CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 1

Meninggal dalam pesawat atau mayat naik pesawat?

[Copy link]
Post time 22-12-2025 12:55 PM | Show all posts |Read mode





MADRID – Penumpang sebuah pesawat EasyJet berdepan detik cemas apabila mayat seorang warga emas dibawa masuk oleh ahli keluarganya yang mendakwa wanita tersebut sedang tidur, lapor akhbar Metro UK.

Beberapa saksi berkata, keluarga dari Britain yang terdiri daripada lima orang itu membawa masuk wanita berusia 89 tahun menaiki penerbangan dari Sepanyol ke Lapangan Terbang Gatwick.

“Keluarga tersebut memberitahu kru sebelum menaiki pesawat bahawa warga emas itu tidak sihat dan tertidur.

“Pesawat itu berpatah balik sebelum sempat berlepas apabila kru memaklumkan bahawa wanita tersebut meninggal dunia, menyebabkan kami mengalami kelewatan selama 12 jam,” kata beberapa saksi.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat penerbangan EasyJet berkata, penumpang tersebut dibenarkan terbang kerana mempunyai sijil perubatan dan dibantu oleh kakitangan perubatan sepanjang perjalanannya.

“Penumpang itu meninggal dunia selepas menaiki pesawat,” katanya.

Tidak dijelaskan apa yang berlaku kepada ahli keluarga mendiang selepas mayatnya dikeluarkan dari pesawat, namun tiada tangkapan dibuat. – AGENSI

Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2025 03:29 PM | Show all posts
Biasa macam ni nak elak bayar duit proses embalming & mortuary services, lepas tu dah book tiket awal, mati pulak masa travel... semua airlines wajib buat embalming kalau nak fly orang mati...masuk cargo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.186970 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list