CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8526|Reply: 5

[Tempatan] Da’i Syed Kembali Ke Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan, Rayuan Kes Rogol Ditolak

[Copy link]
Post time 23-1-2026 06:00 PM | Show all posts |Read mode



'Kita tawakal' - Isteri Da'i Syed serah urusan kepada ALLAH

NOOR AZLIDA ALIMIN
23 Januari 2026 03:01pm
Masa membaca: 2 minit





SHAH ALAM - Isteri pendakwah selebriti, Da’i Syed menyerahkan semua urusan kepada ALLAH selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan suaminya ke penjara serta-merta.

Ia susulan Hakim, Adlin Abdul Majid menolak rayuan Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, untuk mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman kerana merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.
Hana Ismail, 40, turut menyerahkan sepenuhnya soal kebajikan anak-anak kepada ketentuan Ilahi.

“Insya-ALLAH, semua ALLAH akan uruskan, kita tawakal. Bagi kes mahkamah ini, saya serahkan kepada peguam untuk mengaturkannya,” kata ibu kepada dua anak itu, ketika di luar mahkamah.

Sejurus keputusan, Hana memeluk suaminya berulang kali sebelum Syed Shah Iqmal dihantar ke penjara serta-merta.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dan dikurniakan dua anak.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal didakwa atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Pada 30 Ogos 2024, Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas tuduhan berkenaan dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.

Bagaimanapun, selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini sehingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2026 06:02 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-1-2026 02:03 AM



Da’i Syed Kembali Ke Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan, Rayuan Kes Rogol Ditolak
23 Jan 2026




Rayuan Da’i Syed Ditolak Mahkamah Tinggi
Da’i Syed kembali ke penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap pendakwah selebriti itu atas kesalahan merogol seorang wanita yang berlaku tujuh tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid, selepas meneliti hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dalam permohonan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan sebelum ini.
Da’i Syed
Dengan keputusan itu, hukuman penjara terhadap Da’i Syed berkuat kuasa serta-merta bermula hari ini.

Rayuan Gagal Timbulkan Keraguan Munasabah
Dalam penghakimannya, Hakim Adlin memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam membuat keputusan ketika mensabitkan tertuduh.

Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepanjang perbicaraan berlangsung.

Menurut mahkamah, keterangan tertuduh yang juga dikenali dengan nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak disokong dengan bukti yang kukuh.

Sebaliknya, keterangan mangsa serta bukti lain yang dikemukakan pihak pendakwaan didapati konsisten dan boleh dipercayai.

Sabitan Disifatkan Selamat & Tidak Wajar Diganggu
Mahkamah turut menegaskan bahawa kes pendakwaan telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah.
Oleh itu, sabitan terhadap Da’i Syed kembali ke penjara dianggap selamat dan tidak wajar diganggu oleh mahkamah rayuan.
Hukuman Penjara Berkuat Kuasa Serta-Merta
Hakim Adlin turut menyatakan bahawa tiada alasan khas untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman memandangkan kesalahan yang dilakukan merupakan kes yang serius.

“Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman yang dikenakan sebelum ini adalah selamat. Justeru, hukuman penjara itu bermula hari ini,” tegas beliau.

Susulan keputusan itu, Da’i Syed dihantar ke penjara hari ini bagi menjalani hukuman penjara selama 10 tahun serta tiga sebatan seperti yang telah diputuskan sebelum ini.

Kes Berprofil Tinggi Undang Perhatian Masyarakat
Kes melibatkan Da’i Syed sebelum ini mencetuskan perhatian meluas kerana tertuduh dikenali sebagai pendakwah selebriti yang mempunyai pengaruh besar, khususnya dalam kalangan anak muda dan pengguna media sosial.

Keputusan mahkamah ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat, dengan ramai melihatnya sebagai peringatan bahawa undang-undang terpakai sama rata tanpa mengira latar belakang, status atau imej seseorang individu.

Pengajaran Kepada Masyarakat
Dalam masa sama, kes ini turut dilihat sebagai satu pengajaran penting mengenai keberanian mangsa untuk tampil bersuara serta keperluan sistem keadilan melindungi hak dan keselamatan semua pihak.



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sendiri cakap:

  

https://www.instagram.com/p/CGw6 ... TJ6MG5qdjhsdDNxZQ==
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 09:32 PM | Show all posts
Terima ajelah bangsat. Ko dah aniaya anak org sampai camtu skali pastu ko cover guna perkahwinan sampai nak beranak sampai 2 ketol. Dgn roper ko camtu dah habis handsome charming lah? Padahal taraf siamang kutip kutu je gaya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-1-2026 06:20 PM
Dia sendiri cakap:



Hmmm...

Maaf cakap...

Kalau dengar sekali lalu memang sedap ayat2 yg dilontarkan dia nie...tapi...

Kalau pendosa rasa berdosa sehingga menangis keluar air mata berdarah sekalipon tanpa bertaubat memohon keampunan dari Allah dan redho dgn ketentuan Allah tetaplah takkan dapat keluar dari lingkungan kemaksiatan melainkan dgn berusaha mencari jalan keluar...

Contoh...org keje gro utk cari pendapatan disebabkan tidak diterima bekerja walaupon dah berjuta kali hantar resume dan pg interview...

Disebabkan org nie pilih jd gro, tentulah ujian yg diberikan akan berkaitan dgn pekerjaan tersebut...

Tapi, jika dia dpt keje lain contohnya instead of jadi gro dia boleh pilih jadi tukang kemas meja dan pinggan mangkuk kat situ..

Kalau org itu btol2 bertaubat dan mahu cari jln keluar dari tmpt maksiat tersebut,dia bolehlah pilih jadi tukang cuci n kemas walaupon gajinya mgkn tidak sbyk jadi gro...dah dpt pengalaman jd tukang cuci tuh, bolehlah dia try mtk keje kat tmpt lain supaya boleh keluar dari tmpt maksiat tersebut....

Tapi..kalau dia masih tak dpt keje kat tmpt lain maka dia perlu tanamkan dlm hati menerima segala takdir Allah dgn redho setelah semua usaha yg dilakukan tidak berjaya dan sentiasa berdoa memohon keampunan dari Allah...

Maaf sekali lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
namemysoul replied at 23-1-2026 09:58 PM
Hmmm...

Maaf cakap...

He's making a mockery of hukom Allah.  That much is clear.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 1.050288 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list