CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 5

Israel lancar penggunaan sistem laser operasi pertama dunia, 'Iron Beam' - "Jangan mencabar kami, atau berdepan akibat yang serius"

[Copy link]
Post time 29-12-2025 09:33 AM | Show all posts |Read mode





Baitulmaqdis: Kementerian pertahanan Israel memaklumkan bahawa sistem laser baharu 'Iron Beam' sudah dihantar kepada tentera udaranya bagi tujuan pemintasan ancaman udara.

Sistem laser itu diserahkan kepada tentera udara dalam satu majlis di utara Israel oleh pembangun utamanya iaitu jabatan penyelidikan dan pembangunan kementerian berkenaan serta kontraktor pertahanan Rafael.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata, buat pertama kali di peringkat global, sistem pemintasan laser berkuasa tinggi mencapai tahap kematangan operasi sepenuhnya dan berjaya melaksanakan pelbagai pemintasan.

"encapaian monumental ini menyampaikan mesej kritikal kepada musuh kami, sama ada yang dekat mahupun yang jauh… jangan mencabar kami, atau berdepan akibat yang serius," katanya.






Difahamkan, penyerahan sistem berkenaan menandakan satu pencapaian penting dalam projek yang berjalan lebih satu dekad.

Sementara itu, Pengerusi Rafael, Yuval Steinitz berkata, Israel menjadi yang pertama di dunia yang memiliki sistem laser operasi untuk pemintasan ancaman udara termasuk roket dan peluru berpandu.

Sistem laser itu bertujuan meningkatkan keupayaan dan mengurangkan kos pemintasan projektil oleh Israel.

Iron Beam juga akan melengkapi keupayaan pertahanan udara lain termasuk sistem Iron Dome yang lebih dikenali.

Iron Dome menyediakan perlindungan jarak dekat terhadap peluru berpandu dan roket.

Sistem David's Sling dan generasi seterusnya peluru berpandu Arrow pula adalah teknologi Israel-Amerika untuk menumpaskan peluru berpandu balistik.

Terdahulu, kementerian pertahanan Israel mengumumkan pada awal Disember bahawa sistem laser itu sudah siap dan akan dikerahkan menjelang akhir bulan.




Dalam perang 12 hari yang dilancarkan Israel terhadap Iran pada Jun lalu, sistem pertahanan peluru berpandu negara itu gagal memintas semua projektil yang dilancarkan Tehran ke arah wilayah Israel.

Israel mengakui lebih daripada 50 peluru berpandu mengenai sasarannya sepanjang perang dengan Iran, mengakibatkan 28 kematian.


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang yang cari pasal pegi tembak kondominium panglima2 perang Iran tu pastu nak play victim.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 12:43 PM | Show all posts
Hebat israel. Sedar diri selalu perang terus develop senjata canggih. Negara-negara arab sana sepatutnya spend duit untuk develop senjata yang lebih canggih kerana lawan dah semakin maju. At least develop nuclear berjuta-juta supaya bila serang musuh terus hancur...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk serang negara mana pulak lepasni???
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 08:13 PM | Show all posts
Msia jika nak berberang

dia hantar  Flotilla dan juga berberapa Apam balik
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara haram ni mmg try hard sgt nk menghalalkan negara haram diorg ni. U are not a country and never will.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.044221 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list