CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28613|Reply: 63

Angkatan Tentera Malaysia FA (The Gladiator)

[Copy link]
Post time 13-12-2011 11:42 AM | Show all posts |Read mode







Jersi Angkatan Tentera Malaysia FA



Jenama : Umbro


2012 Kit






















Last edited by HangPC2 on 12-10-2012 11:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 09:41 PM | Show all posts
baper org tentera dalam team ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 09:45 PM | Show all posts
Musykil jgk mne diorg dpt dana ni.
Is it from koperasi tntera / affin bank?
Kt liga s'pore team SAF diorg strong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2011 11:42 PM | Show all posts
1. Geran dari FAM....

2. mungkin pakai peruntukan MINDEF.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 05:53 PM | Show all posts
ermmm... kalau x menang gak aku x tau la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 11:58 AM | Show all posts
ATM FA Vs Yangon United FC (2011 Friendly Match)


















Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2012 12:01 PM | Show all posts
ATM FA (2) Vs NS Betaria FC (0) 09/01/2012



















Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 09:31 AM | Show all posts
atm mesti dapat banyak penaja2
supplier mindef yang beso2 mesti sapot  punya
kan dapat projek beso2 maaaaaaaaaaa...
huhuhu...

kemon2 atm, u ken du it
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 12:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2012 01:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:31 PM | Show all posts
gaji tntera dipotong rm 2 ke bape ringgit (tak silap aku) utk gaji dorang ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 12:05 PM | Show all posts
Piala Malaysia : ATM menang tipis



NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

28 September 2012



PASUKAN berstatus kelab, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cuba mengukuhkan cengkaman dalam saingan Piala Malaysia tetapi berakhir dengan kemenangan tipis ke atas Negeri Sembilan dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Kemenangan 3-2 ini nyata meletakkan pasukan bimbingan B Sathianathan, yang akan bertandang ke Stadium Paroi pada suku akhir kedua 2 Oktober ini, dalam keadaan tidak selesa.

Pada babak pertama perlawanan, gawang tuan rumah sedikit cemas apabila percubaan Negeri Sembilan pada babak awal perlawanan nyaris membolosi gol namun tendangan terkena palang gol.

ATM  yang bermain di hadapan penyokong sendiri nyata bersemangat apabila dilihat melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang lawan.

Pun begitu beberapa percubaan awal menerusi Fitri Omar pada minit ke-36 tetap tidak berjaya apabila kekentalan kubu pertahanan anak buah Azraai Khor menahan asakan tuan rumah.

Memasuki babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain ATM mencemaskan kem pasukan pelawat, namun tendangan lencongnya  dari  jarak 15 meter berjaya didakap kemas penjaga gol Negeri Sembilan.

Begitupun, keghairahan tuan rumah dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai menerusi tendangan Christie Jayaselan pada minit ke-55 untuk mengukuhkan kedudukan di depan.

Selang beberapa minit kemudian, pasukan tuan rumah menambah jaringan menerusi Bruno Marteloto pada minit ke-60.

Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang Negeri Sembilan apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.

Begitupun kealpaan  penjaga gol ATM akhirnya terhukum apabila pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi Firdaus Azizul pada minit ke-74 untuk merapatkan kedudukan.

Gol itu bagaimanapun seolah-olah tidak bermakna apabila ATM pula meneruskan ‘serangan’ – menambah gol menerusi jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-80.

Pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol. Akhirnya Shakir Ali beraksi cemerlang apabila berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-89 untuk mengejar ATM.

Namun, anak buah Azraai Khor terpaksa akur apabila gagal memperoleh kemenangan untuk membawa bekalan selesa ketika beraksi di halaman sendiri nanti.


