN MELAYU?

[Copy link]
Post time 16-1-2012 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Alkisah benar pengarah MARA cawangan Seremban datang lawattapak projek aku…aku pun kongsi pandangan dll dengan dia..Dia pun bagi jawapanbernas…

Aku terkedu dengan katanya “Kalau semua pelanggan Melayu belidgn org Melayu,mungkin nasib bangsa Melayu lebih baik lagi…..”

Kawan baik aku arwah Hj Osman orang kampung Durian Tunggalselalu nasihatkan aku “Saat….biar untung sedikit tapi pelanggan ramai..janganuntung banyak tapi 2,3 tahun niaga dah lingkup…”

Arwah meninggal dunia beberapa tahun lepas…..usianya 80 an…

Masa mula2 kenal dia,aku tanya “pakcik anak berapa?”

Dia jawab “tak ramai…14 orang je!”.Kami mmg rapat…dia selalulepak kedai aku,aku juga pernah tido umah dia….

Aku suka baca buku dan satu hari aku tampal TULISAN BESAUKAT PREMIS

“JIKA ANDA TIDAK BERPUASHATI DENGAN HARGA KAMI,SILABERITAHU KAMI….”

Sale bisnes aku naik..pelanggan bertambah ramai….Ramadhan jedapat 40K untung bersih…..itu baru satu kedai..belum kira kedai-kedai lain…

Aku ada dua telinga.Telinga kanan aku dengau isi hatiaku,telinga kiri aku dengau kata pelanggan…Jadi hampir 15 tahun akuberniaga,macam2 karenah pelanggan aku jumpa….

Aku mmg rapat dengan pelanggan.Aku tanya nama pelanggan dankerja..Kalau cikgu datang premis dan aku kenal,aku panggil “Cikgu Razak….apakhabar?”

Bila aku kenal nama pelanggan dan kerja,hubungan kami lebihrapat dan kami boleh berbual mengenai banyak perkara… biasalah org wanitadatang shopping bawa laki,jadi aku berbual dengan laki dia,pekerja aku layanbini dia….

Kat restoran aku ada MENU,DALAM CATATAN MENU AKU TULIS

“JIKA SEDAP BERITAHU KAWAN,JIKA TIDAK SEDAP BERITAHU KAMI”SIAPADA NOMBOR TELEFON LAGI…kdg2 pelanggan malu  nak cakap,mereka boleh sms …

Aku ni walaupun CEO tp rajin lawat kawasan…aku bukan CEOlepak opis je….

Apa yang aku buat dalam bisnes ,semuanya dr idea apa yangdapat dari buku,internet,berbual dgn pelanggan dan sebagainya…

Cuma aku agak terkilan dalam board ADUAN ni setiap hari danmasa ada sahaja thread yang menghentam usahawan Melayu.siap nama kedai danalamat sekali..sampai Obama Presiden Amerika pun tahu di mana lokasi denganbantuan Google translate….

Bukan semua pekerja kenal aku,sebab mereka diuruskanpengarah….ada satu hari aku buang budak kerja sebab dia lambat datang kerja 30minit….dia x kenal aku…..aku cakap aku ni opis boy dapat arahan pengarah besar….jadidia pun ambuik gaji dari akauntan dan blah!

Gaya aku pakai seluar jean lusuh dengan tshirt Pagoda RM6,mana org percaya aku CEO….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2012 01:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by GuaAnakMelaka at 16-1-2012 13:54

Cadangan aku…kalau x puas hati :
1.BERITAHU USAHAWAN TERSEBUT.JANGAN BERITAHU PEKERJA..MUNGKIN PEKERJA AKAN BUANG TONG SAMPAH.TAPI USAHAWAN AKAN AMBIL BERAT ADUAN/KOMPLEN PELANGGAN.KAJIAN AKU MENUNJUKKAN  MAJORITI USAHAWAN AKAN AMBIL BERAT ADUAN…


2.BUAT PILIHAN DENGAN BIJAK.


3.JANGAN MARAH JIKA KENA HARGA MAHAL.JANGAN PERGI LAGI KE SITU.


4.JANGAN BURUKKAN PENGUSAHA TERSEBUT.MUNGKIN KERNA SIKAP KITA,MEREKA BANGKRAP DAN PAPA KEDANA..KASIHANILAH MEREKA KERNA MEREKA JUGA  SEPERTI KITA,ADA TANGGUNGAN DAN SEBAGAINYA.


