CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 220|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Skuad MLBB wanita Malaysia cipta sejarah raih emas

[Copy link]
Post time 17-12-2025 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Skuad MLBB wanita Malaysia cipta sejarah raih emas

Faizal Salim[email protected]




SKUAD MLBB wanita negara yang menyumbangkan emas di Sukan Sea Thailand. -FOTO MOONTON Games




Kuala Lumpur: Skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita Malaysia mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam acara e-Sukan itu, hari ini.

Skuad kebangsaan dibarisi Qurratul Ain Nurfarisha Nizam, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali, Hanis Wahidah Dashuki, Queenie Lim dan Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi menewaskan pasukan pilihan yang juga musuh tradisi, Filipina, di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

Mereka mengejutkan pasukan pilihan itu 4-3 dalam perlawanan penentuan pingat emas untuk menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada Malaysia.

Kejayaan ini adalah emas pertama negara dalam saingan MLBB wanita sejak acara itu diperkenalkan pada Sukan Sea 2023 di Phnom Penh.

Ia juga emas pertama Malaysia dalam MLBB sejak sukan berkenaan dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan Sea 2019 di Manila.

Pingat emas ini turut menjadi emas pertama Malaysia dalam e-Sukan sejak Sukan Sea Manila 2019, ketika Dr Yew Weng Kean muncul juara dalam acara Hearthstone.

Sebelum itu, skuad lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-4 kepada Filipina.



Disiarkan pada: Disember 17, 2025 @ 8:49pm

https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2025/12/1301182/skuad-mlbb-wanita-malaysia-cipta-sejarah-raih-emas




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.856647 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list