CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kedah tingkat kawalan sempadan Malaysia-Thailand

[Copy link]
Post time 14-1-2026 11:40 AM | Show all posts |Read mode
KPDN Kedah tingkat kawalan sempadan Malaysia-Thailand

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





MUHAMMAD Nizam. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mempertingkatkan penguatkuasaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dalam memastikan tidak berlaku ketirisan terutamanya minyak petrol, diesel dan barang kawalan lain.

Ia susulan kejadian penyerang meletupkan bom di hampir 12 stesen minyak di selatan Thailand pada awal pagi Ahad lalu yang menyebabkan empat cedera.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan rondaan di semua stesen minyak berhampiran kawasan sempadan di daerah Kubang Pasu.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya juga akan mempertingkatkan kawalan di sempadan dan berharap semuanya tidak berlaku ketirisan.

"Setiap hari memang ada rondaan di sekitar kawasan Kubang Pasu terutama di sempadan Malaysia-Thailand, " katanya.

Dalam pada itu, KPDN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya ada kenderaan asing yang mengisi minyak di stesen minyak di negeri ini.

"KPDN Kedah sudah pun mengeluarkan arahan larangan dan kawalan penjualan minyak petrol RON95 kepada kenderaan asing pada 29 April tahun lalu kepada pengusaha stesen minyak seluruh Kedah.

"Setakat ini kita hanya menerima satu kes berkaitan kes kenderaan asing mengisi minyak RON95 di Sungai Petani baru-baru ini dan kita berterima kasih pada orang awam yang menular kejadian itu di media sosial sehingga tindakan segera sudah pun diambil pihak kami, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Media dan Pengguna Tahun 2025 di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Muhammad Nizam berharap kerjasama media dan KPDN Kedah dapat diteruskan lagi dalam menyampaikan berita kepada orang awam dengan lebih cepat dan telus.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan cenderahati sebagai penghargaan kepada semua media yang banyak membantu selama ini.



Disiarkan pada: Januari 14, 2026 @ 10:08am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1310628/kpdn-kedah-tingkat-kawalan-sempadan-malaysia-thailand




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.223401 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list