CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16507|Reply: 0

[Sarawak] Syarikat kendali kedai serbaneka didenda RM20,000 kerana menjual sepeket rokok pada harga RM3.30

[Copy link]
Post time 13-2-2026 05:28 PM | Show all posts |Read mode


Peguam Yong (dua kanan) bersama pihak Seksyen Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak semasa berada di lobi Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Sebuah syarikat yang mengendalikan kedai serbaneka didenda RM20,000 di Mahkamah Majistret hari ini akibat menjual sepeket rokok pada harga RM3.30, jauh lebih rendah daripada harga minimum RM12 setiap peket yang ditetapkan undang-undang.

Tertuduh (wakil syarikat) yang diwakili peguam Yong Suk Hui mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(4) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 kerana menjual produk tembakau yang tidak mengikut harga dan syarat ditetapkan.

Menurut fakta kes, kejadian berlaku pada akhir bulan Oktober 2025 iaitu ketika pasukan penguatkuasaan terdiri daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menjalankan Operasi Penguatkuasaan di sekitar Jalan Satok.

Semasa operasi dijalankan, seorang pegawai penguat kuasa menyamar sebagai pelanggan dan membeli sepeket rokok mentol di kaunter premis tersebut pada harga RM3.30.

Selepas pembelian dibuat, pasukan penguat kuasa terus menyerbu premis tersebut dan mengeluarkan Notis Memerintahkan Kehadiran Di Mahkamah (Notis di Bawah Seksyen 47) supaya syarikat berkenaan hadir ke mahkamah kerana kesalahan itu tidak boleh diselesaikan secara kompaun.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Dorothy Alak dan Siti Rohayuh Saleh dari Seksyen Inspektorat dan Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Tertuduh dilaporkan membayar denda tersebut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.041835 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list