|
View: 30817|Reply: 7
|
[Tempatan]
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
[Copy link]
|
|
|
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
BERNAMA - Februari 9, 2026 @ 5:08pm
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk kosmetik Saqa Glowing Turmeric Night Treatment Cream selepas dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.
KKM memaklumkan merkuri dilarang di dalam kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
"Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," menurut KKM dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, KKM menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan kosmetik terbabit.
"Penjual dan pengedar kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran kosmetik tersebut dengan serta-merta.
"Penjualan dan pengedaran kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," menurut kenyataan itu.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan hingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya. – BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlu hukuman jenayah utk bendung isu ni. Setakat produk dihalang jual, diorang akan hasilkan produk lain pulak dengan bahan yang sama. Kalau kena penjara lebih lama dan wajib sebat, takut sikit deme.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Produk2 timbang kilo ni antara bisnes cuci duit ore kelate... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama produk pun SAQA, macam ala ereb sikit, padahal nak sebut tu SAKA. Menakutkan betul. Baik la ambik kunyit hidup tu tonyoh kat muka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lupa nak komen sekali pasal gelang penuh kat tangan tu. Dan juga kuku color pink  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 10-2-2026 09:35 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
kotakbaju replied at 10-2-2026 08:54 AM
Lupa nak komen sekali pasal gelang penuh kat tangan tu. Dan juga kuku color pink
Nak tunjuk dia seller berjaya.Haha. Ini gambar dapat dari shopee. Produk ni masih ada dijual as of semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 10-2-2026 09:35 AM
Nak tunjuk dia seller berjaya.Haha. Ini gambar dapat dari shopee. Produk ni masih ada dijual as of ...
Oo, kat situ ada ke yg ditulis berapa yg sold item tu meols tak penah tau pun pasai produk pelik2 ni. Kalau ada yg terjual, macam mana la org boleh tau pasal produk ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|