CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 54|Reply: 0

[Sarawak] Suami isteri ditemui maut dengan kesan kecederaan serius di Sri Aman

[Copy link]
Post time 14-1-2026 02:12 PM | Show all posts |Read mode


Gambar dipercayai lokasi kejadian yang dikongsi warganet.

SRI AMAN: Sepasang suami isteri ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun di sini, pagi Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman menerima makluman daripada orang awam berhubung penemuan pasangan tersebut pada jam lebih kurang 6.55 pagi.

Menurutnya, sepasukan polis bersama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan awal.

“Hasil pemeriksaan mengesahkan kedua-dua mangsa, iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berumur 44 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Gambar dipercayai lokasi kejadian yang dikongsi warganet.

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengumpul bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes ASP Kalang di talian 019-3317785, Pusat Kawalan Daerah IPD Sri Aman atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama orang awam amat penting bagi membantu siasatan serta memastikan keselamatan komuniti terus terpelihara,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.086804 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list