CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26989|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Faisal wira Malaysia atasi Nepal 1-0

[Copy link]
Post time 18-11-2025 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Faisal wira Malaysia atasi Nepal 1-0

Oleh Zulfaizan Mansor - November 18, 2025 @ 11:03pm




Faisal Halim meraikan gol bersama rakan pasukan dalam aksi menentang Nepal pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali



























































































































































































































































































































































































































































































































KUALA LUMPUR: Harimau Malaya menunaikan impian Peter Cklamovski untuk menutup tahun 2025 dengan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Nepal 1-0 dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad negara bagaimanapun berdepan detik malang di awal perlawanan apabila kehilangan khidmat bintang sensasi, Arif Aiman Hanapi yang terpaksa digantikan dengan Faisal Halim pada minit kesembilan selepas mengalami kecederaan.

Ketiadaan Arif Aiman dilihat memberi kesan buat jentera serangan Harimau Malaya dengan anak buah Cklamovski bergelut untuk mencari gol pembukaan.

Pecubaan tepat pertama Harimau Malaya hadir menerusi rembatan Safawi Rasid pada minit ke-21 yang berjaya diselamatkan penjaga gol Nepal, Kiran Kumar Limbu.

Asakan bertali arus daripada pasukan negara selepas itu juga tidak membuahkan hasil termasuk percubaan La'vere Corbin Ong pada minit ke-34 yang tidak menepati sasaran dan disusuli tandukan Dion Cools, tiga minit kemudian diselamatkan Limbu.




Pemain Malaysia, Cobin Ong (kanan) diasak pemain Nepal, Danish Dangi pada aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad
Stadium Nasional akhirnya bergema dengan sorakan penonton pada minit ke-55 apabila Faisal berjaya menyudahkan hantaran menarik daripasa Safawi untuk meletakkan Harimau Malaya di depan.

Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu kumpulan Ultras Malaya mengangkat kain rentang sambil menyanyikan lagu yang mengutuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dipercayai tidak berpuas hati dengan isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisa Harimau Malaya.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Nepal terpaksa beraksi dengan 10 apabila Laken Limbu dilayangkan kad kuning kedua selepas dia mengasari Harith Haiqal Adam Afkar di dalam kotak penalti.

Lebih malang, tindakannya itu turut menyebabkan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Harimau Malaya, namun peluang itu gagal disempurnakan Paulo Josue selepas sepakannya tinggi melepasi palang.



Pemain Malaysia, Faisal Halim (tengah) mengawal bola sambil diasak pemain Nepal dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya meneruskan rekod kemenangan bersih dalam lima aksi Kumpulan F dan berada di kedudukan teratas dengan mengumpul 15 mata.

Anak buah Cklamovski seterusnya akan membuat perhitungan dengan Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan, 31 Mac tahun depan yang turut menjadi perlawanan penentuan dalam perebutan tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Meskipun berada pada landasan terbaik untuk meraih slot ke pusingan akhir, namun apa yang merisaukan penyokong adalah mengenai keputusan yang bakal dibuat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/11/1473409/faisal-wira-malaysia-atasi-nepal-1-0





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2025 11:33 PM | Show all posts

Faisal Halim meraikan gol bersama rakan pasukan dalam aksi menentang Nepal pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:19 PM GMT+8 , Processed in 1.846904 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list