- Sinar Harian -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 04:10 PM | Show all posts
NS gagal sekat kemaraan Tentera



2012/10/03 - 00:04:34 AM


Oleh Mohd Amin Jalil



Seremban : Juara Liga Perdana, Tentera terus cemerlang mengorak langkah dalam kempen Piala Malaysia apabila menyingkirkan juara bertahan, Negeri Sembilan pada aksi suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Turun berbekalkan kemenangan 3-2 di Stadium Selayang, anak buah B Sathianathan memastikan mereka melakar sejarah mara ke separuh akhir buat julung kali dengan kemenangan 3-1 dan 6-3 secara agregat.
Pada babak pertama, tuan rumah yang ketinggalan 2-3 secara agregat terlebih dulu membuka jaringan untuk kembali menghidupkan peluang menerusi tolakan mudah Alif Shamsudin seawal minit kelima.

Namun, kealpaan benteng pertahanan skuad Hobin Jang Hobin ketika mengekang sepakan percuma pelawat membawa padah apabila pemain pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak mudah menanduk masuk umpanan Azmi Muslim empat minit kemudian.

Anak buah Azraai Khor Abdullah kembali mengasak dan hampir menggandakan jaringan namun tendangan bebas ayam tambatan mereka Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-18, berjaya ditolak kemas penjaga gol Tentera, Mohd Farizal Harun.

Skuad kendalian Sathianathan yang kembali mendapat kelebihan secara agregat menggunakan sepenuhnya ruang kosong ditinggalkan tuan rumah yang ghairah memburu gol untuk menjelmakan jaringan kedua menerusi Marlon Alex James (m-42) apabila mudah menolak masuk hantaran Zaquan Adha Abdul Radzak.

Marlon menambah jaringan pada babak kedua untuk memastikan peluang buat tuan rumah semakin tipis apabila mudah menyempurnakan hantaran lintang Bruno Sebastian Martelotto pada minit ke-57.



- Berita Harian -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 06:33 PM | Show all posts
Elak jerat Lions XII




Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
[email protected]



“ WASPADA dengan set piece Lions XII. ” Demikian amaran jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan menentang Lions XII pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar malam esok.

Selain terpaksa beraksi di padang rumput tiruan yang dijangka menjadi ‘ kesulitan ’ buat ATM, Sathianathan menyifatkan set piece Lions XII mampu menjadi ancaman kepada anak-anak buahnya pada perlawanan itu nanti.

“ Boleh dikatakan kebanyakan jaringan mereka (Lions XII) hadir menerusi set piece terutama gerakan dari posisi kanan mereka.

“ Mereka juga sudah biasa beraksi di padang biasa mahupun rumput tiruan, jelas ia memberikan se- dikit kelebihan buat Lions XII.

“ Umum mengetahui kami merupakan pasukan Liga Perdana (musim ini) yang mana kami tidak memiliki pengalaman beraksi di padang rumput tiruan.

“ Jadi sudah pasti ini memberi kelebihan kepada Lions XII untuk menggunakan kesempatan itu bagi meraih kemenangan, ” kata Sathianathan kepada Kosmo! semalam.

Begitupun, Sathianathan tetap mengintai peluang melakar kejutan ke atas Lions XII, sekali gus mencerahkan misi ATM mara ke pentas final.

“ Kami tidak mahu mencipta sebarang alasan meskipun hanya berehat selama dua hari sebelum beraksi Jumaat ini (malam esok).

“ Meskipun tanpa khidmat Zaquan Adha (Abdul Radzak), saya percaya barisan pemain saya sudah bersedia berdepan Lions XII.

ATM mara ke saingan separuh akhir selepas menyingkirkan penyandang juara, Negeri Sembilan dengan agregat 6-3.

Selepas menang 3-2 pada aksi suku akhir pertama, ATM tampil bergaya apabila menewaskan Negeri Sembilan 3-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin.

Biarpun Negeri Sembilan membuka tirai jaringan menerusi Mohd. Alif Shamsudin seawal minit keempat, ATM bangkit dengan tiga gol hasil sumbangan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada minit ke- sembilan dan Marlon Alex James (42 dan 57).



