CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 174|Reply: 0

Pengait sawit dituduh rogol murid selepas umpan kad tambah nilai

[Copy link]
Post time 24-12-2025 03:00 PM | Show all posts |Read mode





MUAR: Pengait kelapa sawit yang dituduh merogol murid perempuan selepas mengumpan mangsa dengan kad tambah nilai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Ismail Ab Latif, 20, yang turut positif ganja bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa merogol remaja perempuan berusia 11 tahun di rumahnya di Batu Pahat, jam 11.50 malam, 17 Disember lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh mengenali mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan ‘hadiah’ kad tambah nilai kepadanya.

Mangsa diajak keluar ke kedai untuk membeli kad prabayar, namun dia menolak pelawaan. Bagaimanapun, mangsa terpaksa akur sebelum menurutinya.

Tertuduh menunggang motosikal dari rumahnya dan menjemput mangsa. Malangnya, mangsa bukan dibawa ke kedai seperti dijanjikan sebaliknya tertuduh membawa balik ke rumahnya sebelum merogolnya.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah bagaimanapun, tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dengan kes disebut semula pada 26 Februari depan di Mahkamah Sesyen Muar untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tertuduh juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam tempoh terdekat kerana air kencing positif ganja.

Sumber : – Buletin TV3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.603160 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list