CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 6

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (V2)

[Copy link]
Post time 25-11-2025 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Sambungan thread Tunku Aminah Maimunah Iskandariah


Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim (diputerakan pada 8 April 1986 di Johor Bahru, Johor)[1] merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal kepada pasangan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai "Tunku Inah".


Di sebelah ayahandanya, beliau merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah yang juga merupakan wanita berketurunan Inggeris dari Britain.

Manakala di sebelah bondanya, beliau merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.


YAM Tunku Tun Aminah menerima pendidikan awal di Tadika Hiltop, Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Convent Johor Bahru. Pada tahun berikutnya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat A-Level di LASALLE College of the Arts di Singapura dan di Australian International School Singapore. Beliau juga berjaya mendapat kelulusan Higher School Certificate. Selain itu, beliau juga mula melakukan aktiviti menunggang kuda sejak berumur 11 tahun serta mewarisi bakat bondanya yang suka melukis

YAM Tunku Tun Aminah telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” berasal daripada perkataan “Luv Ina”. Produk ini dicetuskan oleh dirinya sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru.

Beliau juga telah memainkan peranan sebagai pengarah dan pereka bagi Luvins serta mendapat banyak dorongan daripada kedua-dua ayahanda serta bondanya. Beliau menyatakan bahawa dirinya amat meminati bidang perniagaan kecantikan selain daripada menjadi seorang pereka fesyen. Produk ini juga dipasarkan di spa dan salun selain daripada gedung membeli-belah. Salun rambut dan spa Luvins telah direka untuk dibina di Johor Bahru. Di samping itu, beliau juga ingin mempelbagaikan produk ini kepada barangan solekan, wangian dan syampu.

Beliau juga telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Syarikat REDtone pada 3 Mac 2017 yang merupakan pemegang saham utama Syarikat. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengetuai organisasi swasta merentasi pelbagai industri. Pada masa ini, beliau merupakan Pengerusi Berjaya Waterfront Sdn Bhd dan Berjaya Assets Berhad. Beliau juga memegang francais KFC di Stulang Laut, Johor Bahru dan juga merupakan presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (yang lebih dikenali sebagai JDT).

YAM Tunku Tun Aminah telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos 2017 dengan pasangannya seorang warganegara Belanda, Yang Berhormat Dato' Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas di Istana Besar, Johor Bahru.

Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda sulung yang diberi nama, Layla Sofiah dilahirkan pada 21 Januari 2020. Pada tahun 2022, beliau dan suami dikurniakan anakanda kedua yang diberi nama, Danial.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2025 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bff

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2025 10:57 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2025 10:58 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2025 10:59 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 12:56 PM GMT+8 , Processed in 1.367619 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list