CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 466|Reply: 2

[Tempatan] Gas amonia bocor, jurutol dan sekuriti sesak nafas

[Copy link]
Post time 16-1-2026 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-1-2026 08:05 PM



Gas amonia bocor, jurutol dan sekuriti sesak nafasBerlaku kebocoran gas amonia daripada tong yang dibawa sebuah lori dekat Plaza Tol Seremban susur keluar arah Kuala Lumpur, di sini, tengah hari tadi. - Foto NSTP/Ahmad Hasbi.

SEREMBAN: Berlaku kebocoran gas amonia daripada tong yang dibawa sebuah lori dekat Plaza Tol Seremban, susur keluar arah Kuala Lumpur, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, jurutol dan seorang pengawal keselamatan di plaza tol berkenaan dikejarkan ke hospital selepas dikatakan terhidu bau gas.

Pemandu lori yang berusia 30-an berkata, dia dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Taman Labu Jaya, di sini, dan mahu menghala ke ibu negara bagi membawa 15 tong gas.

"Sebelum masuk ke plaza tol, saya dengar satu letupan kuat dari belakang. Pada mulanya saya fikir ia mungkin tayar pecah, namun secara tiba-tiba ada bau gas yang kuat keluar.

"Saya terus melompat keluar dari lori dan menyelamatkan diri. Masa itu mata saya sudah pedih, namun bernasib baik sempat menutup hidung dan ke tempat selamat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.50 tengah hari.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 dengan bantuan BBP Seremban bergegas ke lokasi. Kejadian membabitkan tong gas yang berisi amonia dikatakan meletup.

"Tong gas itu dalam muatan sebuah lori. Akibat kejadian, seorang wanita iaitu jurutol dan seorang pengawal keselamatan lelaki dikatakan mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke hospital.

"Jarak lori berhenti dan plaza tol kira-kira 50 meter dan difahamkan gas dibawa angin ke arah plaza tol manakala pemandu lori hanya mengalami pedih mata dan diberikan rawatan awal," katanya.

Jelas beliau, pihaknya mengawal kebocoran gas dengan menggunakan 'absorbent towel' dan menutup lubang yang pecah selain mengambil bacaan gas amonia.

"Pihak bomba juga melakukan 'water curtain' bagi mengelak gas daripada merebak ke kawasan ramai pengguna jalan raya. Ketika operasi, pegawai bertugas memakai PPE bagi tujuan keselamatan," katanya.

Tambahnya, sehingga jam 5 petang, lokasi kejadian dilaporkan selamat selepas pihak syarikat gas melakukan pemindahan gas ke tong yang selamat dan mengesahkan tiada lagi kebocoran.

Operasi turut dibantu Polis Peronda Lebuhraya, Polis Bantuan Plus, pihak PLUS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2026 12:13 PM | Show all posts





https://www.facebook.com/share/r/1BDemyBwUw/?mibextid=wwXIfr
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan pekerja di tol itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.505747 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list