CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 9

Pelajar sekolah dikesan hidap kanser selepas main bola

[Copy link]
Post time 22-12-2025 12:54 PM | Show all posts |Read mode





JITRA – Seorang pelajar sekolah dikesan menghidap kanser otot atau rhabdomyosarcoma (RMS) selepas mata kiri bengkak akibat kecederaan ketika bermain bola.

Muhammad Danish Akif Muhammad Zulkhaery, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, menghidap kanser pada April lalu dan kini menjalani rawatan kemoterapi serta radioterapi.

Menurut ibunya, Nur Hidayah Md. Salleh, 42, anaknya cedera ketika bermain bola sepak dan mendapat rawatan di hospital.

Bagaimanapun, selepas dua minggu, matanya semakin bengkak dan doktor melakukan Pe­ngimejan Resonans Magnetik (MRI) sebelum mengesan ada ke­tumbuhan sebesar bola pingpong di belakang mata kiri.

“Pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan itu dan seterusnya Danish menjalani rawatan,” katanya di rumahnya di Taman Cahaya di sini.

Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang simptom kanser sebelum ini.

“Dia seorang pelajar aktif dan mewakili sekolah untuk bermain bola sepak. Danish tidak pernah sakit teruk sebelum ini sehingga disahkan menghidap kanser.

“Danish sudah menjalani se­penuhnya rawatan 28 kali radioterapi dan tujuh daripada 13 kali kemoterapi di Hospital Pulau Pinang. Setakat ini dia menunjukkan perkembangan baik kerana kanser dikesan pada peringkat awal, alhamdulillah,” katanya.

Katanya, dugaan itu agak berat untuk dirinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir sebuah agensi kerajaan, manakala suami, Muhammad Zulkhaery A. Rahman, 45, hanya bekerja kampung.

“Danish telah mendapat bantuan Majlis Kanser Nasional sebanyak RM200 sebulan untuk membeli kelengkapan diri se­perti pad penutup mata,” katanya.

Ujarnya, Muhammad Danish terpaksa bercuti sekolah sejak Mei lalu dan berharap anaknya itu segera sembuh.

Terdahulu Pengerusi Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal dan penaungnya, Datuk Mohd. Asri Redha mengunjungi remaja itu untuk menghulurkan sumbangan wang tunai dan bekalan makanan.

Mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Nur Hidayah 7079022520 (CIMB).  

Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2025 02:30 PM | Show all posts
byk jugak kes macam ni, cedera lepas tu detect cancer. Satu lagi kes adik yg tv terbalik atas dia tu, mula cedera biasa last last jadi kanser

memang kecederaan gini boleh trigger cancer ke ye?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Batang hidung kite penah 'dihempap' dgn bola jaring masa sek ren dolu2...masa tuh rasa sakit sgt n batang hidung bengkak bbrp hari...

Syukur batang hidung x patah...

Mgknkah tisu otot adik nih terluka n x sembuh2 menyebabkan tisu otot mnjadi mati serta berubah menjadi kanser...lalu tisu yg mati itu (menjangkiti ??) dan memberi kesan kpd tisu lain (disekitarnya ???)..

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 09:21 AM | Show all posts
moga segera sembuh ye dik


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 09:57 AM | Show all posts
namemysoul replied at 22-12-2025 02:47 PM
Batang hidung kite penah 'dihempap' dgn bola jaring masa sek ren dolu2...masa tuh rasa sakit sgt n b ...

Kanser ni takda jangkit2 dan kalau tisu tu mati tak jadi kanser. Sebab kanser ni sel2 yg multiply tak terkawal, maybe budak tu ada gene yg bawak kanser.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 23-12-2025 09:57 AM
Kanser ni takda jangkit2 dan kalau tisu tu mati tak jadi kanser. Sebab kanser ni sel2 yg multiply  ...

Owh...kite igtkan jadi kanser sbb sel mati...tq kaka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 23-12-2025 09:57 AM
Kanser ni takda jangkit2 dan kalau tisu tu mati tak jadi kanser. Sebab kanser ni sel2 yg multiply  ...

Bila gene tu trigger jadilah kanser.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dikurniakan kesembuhan. Di zaman serba canggih ni moga ada la penawar bagi penyakit ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 03:00 PM | Show all posts
namemysoul replied at 23-12-2025 02:17 PM
Owh...kite igtkan jadi kanser sbb sel mati...tq kaka...

Sama2. Kanser ni punca dia antara dua, sama ada lifestyle atau genetik. Kalau makpak makcik pakcik datuk nenek moyang ada kanser kenelah checkup tiap tahun, lelain tu kurangkanlah gula
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 03:03 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-12-2025 02:20 PM
Bila gene tu trigger jadilah kanser.

Ye betul. Tengok kes angelina jolie pun cukup. Sbb mak sheols n twin mak sheols dulu ada kanser, sheols mmg cek. Sheols pun pernah cek gene yg carry cancer and mmg sheols ada. Pastu sheols buat preventive surgery, buat mastectomy n ovary & fallopian tube
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.579129 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list