CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tuanku Muhriz bangkitkan isu kos sara hidup

[Copy link]
Post time 15-1-2026 07:52 AM | Show all posts |Read mode

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Keputeraan baginda ke-78 di Istana Besar Seri Menanti hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Pilah: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah bahawa usaha menangani kos sara hidup perlu terus diperkukuh supaya tiada rakyat di negeri ini tercicir, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Baginda bertitah pencapaian mengurangkan kemiskinan tegar wajar diperkasakan melalui bantuan bersasar, kawalan harga, jaminan makanan serta peningkatan peluang pendapatan secara tersusun.

"Beta menyeru rakyat agar mengamalkan perbelanjaan berhemat, meningkatkan ilmu dan kemahiran serta menyokong inisiatif kerajaan negeri.

"Dalam masa yang sama, sebagai teras peningkatan kualiti hidup, kerajaan hendaklah mempergiat penyediaan kemudahan kesihatan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-78 baginda di Istana Besar Seri Menanti, di sini, tadi.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Tuanku Muhriz turut berharap pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dapat dipertimbangkan dengan teliti kerana ia berpotensi memperkukuh perkhidmatan kesihatan negeri serta menyokong naik taraf dan peluasan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, bagi meningkatkan kapasiti dan mutu perkhidmatan sektor kesihatan.

Menyentuh soal pendidikan, baginda bertitah prestasi pendidikan di negeri ini menunjukkan trend peningkatan memberangsangkan, iaitu mencerminkan komitmen berterusan semua pihak, justeru ia perlu diperkasakan seiring dengan pembentukan sahsiah dan akhlak yang kukuh.

"Beta amat prihatin terhadap gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan generasi muda pada hari ini, termasuklah penyalahgunaan dadah, kegiatan merempit dan pelbagai perlakuan negatif yang boleh merosakkan masa depan mereka," titah baginda.

Baginda bertitah pendidikan merupakan asas terpenting dalam membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak dan menyokong usaha berterusan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam melaksanakan Modul Aulad Sejahtera pada peringkat prasekolah sejak dua tahun lepas, yang memberi penekanan kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Pada peringkat pendidikan menengah pula, Tuanku Muhriz turut bertitah para pelajar seharusnya digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam persatuan dan kelab di sekolah sebagai medan pembinaan jati diri, sahsiah dan kepimpinan.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.060281 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list