5.GUNAKAN HAK SEBAGAI PENGGUNA.BOIKOT/BUAT ADUAN KEPADA TRIBUNAL PENGGUNA.SETAKAT INI AKU BELUM JUMPA KES ORANG BUAT ADUAN SEBAB MAKAN MAHAL.X TAW LA KALAU AKU SILAP.


6.BERSANGKA BAIK.MUNGKIN USAHAWAN TERSEBUT ANAKNYA MENGIDAP SAKIT JANTUNG DAN PERLUKAN KOS RAWATAN YANG MAHAL DAN MEREKA AMBIK UNTUNG LEBIH SIKIT UNTUK MENAMPUNG KOS PERUBATAN ANAK .
7.NIATLAH SEDEKAH.SETIAP SEN YANG KITA SUMBANGKAN UNTUK USAHAWAN ISLAM ADALAH SEDEKAH.


8.FIKIRKAN MASA DEPAN BANGSA MELAYU.DALAM BISNES,BANGSA LAIN KUASAI 80 % DAN MELAYU HANYA 20 %.


9.JIKA KITA TIDAK MENYOKONG BISNES BANGSA SENDIRI,SIAPA LAGI?


10.CARI ALTERNATIF.JIKA MAKANAN MAHAL DI KAWASAN KERJA,BAWALAH BEKAL.MULUT PUN X KECOH,HATI X PANAS,PAHALA PUN DAPAT,DOSA PUN TIADA.


11.BANYAKKAN BERSABAR.FIKIRKAN KESUSAHAN SESEORANG USAHAWAN…MACAM USAHAWAN RESTORAN,4 PAGI DAH BANGUN PI PASAR BORONG SEBAB NAK DAPATKAN HARGA LEBIH MURAH DARI PASAR BIASA.BAYAR PREMIS,BAYAR PEKERJA,SEDIAKAN MCM2 UNTUK PELANGGAN.PELANGGAN DATANG MAKAN DAN BAYAR,KEMUDIAN PERGI DENGAN SENANG…


12.JANGAN TERPENGARUH DENGAN AYAT “CUSTOMER ALWAYS RIGHT”.RAMAI PELANGGAN MENIPU DENGAN PELBACAI CARA.CONTOHNYA BELI LAPTOP DAN JATUH PECAH,TP MASIH ADA WARRANTI,DIA MINTA TUKAR BARU SDGKAN DALAM PERJANJIAN WARRANTY,JIKA JATUH,MANA BOLEH AMBIL GANTI.
PERNAH ADA PELANGGAN BELI BLOUS PREMIS LAIN DAN NAK TUKAR KEDAI AKU DAN MENDAKWA IA DIBELI KEDAI AKU.KEDAI AKU SEMUA ADA COP HARGA DAN NAMA KEDAI…DAH BERIBU PELANGGAN AKU JUMPA..MACAM2 KARENAH.


13.FAHAMILAH BAHAWA HANYA USAHAWAN YG MEMAHAMI BETAPA SUSAHNYA KEHIDUPAN SESEORANG USAHAWAN.PELANGGAN TIDAK PERNAH MERASAI PAHIT MANIS KEHIDUPAN USAHAWAN.MEREKA HANYA MAHUKAN HARGA MURAH TAPI BERKUALITI..DALAM DUNIA INI,TIADA BENDA BERKUALITI DAN MURAH!


14.APABILA MENULIS DALAM FORUM /FB HINGGA MENYEBUTKAN NAMA DAN LOKASI,IA DIKIRA MENGUMPAT DAN MENGUMPAT ADALAH DOSA BESAR.JIKA ORG DIUMPAT TIDAK MEMAAFKAN,PERGILAH HAJI 100 KALI DAN BINA MASJID 100 BUAH,AMAT SUSAH MENEMUI SYURGA….KERNA DOSA MENGUMPAT TIDAK AKAN TERHAPUS SELAGI MANUSIA DIUMPAT TIDAK MEMAAFKAN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 01:53 PM | Show all posts
Ramai kawan aku jatuh dalam bisnes akibat sikap pelanggan sendiri.Ada yang sengaja mengatakan makanan tidak sedap ,dalam mee ada ulat dan sebagainya untuk memburukkan restoran kerna ia mahu menjatuhkan bisnes org tersebut kerna ada restoran saudaranya di kawasan itu.

Ada pula membuat fitnah nasi ayam ada ganja dan macam2 fitnah yang disebarkan bangsa Melayu demi menjatuhkan usahawan Melayu.

