CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 906|Reply: 0

Ibu bapa wajib tandatangan Polisi Perlindungan Murid tangani buli - Fadhlina Sidek

[Copy link]
Post time 12-1-2026 05:43 PM | Show all posts |Read mode





SHAH ALAM – Semua ibu bapa dan penjaga diwajibkan menandatangani Polis Perlindungan Murid pada sesi persekolahan kali ini dalam usaha menangani isu buli di sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara tersebut antara pendekatan terbaharu dilakukan Kementerian Pendidikan (KPM) melibatkan semua pemegang taruh dengan akur janji untuk menjaga, memelihara dan melindungi anak-anak kita.

“Ini memang komitmen kita sepanjang masa. Saya sudah tegaskan dalam Amanat Tahun Baharu saya, bahawa kita tidak kompromi soal ini dan dipikul bersama memastikan sekolah sejahtera dan anak-anak kita terus dilindungi.

“Polisi akan diperkenalkan. Untuk buka sekolah ini dalam tempoh terdekat mereka akan tandangani polisi ini,” katanya pada sidang akhbar majlis pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Ladang Regent Elmina di sini, hari ini.

Jelas beliau, KPM juga dalam peringkat akhir dalam berkongsi manual buku Sekolah Sejahtera, Sekolah Selamat kepada ibu bapa dan semua masyarakat mengenai tanggungjawab mereka.

Sebelum ini, Fadhlina berkata KPM
telah memuktamadkan Dasar Perlindungan Murid yang akan dikuatkuasakan di semua sekolah di seluruh negara seiring pembukaan semula sesi persekolahan.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah bermula semalam dan diteruskan hari ini bagi sekolah yang memulakan sesi persekolahan.

Katanya, kehadiran ibu bapa ke sekolah amat digalakkan bagi menerima bantuan secara tunai, selain menghadiri sesi bersama guru untuk mengetahui perkembangan pendidikan anak-anak.

“Tengok sekolah anak-anak dan jumpa guru serta seorang anak dapat RM150. Jadi kita harap ia dapat dimanfaatkan kerana ini adalah komitmen kerajaan Madani agar semua ibu bapa dan anak-anak tanpa kecuali dapat BAP,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 10:16 PM GMT+8 , Processed in 1.466761 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list