CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25858|Reply: 0

[Sabah] Limus lancarkan risalah digital 'Guide To Kuala Penyu'

[Copy link]
Post time 14-2-2026 03:13 PM | Show all posts |Read mode


SIMBOLIK: Limus menggunakan telefon bimbit untuk mengimbas kod QR e-Brochure 'Guide To Kuala Penyu' yang dilancarkannya sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2026 di Pekan Menumbok.

MENUMBOK: Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Limus Jury melancarkan e-Brochure 'Guide To Kuala Penyu' sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2026 yang diadakan di Dewan Terbuka Pekan Menumbok, pada malam Jumaat.

Risalah digital yang dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu itu disediakan khusus untuk para pengunjung untuk mengetahui pelbagai tempat menarik serta destinasi pelancongan yang terdapat di Daerah Kuala Penyu.

Ia merupakan terbitan kedua selepas terbitan pertama pada tahun 2024.

Istimewanya, terbitan kali ini adalah hasil kolaborasi antara Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Penyu dan Persatuan Pelancongan Menumbok yang menjadikan e-Brochure kali ini lebih lengkap dan merangkumi tempat-tempat menarik bagi kedua-dua Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok.



HARGAI: Limus menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Penyu, Tec Chung Hock Leong selepas pelancaran e-Brochure 'Guide To Kuala Penyu' sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2026 di Pekan Menumbok.

Sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, penghasilan e-Brochure versi baharu ini tentunya dapat mempromosikan serta memudahkan pelancong untuk mengetahui tempat-tempat menarik yang terdapat di Kuala Penyu.

Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Penyu (PPPKP) dalam satu kenyataan merakamkan penghargaan kepada Limus kerana melancarkan risalah digital itu sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2026.

"Penghargaan juga diberikan kepada Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Pejabat Daerah Kuala Penyu, Majlis Daerah Kuala Penyu kerana sentiasa memberi sokongan serta kerjasama dalam menjayakan majlis pelancaran e-Brochure ini," menurut kenyataan itu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:19 PM GMT+8 , Processed in 2.284618 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list