AKU LAYAN FORUM bukan sekadar borak kosong dan tuduh orang SAKAI macam seekor mamat tu,tp aku layan forum untuk dapat ILMU dan KONGSI ILMU.Banyak perkara aku tahu bila join forum.
Aku gembira bila lihat Melayu kaya dengan cara bersih dan halal,tidak sombong,merendah diri,suka kongsi ilmu dan cara hidup sederhana..aku gembira lihat usahawan Melayu berjaya namun teguh solat 5 waktu dan bayar zakat,rajin pi Mekah tambah pahala…
Aku pernah jumpa jutawan aset 50 Juta kat Putra Jaya  ,pakai jean and tshirt comot bawa keta Iswara Aeroback  je…. Dia kontraktor kelas A dan banyak bagi aku ilmu…

Aku kasihan banyak kompeni Melayu lingkup sebab pelanggan Melayu sendiri tidak menyokong  bisnes Melayu.Walaupun ada bihun syarikat Melayu,ada juga beli bihun cap cili yang jelas tauke bukan Islam dan tidak pasti hala ke haram,malah JAKIM pun tidak beri status halal.

Bukan semua  usahawan Melayu kaya macam Haji Ramly tauke Ramly Burger yang marketing sahaja makan juta2 setahun….produk dia sampai 50 negara dunia….masih ramai usaahwan Melayu yang baru merangkak dan amat kasihan mereka …

Aku kalu menulis,aku niat kerna Allah dan mengubah mentaliti bangsa Melayu.aku tidak pernah berniat memalukan bangsa Melayu dengan kritikan dan nasihat.Aku mahu Melayu hebat sebagaimana Melayu zaman kesultanan Melaka.Zaman itu siapakah pedagang dan usahawan hebat?Melayu…

Walaupun aku dituduh SAKAI oleh seorang porumer yang mungkin keturunan ulama’ hebat ,aku doakan dia mati jadi babi supaya menjadi pengajaran kepada orang lain agar jangan MEMFITNAH ORANG tanpa selidik dan berhati2 bila menulis.INGATLAH DOA ORANG DIZALIMI  MAKBUL WALAUPUN MEREKA KAFIR.
Semua pelanggan dan pengguna ada hak namun salurkan dengan cara BETUL,bukan gunakan porum/FB memalukan dan menghina usahawan tersebut.Nanti aku print dan bertanya kepada usahawan yang dimaksudkan itu.

Aku ni manusia peka bukan pekak.Bila ada isu berbangkit mengenai dunia keusahawanan ,aku akan selidik dan buat kajian.Walaupun aku ni manusia kecil,aku banyak berbincang dengan MARA,PUNB untuk berkongsi idea memajukan keusahawanan dalam bangsa Melayu.aku ni dah le banyak hutang,macam2 masalah dan ujian dalam bisnes.Namun aku tekad akan terus berniaga dan menulis demi agama,bangsa dan negara.

Aku bangga melihat semua usahawan Melayu dapat bertapak di bangunan MARA KL dengan sewa murah RM500 di kota besar itu.Mereka semua berterima kasih kepada MARA kerna membantu mereka.di KL mana nak cari sewa RM500?

Aku tak tahu apa akan jadi jika PRU13 MANGKUK HAYUN  menang jadi PM sebab dia dah janji akan hapuskan hak istimewa Bumiputra..maka berkuburlah MARA dan PUNB,serta Uitm dan sedara maranya…

Aku bertemu ramai pelanggan dan aku berterima kasih kepada mereka kerna setiap sen mereka berikan,itulah menjadi darah daging aku…Tanpa mereka,aku takkan dapat bertahan 15 tahun dalam dunia bisnes.

Bila mendengar kisah ramai usahawan Melayu jatuh,aku sedih sebab aku pun Melayu..ada hati dan perasaan..aku tak tahu kalau ada Melayu sini gembira lihat usahawan Melayu bangkrap dan papa kedana…

Bila aku bagi kursus kepada orang miskin negeri Melaka,aku x ambik pun sesen dari JKM walaupun aku berhak dibayar.Bukan semua aku buat kerna wang…aku tidak mahu jadi seorang lelaki kaya keluar bank bawa wang RM30 ribu dan dilanggar kereta,kemudian diajar mengucap namun ia berkata ketika nazak “mana wang aku…wang aku…..”sampailah nafas terakhir….

