CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28594|Reply: 17

[Tempatan] 'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM

[Copy link]
Post time 18-11-2025 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by B40tastePosh at 19-11-2025 12:33 AM

'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Ular sawa batik yang jatuh dari siling rumah penduduk di Taman Bandar Baru PKNK. FOTO IHSAN APM
Sungai Petani: "Ketika ular sawa itu jatuh dari siling rumah, saya dan anggota lain masing-masing terkejut kerana tidak menyangka ular itu bersaiz besar seperti anaconda.

"Kami masing-masing melihat reptilia itu jatuh dan cuba mencari jalan untuk menangkapnya kerana tidak menyangka saiznya besar seperti itu," kata Sarjan Zaiton Mohamed Ali, 56.



Zaiton yang mengetuai operasi menangkap ular sawa di sebuah rumah di Taman Bandar Baru PKNK, di sini Rabu lalu sehingga tular di media sosial sejak semalam.

Katanya, sepanjang 18 tahun berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan Awam (APM), ini adalah ular sawa kedua terbesar yang pernah ditangkapnya.

Berdasarkan pengalaman dan ketua dalam operasi ini, saya mengarahkan anggota supaya menangkap ular sawa itu dengan berhati-hati kerana kita tak tahu keadaannya bimbang tertangkap bahagian kepalanya.

"Kami pernah terima panggilan di rumah penghuni yang sama kira-kira tiga bulan lalu tetapi apabila sampai, ular itu tiada malah kami menjangkakan ia sudah turun dari siling rumah berkenaan.

"Tapi masa operasi Rabu lalu, ular sawa itu akhirnya berjaya ditangkap dan saya menarik bahagian badannya manakala anggota lain masing-masing menarik ekor dan menunggu untuk menangkapnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zaiton yang juga nenek kepada dua cucu itu berkata, kejadian itu disedari pemilik rumah itu ketika hendak memasuki bilik air rumah berkenaan dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila pintu tidak dapat ditolak.

Katanya, ketika menolak pintu, sekeping daripada siling rumah itu pecah dan ketika itulah dia ternampak seperti kain batik dan mengesyaki sesuatu dan menghubungi APM kira-kira jam 4 petang.

"Sebaik kami sampai, kami cuba tolak pintu tetapi tak boleh dan kemudian tarik siling besar tu sebelum ular sawa tu jatuh.

"Ular sawa tu tak panjang mana cuma dalam tiga meter tapi saiz badannya besar kemungkinan dalam 60 kilogram (kg) nampak ia seperti anaconda dan ketika jatuh, bunyinya sangat kuat," katanya.

Zaiton berkata, ular sawa itu juga sangat agresif ketika jatuh ke lantai dan masuk di celah mesin basuh.

"Kepala dia masuk di celah mesin basuh itu dan bayangkan mesin basuh yang berat itu berjaya ditolak hingga bergerak.

"Cabaran kami hendak menangkapnya agak sukar kerana saiznya yang besar dan berat tetapi syukur akhirnya berjaya juga ditangkap," katanya.

Zaiton berkata, sepanjang berkhidmat dalam APM, dia sudah lali menangkap ular termasuklah ular tedung selar, tedung senduk dan ular sawa.

Katanya, baginya dia sudah tidak geli tetapi perasaan takut juga tetap ada cuma berdasarkan pengalaman, dia tetap melakukan tugas itu demi membantu masyarakat.

"Ular sawa itu kemudian dibawa pulang ke pejabat APM Kuala Muda untuk ditempatkan sementara di situ," katanya.

Disiarkan pada: November 17, 2025 @ 11:06am





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2025 06:49 PM | Show all posts
mak aiii....gerunnya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm hal ni kalo ular tu mengancam nyawa bunuh je la dia. X de pupusnya ular sawa kat msia ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 18-11-2025 06:56 PM
Dlm hal ni kalo ular tu mengancam nyawa bunuh je la dia. X de pupusnya ular sawa kat msia ni.

Ye, kategori Least Concern.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 19-11-2025 12:29 AM

Apa apa jenis ular takut dengan bau tahi lembu... Sebab diorang takut dengan bau binatang yang bersaiz besar.

So kutip tahi lembu tabur pada longkang dan keliling rumah.

