CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3927|Reply: 9

Aireena tak pernah menyesal kahwini Haqiem Stopa, sering bertanya kekurangan diri… “Saya tak cukup jadi gatal ke?”

[Copy link]
Post time 19-11-2025 10:29 AM | Show all posts |Read mode





PERSONALITI media sosial, Aireena Sofia menegaskan dia tidak pernah menyesal mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga pempengaruh, Haqiem Stopa.


Menurut Aireena, 21, apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka dianggap sebagai satu pengajaran yang mematangkan dirinya.


"Dah nama pun jodoh, saya tak pernah menyesal berkahwin dengan dia. Tak pernah menyesal ada anak bersama.


"Saya anggap dalam hidup ini adalah satu pengajaran dan belajar daripada benda itu. Saya terima saja.


"Kadang bila rasa sakit hati ada juga rasa menyesal tapi lama-lama tak ada rasa menyesal itu. Saya bersyukur kahwin dengan dia," katanya.







Aireena berkongsi perkara itu ketika melakukan siaran langsung di TikTok miliknya.


Mengulas status rumah tangga, Aireena berkata dia masih lagi isteri yang sah kepada Haqiem meskipun kini tidak tinggal sebumbung.


"Saya masih bergelar isteri dan tidak pernah cakap sudah bergelar ‘j’ (janda)," ujarnya.


Sepanjang bergelar isteri, Aireena berkata dia sentiasa melayani suaminya dengan ikhlas walaupun terkilan dengan apa yang sudah berlaku.


Jelasnya, dia juga terfikir kemungkinan kekurangan diri menjadi punca perubahan suaminya.


"Kasih sayang saya tak pernah palsu. Layanan terhadap dia pun tak palsu. Saya tak tahu apa yang tak cukup, mungkin saya dah beranak badan saya lain kot.


"Mungkin masa saya mengandung hidung saya besar, tak bersiap kerana malas. Kadang bila jadi macam ini saya akan rasa tak cukup, tapi apa lagi yang tak cukup?


"Tak cukup jadi gatal ke? tak cukup jadi yang terbaik ke? Ke saya tak pandai main motosikal. Saya peliklah apa lagi yang tak cukup, Saya dah lahirkan anak dia," luahnya.







Pada 16 November lalu, Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem sekali lagi berlaku curang.


Malah Aireena mendakwa suaminya itu kini mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita berusia 18 tahun.


Sebelum ini, Aireena memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai status rumah tangga mereka yang dikhabarkan bergolak, selain enggan mengulas sama ada mereka masih tinggal sebumbung atau sebaliknya.


Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.


Sumber :- mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2025 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sfrnna at 19-11-2025 04:54 PM

Laki ko ada napoleon complex kot sbb ko kan tinggi and lawooo dan kau tak cukup rempit untuk dia. Muka pun macam budak baik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen dgn mat rempit..perangai mmg mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 05:20 PM | Show all posts
besonya mulut lelaki itu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 05:41 PM | Show all posts
Peel kalau dah rempit mmg tak boleh ubah dahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Marketing ke ape 2 org ni.. kn trend skrg marketing psl rumah tgga.. yg popuan ni dia mkn ubt kn.. mcm ada pyakit (mental disorder) kalau xsilap la.. pnh lalu kt TT kwn2 laki dia pelekeh dia kata dia mkn ubt (gila)..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik2 taste budak2 sekarang. education kelaut. mengharap validation kt social media je. konsep asal nikah kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal.. tapi mudanyaaaa la perempuan ni. Dah la baru je pulak kawinnya tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2025 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tu dah red flag dr awl ko nk jgk
Mendapat la dik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mizterpaling88 replied at 19-11-2025 09:41 PM
pelik2 taste budak2 sekarang. education kelaut. mengharap validation kt social media je. konsep asal ...

Mmg pn uols
Trend je
Kawen boleh buar trend kawen
Ank buat trend ank
Bkn smua tp mmg ade.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.091388 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list