CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18478|Reply: 0

[Sarawak] Wanita rugi hampir RM1.55 juta akibat penipuan telefon

[Copy link]
Post time 10-2-2026 01:51 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Taktik penyamaran sebagai pihak berkuasa sekali lagi memakan mangsa apabila seorang wanita tempatan berusia 47 tahun kerugian hampir RM1.55 juta akibat penipuan telefon.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, laporan berhubung kes itu diterima pada 9 Februari 2026.

“Kejadian dipercayai bermula pada 23 Disember 2025 ketika mangsa berada di rumah sebelum menerima satu panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya pegawai Polis Bukit Aman.

“Pemanggil terbabit memaklumkan nombor telefon mangsa kononnya terlibat dalam kegiatan penipuan sebelum panggilan disambungkan kepada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari IPD Kajang.

“Mangsa kemudian dimaklumkan bahawa namanya terlibat dalam kes pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam keadaan cemas dan takut, mangsa berhubung dengan beberapa individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis serta wakil mahkamah, katanya.

Suspek, katanya, secara berperingkat meyakinkan mangsa bahawa beliau sedang disiasat dan berdepan tindakan undang-undang serius sekiranya tidak memberi kerjasama.

“Tanpa menyedari dirinya diperdaya, mangsa diarahkan melakukan 18 transaksi pindahan wang ke dalam tujuh akaun bank berbeza melibatkan jumlah keseluruhan RM1,547,727.00.

“Segalanya terbongkar pada 1 Februari 2026 apabila mangsa menyedari semua perbualan WhatsApp bersama suspek telah dipadamkan dan ketika itu beliau menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan terancang.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM1.54 juta,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu dan secara tidak jujur mendorong penyerahan harta.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan, selain boleh dikenakan denda.

“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan panggilan mencurigakan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik, segera menamatkan panggilan yang meragukan serta tidak memberikan sebarang maklumat peribadi atau perbankan kepada pemanggil tidak dikenali.

“Orang awam juga digalakkan menghubungi balai polis berhampiran untuk membuat semakan atau laporan, selain menyemak nombor akaun dan telefon mencurigakan melalui portal rasmi Semak Mule PDRM,” ujarnya.

Beliau turut berkata, sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan melalui Hotline JSJK Sarawak di talian 011-62890089, e-mel [email protected] atau 997 Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang beroperasi 24 jam.


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.731335 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list