CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10084|Reply: 0

[Johor] Peniaga wajib pasang 3 CCTV di Johor Bahru

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:22 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menambah 2,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) secara berfasa di sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Haffiz Ahmad, berkata, buat masa ini bandar raya berkenaan sudah dilengkapi 500 unit CCTV.

Beliau berkata, selepas perancangan pemasangan CCTV tambahan itu dilaksana, bandar raya berkenaan akan dilengkapi 2,500 unit CCTV.

Menurutnya, kerja pemasangan CCTV akan dilaksanakan secara berfasa di lokasi bersesuaian .

"Pemasangan CCTV ini seiring dengan pembangunan di bandar raya ini demi meningkatkan serta memperkukuhkan tahap keselamatan," katanya.

Beliau berkata, MBJB juga menetapkan pemasangan tiga unit CCTV di premis perniagaan sebagai salah satu syarat tambahan pelesenan.

"Syarat terbabit membabitkan premis perniagaan yang berada di tingkat bawah dalam kawasan pentadbiran MBJB.

"Bagi pembaharuan lesen tahunan, setiap pemilik premis dikehendaki mengemukakan bukti pemasangan CCTV manakala permohonan lesen baharu pula perlu mematuhi syarat pemasangan dalam tempoh yang ditetapkan.

"Langkah berkenaan ke arah mewujudkan persekitaran bandar yang lebih mampan selain memastikan kesejahteraan warga bandar raya," katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan Program Keindahan dan Keceriaan LA21 di Taman Permainan Kanak-Kanak Jalan Melati, Kampung Dato' Sulaiman Menteri di sini kelmarin.

Beliau berkata, Taman Kanak-Kanak dijenamakan semula sebagai Pocket Park Kampung Dato' Suleiman Menteri (KDSM) kerana fungsi dan komponen yang disediakan tidak terhad kepada aktiviti permainan kanak-kanak semata-mata, sebaliknya bersifat inklusif serta pelbagai guna untuk manfaat komuniti setempat.

"Antara komponen utama yang disediakan termasuk perpustakaan mini, taman permainan bersepadu yang menggabungkan elemen permainan moden dan tradisional, serta wakaf moden yang berfungsi sebagai ruang kanak-kanak membaca dan menjalankan aktiviti pembelajaran.

"Selain itu, kawasan ini turut dilengkapi dengan laluan khas untuk orang kurang upayu (OKU) penglihatan," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 1717 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 1919 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 2121 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 8647 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125875 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.868499 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list