- Kosmo -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2012 01:11 PM | Show all posts
Soldiers return from Singapore with precious away goal



Posted on October 6, 2012



By ERIC SAMUEL


PETALING JAYA : Premier League champions Armed Forces returned home from Singapore with a valuable away goal after holding Lions XII to a 1-1 draw in the Malaysia Cup semi-finals, first-leg tie at the Jalan Besar Stadium.

Marlon Alex James silenced the home crowd with a beautifully-taken goal in the 55th minute before Safuwan Baharuddin turned super sub for the Singaporean side by notching the equaliser in the 80th minute.

But James’ goal yesterday was simply sublime. K. Reuben sent a through ball and the St Vincent and Grenadines striker timed his run to perfection, beating his marker Baihakki Khaizan before placing the ball past the diving Lions goalkeeper Mohd Izwan Mahbud. But the Lions fought back and were rewarded when Safuwan nodded into an open goal from Isa Halim’s freekick just 10 minutes from time.

It was poor defending by Forces, who allowed Safuwan to rise unchallenged and nod the ball past goalkeeper Mohd Farizal Harun from close range.




I’ll race you to that : Lions XII’s Baihakki Khaizan (left) tussling for the ball with Armed Forces’ Marlon Alex James during their Malaysia Cup semi-final first-leg match yesterday. — ABDUL RAHMAN EMBONG / The Star.


The home team dominated the proceedings from the opening whistle, with skipper Shahril Ishak, Shahdan Sulaiman and Agu Casmir coming close a few times. Forces failed to keep possession as they struggled to get to grips with the artificial pitch, and looked very ordinary.

Nothing went right for coach B. Sathianathan’s men as they barely threatened the Lions XII goal in the first-half. The Premier League champions came with the same artillery that had knocked the stuffings out of defending champions Negri Sembilan in the quarter-finals. But surprisingly, their attacking flair was missing last night.

Even the reliable engine room, led by Bruno Martelotto, Rezal Zambery Yahaya and nippy flankers Christie Jayaseelan and Mohd Fitri Omar, could not do much while forwards James and Hairuddin Omar had a quiet game.

James had two looks at goal – converting the first in the 55th minute and squandering the other with only Lions goalkeeper Mohd Izwan to beat in the 73rd minute.

Forces hold the advantage going into the return-leg match at the Selayang Stadium on Thursday. A goalless draw will be sufficient as Forces have an away goal.



- The Star -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2012 01:44 PM | Show all posts
Piala Malaysia: ATM nyaris jinakkan LionsXII




KUALA LUMPUR 6 Okt. - LionsXII menghampakan hasrat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meraih kelebihan gol tempat lawan menjelang separuh akhir kedua bola sepak Piala Malaysia 2012, apabila mengikat pelawat 1-1, malam tadi.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura itu, ATM mengejutkan LionsXII dengan jaringan Marlon Alex James sebelum Safuan Baharudin menyamakannya, minit ke-80.



- Utusan Malaysia -





Lions XII bangkit ikat ATM



Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

[email protected]


SINGAPURA - Jaringan pemain lawan, Safuan Baharudin pada minit ke-80 menafikan hasrat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memiliki kelebihan jaringan yang besar pada separuh akhir kedua Piala Malaysia nanti apabila pelawat akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Kelebihan hampir memihak skuad B. Sathianathan apabila ATM mempamer permainan bertenaga walaupun beraksi di padang tiruan.

Asakan bertali arus ke kubu lawan akhirnya membawa hasil apabila ATM mendahului menerusi jaringan Marlon Alex James pada minit ke-55.

Jaringan menarik ATM dihasilkan apabila Marlon melepasi perangkap ofsaid Lions XII hasil hantaran jauh K. Rueben.

Walaupun diasak pertahanan lawan, Marlon berjaya melepaskan rembatan padu kaki kiri yang menewaskan penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbud.

Sebelum itu, ATM ternyata garang apabila meraih peluang gol seawal minit kelapan hasil sepakan bebas Aidil Zafuan Abdul Radzak, namun bola tinggi melepasi gawang.

Peluang yang sama hadir pada minit ke-10 tetapi sepakan Rezal Zambery Yahya dari luar kotak penalti gagal disambar dengan tepat oleh ketua pasukan, Hairuddin Omar.

