CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1486|Reply: 8

SARA: RM150 juta tak dibelanjakan tahun lalu, akan disalurkan kepada inisiatif lain - PM

[Copy link]
Post time 5-1-2026 03:33 PM | Show all posts |Read mode





Putrajaya: Pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 yang berakhir pada 31 Disember lalu dimanfaatkan oleh 96 peratus rakyat Malaysia yang layak, dengan hampir RM2.1 bilion dibelanjakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sebanyak RM150 juta lagi tidak dibelanjakan rakyat yang layak menerimanya.

Berikutan itu, wang yang dijimatkan itu akan disalurkan kepada pelbagai inisiatif di bawah beberapa Kementerian.

"Seperti saya janjikan RM150 juta tidak diambil oleh kerajaan. Kita akan serahkan, agihkan kepada penghuni pusat perlindungan seperti mangsa keganasan rumah tangga di bawah Nancy (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), pelajar OKU (orang kelainan upaya) dan keperluan khas di bawah Fadlina (Kementerian Pendidikan).

"embelian peranti perubatan untuk pesakit miskin di bawah Dr. Zul (Kementerian Kesihatan) dan atas rayuan pagi tadi oleh saudara Zambri Menteri KPT (Kementerian Pengajian Tinggi), dia minta bagi kepada bank makanan Dapur Siswa sebanyak RM15 juta," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada la bahagian iols tu 30sen
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Antaranya kemal dan kasah.


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-1-2026 07:54 PM
Antaranya kemal dan kasah.

Haha iols baru nak ckp juga.  Termasuklah vincent tan dgn syed mokhtar haritu nitijen sibuk tertanya tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 10:38 AM | Show all posts
tokti guna beli susu anak


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 5-1-2026 07:51 PM
Ada la bahagian iols tu 30sen

Aku geram bila ada kedai yg tak bagi pengguna topup duit.. husband aku nak habiskan balance RM8. Dia nak beli minyak masak 2kg & topup duit sikit tapi tak boleh. Kat lotus & speedmart ok je nak topup tapi masa tu dah last minute. Dia beli roti gardenia 2 buku je.. ada la balance sikit jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2026 09:21 AM | Show all posts
azimodin replied at 7-1-2026 09:10 AM
Aku geram bila ada kedai yg tak bagi pengguna topup duit.. husband aku nak habiskan balance RM8. D ...

aku bole jer kat 99 Speedmart

baki 30 sen

aku beli benda RM7..

aku tambah duit RM6.70
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 09:42 AM | Show all posts
Edited by zasrfikri at 7-1-2026 09:44 AM
azimodin replied at 7-1-2026 09:10 AM
Aku geram bila ada kedai yg tak bagi pengguna topup duit.. husband aku nak habiskan balance RM8. D ...

kedai mana tu. tak nak gi la kedai tu. setakat ni pergi kt mydin dan econsave okey je kalau nak top up. nape kedai tu tak boleh. yg rugi kedai tu juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
zasrfikri replied at 7-1-2026 09:42 AM
kedai mana tu. tak nak gi la kedai tu. setakat ni pergi kt mydin dan econsave okey je kalau nak top ...

Segi fresh.. sebelum tu pakai kat lotus dengan speedmart ok je, sampai kat kedai ni dia x bagi pulak topup. Meyampah

Kat lotus haritu aku komplen.. letak sabun TOP kat tempat promo as SARA.. aku ambik la macam2 warna, sampai kat tempat bayar cashier kata yang purple tak termasuk. Hangin je aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.202081 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list