|
|
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo meraih pujian apabila memilih untuk tidak mengucapkan ucapan sambutan hari Natal.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kumpulan Dolla dilihat membuat video ringkas bagi ucapan sambutan hari Natal buat penganut agama Kristian.
Video berdurasi selama 10 saat itu meraih perhatian netizen apabila tindakan Sabronzo yang tidak turut serta dalam memberi ucapan hari Natal membuatkan rata-rata peminat beragama Islam bangga dengannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Sabronzo yang mengutamakan agama. Selain itu, warganet turut kagum dengan tindakan Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli yang berusaha mengelak daripada terkait dengan kontroversi.
Sumber: TikTok @DollaOfficial, Oh Bulan |
|