Lima minit selepas itu giliran Lions XII mengancam kubu ATM menerusi Agu Casmir yang pertama kali beraksi di dalam kesebelasan utama, tetapi gagal melakukan hantaran kemas kepada ketua pasukan, Shahril Ishak yang berada di dalam kotak penalti ATM.

Stadium Jalan Besar akhirnya bergema dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila Lions XII akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan cantik Safuan pada minit ke-80, hasil sepakan bebas Shahdan Sulaiman berhampiran kawasan penalti ATM.

Lions XII meraih sepakan bebas berhampiran kawasan penalti ATM apabila pertahanan kiri mereka, Irwan Fadhli Idrus menjatuhkan pemain lawan sehingga dilayangkan kad kuning.

Keputusan seri tersebut masih membuka peluang ATM untuk mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila kedua-dua pasukan berentap lagi dalam separuh akhir kedua di Stadium MP Selayang, Khamis ini.



- Utusan Malaysia -









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 09:39 PM | Show all posts
ni malam ni kan ATM vs lions 12, tkde ulasan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:50 PM | Show all posts
Dah selamat dah. haha...nasib baik menang.
Tp ATM dua kali kena palang gol.
Aku follow tv singapore live. Commentator dia ckp ref spnjang game ni bias.
Entahla. Biasa je aku tgk.
Masa lepas habis additional time dia tmbah lg seminit tu normal la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 11:37 PM | Show all posts
ATM mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia




KUALA LUMPUR 11 Okt. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Lions XII menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2.

ATM akan menenti pertemuan juaran bertahan Kelantan dan Selangor yang akan beraksi di separuh akhir kedua malam esok.




- Utusan Malaysia -





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 10:45 AM | Show all posts
‘ Tentera mampu cipta sejarah ’



2012/10/13 - 07:03:27 AM


Badrul Hizar Ab Jabar | [email protected]



Melaka : Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa skuad Tentera mampu mencipta sejarah dengan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali, musim ini.

Apa yang penting baginya, skuad kendalian B Sathianathan itu perlu turun dengan semangat berserta iltizam yang tinggi untuk memenangi perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini.
Tentera meranapkan impian Lions XII mara ke final Piala Malaysia apabila mencatatkan kemenangan 5-4 menerusi sepakan penalti, malam kelmarin.


Dalam bola sepak, tiada yang mustahil

Pada perlawanan pertama di Singapura, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan selepas beraksi 120 minit, aksi timbal balik turut menyaksikan keputusan sama untuk agregat terikat 2-2 sekali gus pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

" Saya tidak mempunyai sebarang keraguan langsung terhadap semangat serta iltizam setiap pemain pasukan ini untuk menjuarai Piala Malaysia.
“ Jadi, Sabtu depan mereka akan 'all-out' untuk mencipta sejarah, " kata Zulkifeli selepas merasmikan majlis Perbarisan Tamat Kursus Pegawai Ikhtisas Kor Kesihatan Diraja di Kem Terendak, Sungai Udang, semalam.

Zulkifeli yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak ATM berkata, pasukan itu sudah mencipta sejarah dengan menjuarai Liga Perdana buat pertama kali pada musim ini sekali gus layak ke saingan Liga Super 2013.

" Kita juga mengulangi sejarah apabila layak ke final kali ketiga selepas melakukannya pada 1949 dan 1966.

" Bagi saya, dalam bola sepak, tiada yang mustahil dan apa yang pemain Tentera akan lakukan ialah turun dengan semangat juang tinggi serta beraksi habis-habisan untuk mencapai kemenangan, " katanya.

Ditanya mengenai ganjaran jika Tentera menjuarai Piala Malaysia, Zulkifeli berkata: " Melalui pengamatan saya, soal ganjaran itu menjadi perkara kedua kerana pemain mempunyai keazaman tinggi untuk membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama ke pangkuan ATM. "



- Berita Harian -





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.073081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list