CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58|Reply: 0

[Kedah] Rizuan gigih bantu keluarga walaupun hidap barah otak

[Copy link]
Post time 14-1-2026 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Rizuan gigih bantu keluarga walaupun hidap barah otak

Redzuan Muharam[email protected]








Sungai Petani: Biarpun menderita akibat barah otak tahap dua, Mohd Rizuan Rosley, 35, berusaha mencari rezeki dengan menjual pulut panggang dihasilkan ibunya di gerai berhampiran rumah sejak sebulan lalu.

Mohd Rizuan yang menetap di perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Kampung Sungai Tok Pawang, di sini, berkata, dia berniaga kerana sudah terlalu lama berehat dan enggan terus berbaring atas katil.

Walaupun pendapatannya tidak menetu di antara RM40 hingga RM50 sehari, namun Mohd Rizuan bersyukur kerana ia sedikit sebanyak menampung keperluannya yang tinggal dengan ibu, Jamilah Musa, 53, dan empat adiknya.

"Sebenarnya, saya sudah lama tak bekerja selepas sakit.

Lagipun, saya dinasihatkan tak melakukan kerja berat.

"Saya ada cuba bekerja juga sebagai pembantu di warung, tetapi tak lama akibat masalah kesihatan sebelum ini.

"Sekarang baru kembali bekerja kerana anggap sudah tiba masanya dan nak bantu emak jual pulut panggang dihasilkan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mohd Rizuan, buat masa ini, dia berniaga setiap hari bermula jam 2 petang hingga jualan habis.

Mohd Rizuan berkata, kebiasaan jualannya akan habis kira-kira jam 7 malam atau lebih awal bergantung keadaan.

"Setakat ini keadaan kesihatan saya stabil, jadi tak ada masalah kerana waktu niaga pun tak lama.

"Saya pun tak berseorangan kerana ada bapa saudara yang turut berniaga cucur udang, kiranya saya menumpang di gerainya.

"Ikutkan saya belum sembuh pun masih menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital dalam dua atau tiga bulan sekali tapi pada masa sama kena cari duit, Saya tak boleh harapkan bantuan saja," katanya.

Menurut Mohd Rizuan, selagi terdaya, dia akan terus berniaga kerana sebagai anak lelaki dan yang sulung, dia berasa bertanggungjawab membantu ibunya
.
"Saya cuba buat mana yang termampu kerana sedar ada had dan tak boleh kerja kuat macam orang lain.

"Pada masa sama, saya belum berputus asa kerana masih berdoa semoga Allah SWT beri kesembuhan. Kalau boleh nak sihat macam dulu," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0210829000096059 atas nama Mohd Rizuan Rosley.



Disiarkan pada: Januari 14, 2026 @ 4:23pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1310837/rizuan-gigih-bantu-keluarga-walaupun-hidap-barah-otak




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069861 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list