CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24422|Reply: 1

[Dunia] Polis tahan ibu selepas penemuan mayat dua bayi beku

[Copy link]
Post time 14-2-2026 02:39 PM | Show all posts |Read mode

PARIS: Seorang wanita berusia 50 tahun dari sebuah kampung di timur Perancis ditahan berhampiran Paris berhubung penemuan dua bayi yang meninggal dunia dan disimpan dalam peti sejuk beku, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pejabat pendakwa raya membuka siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu selepas wanita berkenaan memberitahu pihak berkuasa yang dia melahirkan bayinya beberapa tahun lalu.

Dua mayat bayi yang dibekukan itu ditemukan pada Selasa di kediamannya di Aillevillers-et-Lyaumont, yang terletak antara Strasbourg dan Dijon.

Menurut pejabat pendakwa raya, wanita itu mengaku melahirkan dua bayi berkenaan di rumah dan menyembunyikan kehamilan berkenaan.

Pihak berkuasa berkata dia “membungkus bayi itu sejurus selepas kelahiran” dan meletakkannya di dalam peti sejuk beku di bilik utiliti yang hanya digunakan olehnya.

Ibu berkenaan, yang menurut laporan media Perancis mempunyai sembilan lagi anak, memaklumkan yang kelahiran itu berlaku antara 2011 iaitu tahun anak sebelumnya dilahirkan, hingga 2018.

Seorang ahli keluarga menemukan mayat bayi itu selepas wanita berkenaan meninggalkan rumah pada Disember. Menurut laporan, wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Pada peringkat awal, tidak dapat dipastikan bila kedua-dua bayi itu dimasukkan ke dalam peti sejuk beku. Bedah siasat dijadualkan untuk menentukan masa dan keadaan kematian bayi.

https://www.astroawani.com/berit ... mayat-dua-bayi-beku

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 11:38 PM | Show all posts
Poor babies.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.073989 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list