CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29941|Reply: 0

[Sarawak] Lee tekankan pelbagai inisiatif menyeluruh Kerajaan Sarawak tingkat taraf hidup rakyat

[Copy link]
Post time 14-2-2026 09:22 PM | Show all posts |Read mode


DATO SRI LEE KIM SHIN

MIRI: Menjelang ketibaan Tahun Kuda, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menekankan pelbagai inisiatif menyeluruh yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menyokong rakyat di setiap peringkat kehidupan, dalam usaha berterusan meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak.

Beliau berkata, inisiatif tersebut merangkumi elaun ibu mengandung dan bayi baharu lahir, manfaat penjagaan kesihatan untuk warga emas, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), serta pendidikan universiti percuma bagi pelajar dalam kursus yang ditetapkan di universiti milik kerajaan negeri Sarawak.

“Skim dan program ini membuktikan komitmen kita untuk memastikan rakyat Sarawak dapat hidup, belajar dan bekerja dengan penuh keyakinan, di samping mempersiapkan generasi muda untuk masa depan negeri ini,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina (TBC), hari ini.

Lee turut menekankan pencapaian dalam sektor pengangkutan dan infrastruktur, termasuk pelaksanaan perkhidmatan bas percuma di Miri, projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang sedang berjalan, serta projek Autonomous Rapid Transit (ART) berkuasa hidrogen yang bakal diperkenalkan, sekali gus memperlihatkan komitmen kerajaan negeri terhadap mobiliti hijau dan pintar.

Selain inisiatif pembangunan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu juga turut menegaskan kepentingan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Rakyat daripada pelbagai etnik dan agama bersama-sama meraikan perayaan seperti TBC, Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak, Deepavali dan Krismas, yang mencerminkan semangat inklusif negeri ini,” katanya.

Beliau turut memuji kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sambil menyatakan bahawa kestabilan politik, keterangkuman sosial dan persekitaran mesra perniagaan telah membolehkan rakyat Sarawak terus maju, sekali gus menjadikan negeri ini sebagai model yang dikagumi.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik.

“Tahun Kuda melambangkan kekuatan, ketabahan dan momentum ke hadapan.

“Marilah kita memberikan yang terbaik dalam peranan masing-masing, bekerjasama menyumbang kepada pembangunan Sarawak serta berganding bahu merealisasikan visi kemakmuran dan kemajuan menjelang 2030,” katanya mengakhiri perutusan dan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina yang meraikannya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.075545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list