CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1476|Reply: 30

20 tahun tinggal Malaysia pun masih pelat bahasa Melayu, Mark Adam terbuka terima teguran… Setiap minggu ‘study’ lirik

[Copy link]
Post time 5-1-2026 11:49 AM | Show all posts |Read mode





MENERIMA teguran tentang sebutan dalam nyanyian, penyanyi Mark Adam memberitahu dia masih lagi berusaha melakukan yang terbaik bagi memperbaiki penguasaannya terhadap lagu-lagu berbahasa Melayu.

Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 47, mengakui sukar untuk menyebut beberapa perkataan meskipun sudah lebih 20 tahun menetap di Malaysia.

Mark berkata, dia juga sentiasa bersikap terbuka apabila barisan juri program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) memberi teguran tentang cara sebutannya ketika menyanyi di atas pentas.

“Saya masih mencuba yang terbaik. Ada perkataan yang masih susah nak sebut sejak dulu lagi,” katanya kepada mStar.

Mark ditemui selepas tamat konsert minggu ke-10 GV12 yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Mengambil serius penglibatannya sebagai peserta, penyanyi itu juga tidak akan mengambil mudah dalam setiap persembahannya kerana sentiasa mahu memberi yang terbaik buat peminat.

Namun bagi Mark, ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan dia sukar untuk menghafal lirik dengan sebutan yang betul.

“Setiap minggu saya akan ‘study’ lirik lagu yang diberikan.

“Tetapi apabila sudah berumur, rasanya susah sikit mahu hafal lirik. Saya perlu hafal dan fikir tentang persembahan selain rasa gementar di atas pentas besar,” ujarnya.

"Ada perkataan yang masih susah nak sebut sejak dulu"

Pada konsert minggu ke-10, Mark menyampaikan lagu berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (nyanyian asal Flybaits) dan berjaya menduduki tempat ketiga.

Barisan juri memuji persembahannya pada malam tersebut, namun dia juga menerima teguran tentang sebutan beberapa perkataan yang masih tidak betul.

Untuk info, Mark merupakan seorang warganegara Filipina yang juga memegang status sebagai penduduk tetap (PR) di Malaysia.

Sementara itu, bercakap tentang penglibatannya dalam GV12, Mark meluahkan rasa terharu kerana mendapat sokongan ramai peminat yang mula menggelarkan diri mereka sebagai The Adam Family.

“Melihat sokongan mereka, saya tidak mahu mensia-siakan perkara itu. Insya-Allah akan dapat berada di kedudukan paling atas (juara),” luahnya.

Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelat sikit jer pun.kadang2 sama macam pie apdal bercakap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang emak ayah lahir Malaysia, dia pun lahir Malaysia tapi tak reti cakap bahasa melayu tu apa hal?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:25 PM | Show all posts
Duduk 50 tahun pun kalau dah kata bangsa & bahasa ibunda dia bukan bahasa tempatan, of course tak 100% fasih bahasa tempatan. Logik je. Bangla Indon Myanmar Aceh pun bukan 100% fasih pun, cuma kita dah biasa je pun tak kisah & faham dengar bahasa pelat diorang, jadi tak perasan sangat pun...asal faham je.. pinoy apatah lagi..dengan pekat sebutan baku dia.. terbabas sikit2 tu okey je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bukan pelat Bahasa Melayu,

dia cuma tak pass cakap accent BM Semenanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok sgt lah BM dia dari yang born and bred di Malaysia tapi cakap pun tak reti langsung siap ada yang kena guna translator kat mahkamah
Mark ni pelat je tapi vocab dia pun bagus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2026 01:34 PM | Show all posts
wife dia org Sabah

normal lah kalau BM dia bunyi Sabah pinoy

takkan nak bunyi mcm org Johor
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mcm bdk gagap tu kn
Klu menghafal lagu dia lancar
Bila berckp spontan keluar dialek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 02:16 PM | Show all posts
alahh, tu si king coco tu, sampai skrg pelat
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ni pun jadi isu ke? Aiyoo..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu replied at 5-1-2026 02:16 PM
alahh, tu si king coco tu, sampai skrg pelat

tersedak iolss trauma terbayang dahi luas pelat melayu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 03:18 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 5-1-2026 12:24 PM
Yang emak ayah lahir Malaysia, dia pun lahir Malaysia tapi tak reti cakap bahasa melayu tu apa hal?

Betul. Yang seumur hidup dan dilahirkan di Malaysia still tak reti cakap Bahasa Melayu. Netizen ni dah takda kerja lain nak komen.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara dia cari makan dgn mempelatkan diri tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
lidah pelat dia ni bkn sbb tak fasih.. bila berckp mcm tertahan2 sbb nk sebut betul2 tu... yg anak cny asal malaysia pun ckp tak brp fasih siap ada slang2 bunyik ni hao ma.. lg teruk sbnrnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 5-1-2026 01:34 PM
wife dia org Sabah

normal lah kalau BM dia bunyi Sabah pinoy

Erkkkk...
Kenapa Johor?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 11:41 PM | Show all posts
telracs replied at 5-1-2026 11:18 PM
Erkkkk...
Kenapa Johor?

contoh je

boleh ganti dgn Kedah, Kelate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2026 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Halahhhh pelat je pun. Ada tu type C siap lahir kat Malaysia lg tp sepatah haram tak pandai ckp bahasa melayu. Caner nk kira tu????
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:02 PM | Show all posts
yang lahir dekat Malaysia pun berlambak yang pelat..  
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda la netizen ni. Dia bukan lahir di Malaysia pun. Standard la kalau ada pelat sikit2. Tu yg lahir di Malaysia pun sebut shah alam jadi shah ale, kajang jadi kaje takpe pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 5-1-2026 12:25 PM
Duduk 50 tahun pun kalau dah kata bangsa & bahasa ibunda dia bukan bahasa tempatan, of course tak 10 ...

Masa shopee live ada yg bunyi slang pelik2. Yendon ke sabah ke tak taulah. Pasti cakap laju bingit pulak tu. Sakit telinga dengar







Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.480857 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list