Aku hargai semua pendapat dan pandangan,namun jauhkanlah segala pendapat yang menjatuhkan usahawan Melayu.Lihatlah kota besar KL..jika dicabut bangunan kerajaan ,yang ada hanyalah kampung baru milik Melayu..lain-lain semua milik bangsa lain…

Renungilah kata-kata Tun Dr Mahathir ketika beliau memberikan ucapan PUNB 20 tahun,di hotel Istana KL  tahun lepas yang aku sertai “Saya hairan..banyak bandar besar saya pergi tetapi seakan-akan bukan Malaysia..seakan-akan ia negara China…adakah ini Tanah Melayu?”

Fahamilah makna tersirat…………


Aku mohon maaf jika tersalah tulis…..kawan aku cakap..
“Melayu ni..kalau beli barang atau khidmat ,pergi ke kedai bangsa lain…bila ada ayah atau sedara meninggal,barulah panggil kita datang umah baca Yasin…mengapa tak panggil Ah Chong?”
Amat dalam kata-kata kawan aku anak Kelantan berhijrah ke Negeri Sembilan…………….

Salam……………….
Hampir 2 petang,aku lum lunch sebab khusyuk tulis ayat-ayat cinta…………….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 01:56 PM | Show all posts
Ramai kawan aku jatuh dalam bisnes akibat sikap pelanggan sendiri.Ada yang sengaja mengatakan makana ...
GuaAnakMelaka Post at 16-1-2012 01:53 PM



   Haaaaaaa.....pasal dalam makanan ada ulat ni...tingat filem2 melayu tahun 80-an...citer badul dan pelawak2 zaman dulu....nak makan pree.....sanggup letak lipas bagai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 01:59 PM | Show all posts
Reply 4# medangmru


   hahaha..aku pun masih ingat....apa tajuknya??kdg2 tonton filem lama ni best juga!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 02:03 PM | Show all posts
Alkisah benar pengarah MARA cawangan Seremban datang lawattapak projek aku…aku pun kongsi pandangan ...

Cuma aku agak terkilan dalam board ADUAN
GuaAnakMelaka Post at 16-1-2012 01:52 PM




Nak wat camner Hj....udah namanya BOD aduan ,,,sesaper yg tak berpueh hati mmg kat sinilah tempat untuk melampiaskan amarah....cuma kat sini rasanya masih menjaga kesopanan dari segi bahasa dan ayat ( walaupun kdg2 tu ada gak yg terbabas -dan biasanya aku udah edit siap2 atau topik tu aku delete je:tak sempat org lain baca )...kalau thread tu dibukak kat BOD lain esp kat BOD sinunnn/.....mmg konpom kene hentam kaw2 sampai ayat melatah tak tentu arah semua keluar....semuanya nak dikomplen hatta sampai masuk bab seluar dalam sekalipun.....


lain org lain ragam dan sudah tentu lain cara derang ni nak lampiaskan amarah .....selain di Blog, facebook dll...porem ni la tempat yg merek aleh mengadu domba....mungkeng ada kebaikan dan mungkin sebalik...brgantung kepada persepsi pembaca itu sendiri...

Mungkeng cara Hj. lain...cara Mat hassan lain...cara Mod Ryo lain...cara poremer lain , lain plak tindakan dan cara mereka memperhalusi sesuatu masalah tu....susah nak sekat org lain dr beri pendapat ...namun Insyaallah...dalam BOD ni ...selagi boleh aku dan Mod Ryo akan cuba mengawal dengan sebaik mungkeng....InsyaAllah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2012 02:04 PM | Show all posts
Reply  medangmru


   hahaha..aku pun masih ingat....apa tajuknya??kdg2 tonton filem lama ni bes ...
GuaAnakMelaka Post at 16-1-2012 01:59 PM


kalau x silap ada satu scene Ar Badul atau Yahya SUlong kowt yg letak lipas kering.....dalam filem Salleh yaccob tahun 80-an pung adaa..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 02:32 PM | Show all posts
Reply 6# medangmru


   biasalah bro..manusia rambut sama hitam,hati lain-lain....
tp aku suka perselisihan pendapat kerna ia menambahbaik idea dan pandangan..aku pun bukan statik dan autokrasi....

semua boleh fikir sendiri....anyway highway aku dah ngantuk....

udah malam tadi aku tido 2 jam je...siang aku bantai 30 minit lagi....

