|
View: 1235|Reply: 2
|
Pegawai dan anggota dari Balai Polis Bachok disiasat dakwaan ugut keluarga suspek, minta RM6,000
[Copy link]
|
|
|
Kota Bharu: Seorang pegawai dan beberapa anggota polis dari Balai Polis Bachok sedang disiasat selepas didakwa meminta wang sebanyak RM6,000 daripada keluarga seorang suspek dadah pada 30 Disember lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan dalaman dilakukan serta-merta pada hari kejadian membabitkan kesemua mereka yang dikaitkan dengan kes itu.
"Siasatan dalaman bermula pada hari kejadian, susulan dakwaan bahawa pegawai dan anggota meminta wang serta mengugut ibu suspek supaya menyerahkan bayaran," katanya.
Mohd Yusoff berkata, siasatan masih berjalan dan tindakan akan diambil terhadap pegawai yang didakwa terbabit dalam insiden itu.
Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya dakwaan itu terbukti benar.
Sementara itu, menurut sumber, wanita berkenaan mendakwa anaknya ditahan oleh sekumpulan anggota polis di Bachok kerana disyaki memiliki dadah.
Dia mendakwa pegawai terbabit meminta RM6,000 daripadanya dan mengugut bahawa anaknya akan dipenjarakan serta dituduh di mahkamah pada keesokan hari jika bayaran tidak dibuat sebelum tengah malam.
Wanita yang berasal dari Terengganu itu kemudiannya meminta bantuan daripada seorang rakan sebelum membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kumpulan kita mandi telanjang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat tembok pagar balai bachok ni kan yg spray cat ugut kp kelantan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|