Nak cari tahi gajah, badak dan kerbau macam susah pula kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
giler ah... bayangkan klu siap ada telur kt ailing atas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2025 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-11-2025 07:16 PM
Apa apa jenis ular takut dengan bau tahi lembu... Sebab diorang takut dengan bau binatang yang bersa ...

ney!...tahi lembu mau 10 kilo....ada jual sini ka????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2025 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Purestteam1 replied at 18-11-2025 10:57 PM
giler ah... bayangkan klu siap ada telur kt ailing atas tu

Rasanya ular sawa tu dah berkubang dalam tangki air atas tu. Macam mana 3 bulan ular sawa tu duduk kat atas kan.. mesti ular sawa to dapat moisture dari tangki air tu.

Diorang ni selama harini mandi minum dari air ular sawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2025 08:03 AM | Show all posts
ular yg berbahaya yg kita tau masih byk & takkan pupus elok lah di bunuh kalau sudah mencerobohi kediaman manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ular ni naik ikut pokok sbb ada pasu pecah yg iols baca la. Sbelum ni ada jugak kes ular sawa jatuh dr siling smpai pecah siling tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau besar mcm ni jual kat resto cina dia kira camne? Sekilo berapa ringgit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:00 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-11-2025 07:16 PM
Apa apa jenis ular takut dengan bau tahi lembu... Sebab diorang takut dengan bau binatang yang bersa ...

betol ke ni? kalo betol blh la pekebun cuba...tp kan selalu pekebun guna baja taik lembu kat kebun, tetap ada je ular dtg
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:17 AM | Show all posts
banyak pulak ular sawa besar2 kat sungai petani. tu hari jumpa kat Bandar laguna pun gemok bagak mcm ni jugak

geli dan ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 19-11-2025 09:25 AM
IzzahF replied at 19-11-2025 09:00 AM
betol ke ni? kalo betol blh la pekebun cuba...tp kan selalu pekebun guna baja taik lembu kat kebun ...


Manade temberang je ni. Kalau betul tak de le kes ular sawa telan lembu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:40 AM | Show all posts
Ngeri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:52 AM | Show all posts
Samerosie replied at 19-11-2025 09:23 AM
Manade temberang je ni. Kalau betul tak de le kes ular sawa telan lembu.

adehhh hahaha, ...tula aiols ingat2 balik dlu atok ai bela lembu byk. elok bergentayangan ular sawa besar2 anaconda ni la berbelit2 atas pokok kat kandang lembu tu

byk kali gak la org kampung tangkap ular tu. dlu2 payah nk panggil bomba..so ramai2 g kerjakan ular tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2025 09:55 AM | Show all posts
Cyempaka replied at 19-11-2025 09:17 AM
banyak pulak ular sawa besar2 kat sungai petani. tu hari jumpa kat Bandar laguna pun gemok bagak mcm ...

sihat2 sebab takde ancaman. burung helang nk makan pun time baby je. dah jd anaconda payah nk angkat

masa ai kat sabah, area2 ummah tator tu depa makan ular sawa...pantang melintas. sekejap jadi lauk...tak sempat nak besar nak menelan org, org telan dia dlu. buaya pun byk...so buaya pun makan ular sawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2025 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 19-11-2025 10:19 AM
hart_attack replied at 19-11-2025 08:08 AM
Ular ni naik ikut pokok sbb ada pasu pecah yg iols baca la. Sbelum ni ada jugak kes ular sawa jatuh  ...


So jangan tanam pokok dekat dengan rumah.

Tapi aku rasa ada tangki air terbuka penutup nya dalam siling rumah tu, dan atap dia jenis atap genting simen tu.

So memang sedap la ular sawa tu duduk dalam tu.

Kalau atap zink aku rasa dah kena panggang ular sawa tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 323888 Replies : 3291
Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
VellfireRumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
Views : 216 Replies : 142
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 28410 Replies : 11
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 27856 Replies : 28
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 28272 Replies : 17
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23816 Replies : 1319
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 1988 Replies : 24
Prince Syed bagi isteri nafkah setengah juta ringgit, cukuplah belanja untuk setahun
RalinePrince Syed bagi isteri nafkah setengah
Views : 12418 Replies : 165
[SBS/viu] Taxi Driver - Lee Je Hoon, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin (Season 3 Coming Soon 21 Nov 2025)
xyla73[SBS/viu] Taxi Driver - Lee Je Hoon, Kim
Views : 35607 Replies : 174
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 823 Replies : 26

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.048395 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list