CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32450|Reply: 6

[Jenayah] Wanita acu pisau, ugut bakar rumah ibu dipenjara tiga bulan

[Copy link]
Post time 4-2-2026 03:11 PM | Show all posts |Read mode
BATU PAHAT: Seorang wanita dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mengugut mahu membakar rumah serta mengacu pisau terhadap ibunya kerana berang dilarang keluar.

Majistret Nurasidah A Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Maznah Naim, 50, selepas mengambil kira rayuan dikemukakan serta hujahan pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, dia yang belum berkahwin didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengeluarkan kata-kata, ‘aku akan bakar rumah’ sambil mengacu sebilah pisau terhadap ibunya berusia 70 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sri Pantai, Senggarang di sini, pada jam 6.30 petang, 1 Disember tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh yang memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memarahi ibunya selepas wanita terbabit melarangnya keluar rumah.

Sebelum kejadian, berlaku perselisihan antara tertuduh dengan ibunya dan kemuncaknya apabila tertuduh mengambil sebilah pisau lalu mengacu ke arah mangsa.

Keadaan itu menyebabkan ibunya ketakutan lalu menghubungi salah seorang anaknya yang juga adik tertuduh memaklumkan perkara terbabit.

Bimbangkan keselamatan diri serta harta benda, mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Senggarang pada keesokan hari dengan tertuduh ditahan untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin Banyak kes anak derhaka..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 50 nekk..  Kasi je la dia keluar.  Aman idop..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang suka bakar rumah ni biasa penagih dadah. Acik Maznah standby kena urine dengan polis nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:39 PM | Show all posts
tertuduh yang memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah


dah la dibela mak
dasar
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
stress sangat ke kak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2026 08:44 AM | Show all posts
maznah ke tu?....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 11:25 PM GMT+8 , Processed in 1.246803 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list