CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5104|Reply: 94

Lepas 2 tahun beroperasi, Kedai nasi ayam Shiha Zikir di Shah Alam rasmi ditutup

[Copy link]
Post time 16-12-2025 11:47 AM | Show all posts |Read mode




Selepas dua tahun beroperasi, penyanyi Shiha Zikir mengumumkan restoran Shiha Zikir Nasi Ayam miliknya secara rasmi ditutup.

Menurut Shiha, keputusan untuk menutup bisnes nasi ayam yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam tersebut bukan perkara mudah.

“Dengan hati yang berat, saya ingin memaklumkan bahawa Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam cawangan Shah Alam telah menamatkan operasi bermula 15 Disember, hari ini (semalam).

“Jangan risau ya, cawangan di Wisma Infinitum, Kampung Baru, Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa menanti kehadiran anda semua.

“Keputusan yang diambil bukanlah sesuatu yang mudah, namun saya percaya semuanya adalah langkah terbaik buat masa ini,” katanya dalam platform Threads hari ini.

Dalam masa sama, dia turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada orang ramai yang sudah hadir ke restorannya sepanjang tempoh operasi sebelum ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang telah menyokong kami sepanjang hampir dua tahun di Shah Alam.

“Setiap sokongan, kunjungan dan setiap doa amat Shiha hargai dari hati.

“Kalau rindu, jemputlah datang makan di cawangan Kampung Baru ya,” ujarnya.

Terdahulu, Shiha atau nama penuhnya, Nurshiha Mohd. Zikir membuka restoran nasi ayam di Shah Alam pada Jun 2024.

Shiha juga pernah mendedahkan kedainya pernah menerima gangguan ilmu hitam sehingga orang ramai menyangkq kedainya ditutup.

Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2025 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi ayam dia sedap tak
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 16-12-2025 04:04 PM
Nasi ayam dia sedap tak

Selalu aku tertanya nasi ayam ni yg sedapnya mcm mana ye? Bukan ke nasi ayam tu sama je rasa semua... beras dimasak dgn sup atau stok ayam, pastu side dish dia ayam, kuah sup, kuah cili, timun tomato dan daun salad. Ada ke yg selain dari tu? Maafkan aku bertanya...

Utk tidak off topic, takziah utk shiha zikir atas penutupan restoran perniagaan nasi ayamnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah teringin nak cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
LaskarHijayu replied at 16-12-2025 04:16 PM
Selalu aku tertanya nasi ayam ni yg sedapnya mcm mana ye? Bukan ke nasi ayam tu sama je rasa semua ...

Tol gak, meols plak rase semua tak sedap kecuali yg ayam dia honey bbq. Sbb yg lain sume tasteless tak kira kedai mane pun. Maaf la meols memilih..

Mungkin beza dari segi nasik keras atau lembut, sup masin atau tak, ayam moist ke tidak. Sbb the worst nasik ayam bg meols adalah yg opposite drpd ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi ayam paling sedap tetapla the chicken rice shop
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2025 04:51 PM | Show all posts
LaskarHijayu replied at 16-12-2025 08:16 AM
Selalu aku tertanya nasi ayam ni yg sedapnya mcm mana ye? Bukan ke nasi ayam tu sama je rasa semua ...

Rasa sedap dekat ayam iolls rasa. Sebab tiap kali beli dekat tmpt yg lain2, rasa ayam berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 05:04 PM | Show all posts
LaskarHijayu replied at 16-12-2025 04:16 PM
Selalu aku tertanya nasi ayam ni yg sedapnya mcm mana ye? Bukan ke nasi ayam tu sama je rasa semua ...

maybe dari segi sup,ayam dan sambal dia kot u.
ada tu sup dia rs betol pak aji.
ayam maybe ada yg tak perap. ada org gn ayam sambal. ada org gn ayam rebus.
sambal pon. ada org sambal cuka bodo je.

tak tahu rs nasi ayam dia ni mcm mn.
lagi satu yg i curious nasi ayam linda onn.
kan pernah hype.tp tak pernah rasa.hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2025 05:46 PM | Show all posts
ezzreee replied at 16-12-2025 05:04 PM
maybe dari segi sup,ayam dan sambal dia kot u.
ada tu sup dia rs betol pak aji.
ayam maybe ada yg  ...

Pernah rasa nasi ayam Linda Onn
So so jah..takde rasa nak repeat

Nasi ayam yg sedap pd rasa ayam, nasi dan sambal cili
Kalau guna lemak ayam utk masak nasi mmg lebih sedap

I pernah mkn kt satu kedai chinese muslim kt bukit bintang
Sambal cili dia kuat rasa garlic dan pedas2 sikit
Bila serve kena panas2
Sebab pernah mkn kt ampang park, nasi ayam sejuk mmg rasa lain mcm
Iols mintak tukar yg panas..of course dia masuk dlm microwave kan
So dah failed kat situ



Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sfrnna replied at 16-12-2025 04:40 PM
Nasi ayam paling sedap tetapla the chicken rice shop

U are fockin right mate.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi ayam memang kena serve panas2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Next time nak bukak kedai jangan taruh nama sendiri dekk..  Konfem haterz tak masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi ayam dia ni x pernah try yg pernah try Linda Onn mmg x  sedaplah pada aiols , pastue yg ai konsisten makan hanyalah nasi ayam chicken rice shop dan nasi ayam di chee meng tp itupun aiols lebih suka lauk pauk instead of nasi ayamnya [em:16:]
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sfrnna replied at 16-12-2025 04:40 PM
Nasi ayam paling sedap tetapla the chicken rice shop

Terlalu kuat perasa..sayur togeh terlalu masin. Kuat sos tiram dia. Aku makan jadi muak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 16-12-2025 05:46 PM
Pernah rasa nasi ayam Linda Onn
So so jah..takde rasa nak repeat


Iols suka nasi ayam
Kat ikano ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
i selalu beli dari branch dia yg dkt kg baru..and bagi i sedap.nasi ayam and pan mee dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
borne replied at 16-12-2025 08:30 PM
Next time nak bukak kedai jangan taruh nama sendiri dekk..  Konfem haterz tak masuk.

Tula .tak minat langsung..letak la nama menarik skit..font kedai pun alahai..haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 16-12-2025 08:49 PM
Iols suka nasi ayam
Kat ikano ..

Kt food court tersorok tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
LaskarHijayu replied at 16-12-2025 04:16 PM
Selalu aku tertanya nasi ayam ni yg sedapnya mcm mana ye? Bukan ke nasi ayam tu sama je rasa semua ...

Tak semua pandai betol masak nasi ayam..kalau guna beras Basmathi pastu cukup rasa lemak lembut harum rencah2nya memang sedakk. Kicap dgn sup kena sedap. Kalau iols guna sos tiram campur kicap jadilah kicap nasi ayam. Sedap chuolls. Ayam jangan goreng garing. Ayam rebus dulu macam masak sup ayam lepastu tos kan gaul dgn kicap+tiram lepastu iols tak goreng sebab makan minyak..iols masuk air frayer plak sampai hitam2 ckit kulitnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak jaga kualiti makanan, orang datang sekali je.. baru ni aku makan char kuewtiao sedap dah siap cili jeruk tapi kerang dia ya Tuhan liat macam tayar basikal penat mengunyah.. kau pakai kerang lama atau kau masak sejam kerang tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.911461 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list