Tuan hamba mahu beradu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2012 12:19 PM | Show all posts
Ramai kawan aku jatuh dalam bisnes akibat sikap pelanggan sendiri.Ada yang sengaja mengatakan makana ...
GuaAnakMelaka Post at 16-1-2012 13:53


ku bukan seorang yang punya perniagaan tapi dari tulisan ko ni, memang dapat rasa penuh tersirat..mudah mudahan ramai yang baca dan tersedar.
terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 12:27 PM | Show all posts
Reply 9# oneders


   sama-sama.........................
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 02:23 PM | Show all posts
ya akhi.كنت دائما أفضل
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 06:33 PM | Show all posts
thank bro saatcham! the best about entrepreneur I ever read
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 08:20 PM | Show all posts
Reply 12# dune1989


   u r welcome...
how ur business???
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 01:36 AM | Show all posts
semoga business melayu terus maju... yg penting bukan didokong dengan rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 09:19 AM | Show all posts
Alhamdulillah, pendapat kamu tentang peniada melayu di atas sangat bernas, mohon share di blog saya ye, sebab saya nak sebarkan berita baik ni. Jangan risau saya dah kredit kan pada awak di dalam entri itu. Majulah Peniaga Melayu!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2012 03:44 PM | Show all posts
Reply 15# AzzaAzman


   jgn lupa masukkan laman web aku.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2012 03:53 PM | Show all posts
Haaaaaaa.....pasal dalam makanan ada ulat ni...tingat filem2 melayu tahun 80-an...citer bad ...
medangmru Post at 16-1-2012 13:56



Izinkan I menyampuk ttg makanan ni. Last 2 weeks I makan disatu restoren ni, makan mee goreng. Orang tak ramai tapi tunggu order dlm 30 minit. makan punya makan, tiba-tiba tergigit benda keras. Keluarkan dari mulut and tenguk, check punya check - rupanya cebisan kuku. Terus berhenti makan dan nak termuntah disitu juga.
Pastu I jumpa lah cashier dia dan cakap eluk-eluk tentang cebisan kuku dan tunjuk kat dia. I nasihatkan supaya dia jaga kebersihan. tapi yang tak bestnya - ada ke dia buat muka seposen aje dan tak ambil serius, bukannya nak minta maaf or ganti makanan lain. Ni nasib I complain baik-baik dan bukan adu kat consumer assoc. Memang I takkan pergi lagi ke restoren ni. Jijik...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 08:06 PM | Show all posts
Ramai kawan aku jatuh dalam bisnes akibat sikap pelanggan sendiri.Ada yang sengaja mengatakan makana ...
GuaAnakMelaka Post at 16-1-2012 13:53



   Alhamdullillah....setakat ni saya tetap menyokong bisness bumiputera....kalau beli brg tu saya cari jenama yg bumiputera yakni saya yakin ianya halal (makanan)...kalau setakat mahal 10 sen 20 sen tu saya tetap tak kisah....jgn bekira sgt utk beli brg bumiputera. kalau kita tak tolong dorg sapa llg nak tolong kan!! kalau ckp pasal qualiti saya rasa tak jauh beza....support la produk org kita. la ni mcm2 brg jenama bumiputera ada. cth mcm brg HPA
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 11:03 AM | Show all posts
kat kg aku ada 3 kedai runcit. kedai2 ni lah yg aku selalu singgah untuk beli brg sikit2 ... 1 kedai melayu, 2 kedai cina..

kedai melayu ni aku tak suka pergi sebab kedai dia sempit.. so, kalau nak cari brg mcm kacang tanah ke, nasi impit ker, kena mintak dgn pembantu dia,, pembantu dia akan carikan.. yg aku tak suka, sebab brg yg dia bagi mungkin tak menepati apa yg aku nak.. contoh kacang tanah yg dah lama and sama gak dgn nasi impit.. dah dia bagi, aku tak sampai hati pulak nak reject... aku bawa balik, nampak ulat beras...

sedangkan kedai cina tu, besar and aku boleh ronda2 untuk cari brg yg aku nak...

kalau ikut teori pasaraya besar.. diaorg memang sengaja bagi space besar supaya pelanggan akan round2 and akan ambik barang yg tak de dlm list to buy customer... untuk tingkatkan sales...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 11:19 AM | Show all posts
Reply 19# syanamir


   BRO..KEDAI CHA 10 METER DR UMAH AKU,KEDAI M PULA  1 KM DR RUMAH..AKU SANGGUP PI KEDAI M SBB AKU SYG BANGSA AKU......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.179473 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list