CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1164|Reply: 19

Tengku Zerafina dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Dihormati atau DK II.

[Copy link]
Post time 11-12-2025 02:31 PM | Show all posts |Read mode
KLANG: Anakanda sulung Sultan Selangor, Tengku Zerafina Sultan Sharafuddin Idris Shah mendahului senarai 98 penerima darjah dan pingat kebesaran pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin ke-80, di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Tengku Zerafina menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Selangor, Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati iaitu Darjah Kerabat Kedua (DK II).

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengasas yang juga Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling.

Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) kepada bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mazlan Mansor yang kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); Pengarah Eksekutif, YTL Corporation Berhad, Datuk Mark Yeoh Seok Kah dan Perunding Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Subang Jaya, Datuk Dr Anuar Onah.

Seramai 16 individu dikurniakan Darjah Kebesaran - Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli; EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Rizam Ismail; Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Dr Haniff Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Dr Jafri Abu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail antara 17 penerima Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk.


Penerima lain antaranya Orang Besar Istana, Tengku Seri Perkasa Diraja Tengku Musahiddin Shah; Imam Masjid Istana Diraja Klang, Mohd Rasid Mahful; Juruiring Polis Kepada Sultan Selangor, Superintendan Ahmad Rohisham Ahmad dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK), K Subramaniam.

Atlet bina badan negara, Ahmad Faiz Ariffin dikurniakan pingat Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (AKS) tetapi penerima Darjah Kebesaran ini tidak berhak menggunakan apa-apa gelaran.

Empat individu yang terbabit secara langsung dalam Operasi Putra Heights antara 10 penerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) yang tidak membawa apa-apa gelaran iaitu Pegawai Daerah dan Tanah Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed; Timbalan Ketua Jabatan KDNKA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Superintendan Kee Hang Kee; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Timbalan Pesuruhjaya (PA) Ghazali Abd Rahman dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim.

Sementara itu, dua individu yang terbabit secara langsung dalam Operasi Putra Heights antara 10 penerima Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) yang tidak membawa apa-apa gelaran iaitu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Superintendan Wan Azlan Wan Mamat dan Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Khairul Azuwan Ibrahim.

Empat lagi individu yang terbabit secara langsung dalam Operasi Putra Heights antara 15 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) yang tidak membawa apa-apa gelaran iaitu Ketua Zon 2 Selangor (Petaling) JBPM Selangor, Wan Syariman Wan Saleh; Ketua Zon 4 Selangor (Hulu Langat) JBPM Selangor, Shahrin Yusmar Mat Yusof; Penolong Pengarah JBPM Selangor, Farid Asyhadi Assaad dan Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan), Ahmad Azri Zainal Nor.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin ke Balairung Seri Istana Alam Shah diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan isteri, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2025 02:32 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2025 02:36 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tengku dah sembuh drpd cancer rasanya? ada daughter sorang.. dah sama2 duty utk royal selangor..lpas ni zatasha pula DK2..myb pingat ni terhad penerimanya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
She tak attend pun semalam. Tertunggu jugak nak tengok dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2025 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
febreze replied at 12-12-2025 01:57 PM
tengku dah sembuh drpd cancer rasanya? ada daughter sorang.. dah sama2 duty utk royal selangor..lpas ...

Ooo dia dulu ada cancer apa?
Patut jarang nampak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2025 07:48 PM | Show all posts
ada penampakan Nurlisa Idris
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Princess ni private person..susah nk dpt info dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dah lama sgt tak tgk muka dia. Mcm muka mak dia. Nampak cina skit. Lagi cantik dari tashah. Sorry not sorry mungkin sbb selalu sangat tgk muka tashah.


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepyfish replied at 12-12-2025 05:24 PM
She tak attend pun semalam. Tertunggu jugak nak tengok dia.


Oh tak datang rupanya. Betul2 tak nak tunjuk muka.





Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2025 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
febreze replied at 12-12-2025 01:57 PM
tengku dah sembuh drpd cancer rasanya? ada daughter sorang.. dah sama2 duty utk royal selangor..lpas ...

Sheols kawin dengan kokosen jugakkah?


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ZORRO5555 replied at 15-12-2025 02:17 PM
Princess ni private person..susah nk dpt info dia

Zerafina. Pastu sorang lagi tengku kathira kerabat selangor payah sangat nk nmpk muka dia.


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-12-2025 09:58 PM
Sheols kawin dengan kokosen jugakkah?

ya kokosen juga hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Paiya replied at 14-12-2025 07:48 PM
ada penampakan Nurlisa Idris

Cp nurlisa ni iols tengok lagi cantik dari mekwok oxana. Masa muda tentu lagi cantik.


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-12-2025 09:59 PM
Zerafina. Pastu sorang lagi tengku kathira kerabat selangor payah sangat nk nmpk muka dia.

Lawa jugak Tengku Kathira..x sure ni pic tahun bila

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ZORRO5555 replied at 29-12-2025 06:35 PM
Lawa jugak Tengku Kathira..x sure ni pic tahun bila

Gambar lama ni. Tgk kathira ni sama baya dgn RMS.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 05:53 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-12-2025 05:32 PM
Cp nurlisa ni iols tengok lagi cantik dari mekwok oxana. Masa muda tentu lagi cantik.

agaknya
ada ka gambar Nurlisa masa muda?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 11:36 AM | Show all posts
Paiya replied at 30-12-2025 05:53 PM
agaknya
ada ka gambar Nurlisa masa muda?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 02:28 AM | Show all posts

rupawan sungguh
semoga RMS cepat dikurniakan cahaya mata
yang comel macam nenda ini
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 02:30 AM | Show all posts

memang jauh lebih lawa dari mek oxana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.069601 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list